Jawapannya : Istilah bercouple mengikut landasan islam itu hanya dalam khayalan, tidak pernah ada wujudnya. Anggap sahajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi, tidak boleh menghindari dari saling memandang atau membayangkan kekasihnya dari semasa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram.
Persoalan : Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya..?
Jawapan : Mengenal karakter dan fizikal calon merupakan satu hal yang diperlukan. Namun tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haram.
Dari Abu Hurairah ra, RAsulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Dari Ibnu Abbas r.a: saya mendengar Rasulullah bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan(khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (hadis riwayat Bukhari & Muslim
Firman Allah SWT; Hai ister-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-ahzaab:32)
Setelah melihat ayat serta hadis di atas maka tidak diragukan lagi 'bercouple' itu haram atas sebab-sebab berikut:
1. Orang yang bercouple tidak mungkin akan menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3. Orang yang bercouple biasanya sering bedua-duaan dengan pasangan.
4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
5. orang yang bercouple boleh dipastikan selalu membayangkan pasangan yang dicintainya.
Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. jawab beliau:
Jika hubungan itu sebelum nikah, baek sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah HARAM, kerana tidak boleh untuk seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing baik melalui ucapan, memandang aatu berdua-duaan.
Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-jibrin ditanya;
Jika ada seorang lelaki yang berkoresponden denagn seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau: Perbuatan itu tidak diperbolehkankerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya serta mendorong untuk bertemu serta berhubungan, yang mana koresponden yang semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati bagi orang-orang yang inginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindarkan surat-suratan, perbicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya untuk menjaga agama serta kehormatan dirinya.
Apakah juga hukumnya apabila seorang pemuda yang belum menikah menelefon wanita yang juga belum menikah?
Jawab beliau: Tidak bolah berbicara dengan wanita asing(bukan mahram) dengan perbiacaraan yang boleh menimbulkan syahwat seperti rayuan dan mendayukan suara.
kalau perbicaraan itu adalah sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi sekadar keperluan...
Sedarlah wahai sahabat...
1 comment:
Aku x couple..tp phubungan aku ngn stgh2 kaum adam ni cm mesra je..inilah masalah paling besar yg aku alami...@#$%(confuse!)
Allah, show me da way......
Post a Comment