Monday, June 15, 2009

Definisi Pertunangan daripada Kaca Mata Islam

Salam.. post kali ni berbentuk ilmiah sket.. ni ak rujuk dr web iluvislam.. sesekali msuk tu, ak copy la ape yg patut.. mcm menarik.. tp bnyak je yg menarik kt web tu.. nk tgok lg..? g jer kt link iluvislam kt thread sblah ni.. bkn hape, topik pertunangan ni mmg best la bwt golongan remaja yg bakal msuk era umo 20 cm aku ni.. hik3.. ni ntk mendedahkan kpd kwn2 pendekatan yg sebenar bg tajuk 'pertunangan'.. sedikit-sebanyak maklumat yg ak rsa patut diCopy adalah spt berikut..
Ikatan sementara sebelum berlangsungnya sebuah akad nikah ini, sering kali disalah anggap oleh khalayak orang ramai khususnya muda-mudi. Seolah-olah simpulan ini menjadi ‘lesen besar’ untuk melakukan maksiat, dengan alasan ‘kami sudah bertunang’. Justeru, sangat perlu kepada semua pasangan yang ingin atau sudah bertunang mengetahui hak dan batas-batas sempadan syariat sebelum sebuah ikatan yang hak, benar-benar terpatri. Islam telah mensyariatkan pertunangan sebagai langkah dan wasilah sebelum melangsungkan perkahwinan. Pertunangan banyak memberi faedah dan membantu dalam menjamin keutuhan rumahtangga yang bakal dibina. Namun roh sebenar sebuah ikatan ini merupakan subjektif yang memerlukan kefahaman yang jitu, dan harus dijaga agar kesuciannya tidak dinodai. Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan. Sebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan Istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam. Namun jika sepanjang tempoh pertunangan tersebut bertaut, mungkin kekurangan yang dirasakan oleh pihak lelaki, maklumlah pertunangan ini juga boleh dianggap fasa untuk berkenalan dengan lebih dekat bakal pasangan sebelum betul-betul matang dan masak untuk mendirikan masjid. Bukan menolak pinangan, maksud penulis memutuskan talian pertunangan, iaitu ketika sedang bertunang. Jika berlaku juga, maka hendaklah di pihak lelaki menyembunyikan kekurangan atau kelemahan bekas tunangnya itu, bagi mengelakkan rasa aib pada diri dan ahli keluarganya. Bagi pasangan yang bertunang mereka juga perlu menjaga batas dan larangan sepanjang bertunang kerana mereka masih lagi bukan mahram cuma ada ikatan dan janji mahu hidup bersama. Ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga tetapi terperangkap dalam masalah hati, iaitu zina hati yang ‘Islamik Romantik’. Berbaur Islam, tetapi membawa kepada masalah penyakit hati yang parah dan kronik. Pandai-pandai jaga. Erm, hrp2 entry kali ni mampu memberikan pendedahan yg berguna bwt kalian.. tak salah bertunang tme blaja.. tp pandai2 la jga batas dan larangan.. pandainya ak beri nasihat.. semoga kta dipertemukan jodoh yg baek.. Sebelum tu, ak ada ksah menarik la.. ni kwn ak crita.. ada dua individu ni, dulu skolah sma la.. msg2 suka sma suka la sng crita.. tp, si girl ni mcm x slesa dgn hubungan mereka, nk belaja la kn so beliau mntak la agar perhubungan mereka dihentikan.. msg2 nk fly dipendekkan crita.. hubungan mereka diakhiri dgn satu quotes yg sgt best la.. Kata si lelaki, "Semoga kita dipertemukan kembali suatu hari kelak dimana diri kta menjadi lebih baek drpd sekrg".. so, fikir2lah.. ****cebisan artikel ini dikutip drpada : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1538

No comments: