Tuesday, February 26, 2008

Hidayah tak datang lagi?


Mengapa seringkali kita memberi nasihat ada sahaja pelbagai alasan? salah satu daripadanya.."Biarlah aku begini, hidayah Allah belum sampai"...Hidayah sememangnya milik Allah tetapi pencarian itu harus bukan. Ke wajib? Penerimaan nasihat itu bukankah satu bentuk hidayah yang Allah beri untuk kita? Mengapa perlu ditolak? Mengapa perlu melenting? Belum terbukakah hati kita? Bagaimana hati mampu terbuka jika empunya diri sering mengelak? Rahmat Allah perlu dicari. Perlu dipinta.Cuba bayangkan selautan syukur yang kita berikan hanya mampu membayar setitis nikmat Allah untuk kita. Allah lebih mengetahui. Belajarlah menerima nasihat. Pujuklah diri untuk berubah. Hargailah masa muda kita yang gagah untuk berbuat kebajikan. Jangan sampai kita terlepas lima perkara dan terpaksa melalui lima perkara yang lebih payah.

Allah berfirman: Dan sesungguhnya Kami jadikan (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah)dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Mahukah kita menjadi antara orang yang lalai? Aku sekadar cuba mengingatkan diriku dan sahabat...


Terimalah.. sebelum kita rugi di hadapan Allah kelak T.T

No comments: