Tuesday, June 29, 2010

Berakhirnya Rejab

Sedar2 da nak msuk fasa akhir da pun. ya Allah. lalainya aku. Pejam.. celik.. pejam.. celik.. da msuk 2/3 bulan Rejab. menurut Hijr Calendar sebelah ni da 17 Rejab da pun.. so, simple question 'Apa yang kita da buat dalam bulan Allah penuh berkah ni?'  Rugi kan kalo tak grab kelebihan2 yang Alah bagi.. sama2 menasihati diri sendiri. ;(


nilai sekeping roti antara kita mungkin tak sama



Di kesempatan ni, marilah kita sama2 berdoa agar Allah memberkati hidup kita di bulan Rejab dan Syaaban dan memberi kita peluang untuk melalui bulan Ramadhan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh makhluk.. indah dan berkahnya bulan Ramadhan. 


"Ya Allah, aku memohon pada sebaik2 tempat, kurniakan peluang untuk aku melalui Ramadhan tahun ini"




Cakap pasal puasa di bulan Rejab ni, menurut kefahaman saya yang agak cetek ni, bepuasalah kita kerana sunnah berpuasa itu bukan kerana bulannya.. Kerana menurut satu sumber, saya difahamkan tidak pula kita disunatkan berpuasa kerana bulan Rejab tetapi yang disunatkan adalah kerana kesunnahan puasa terbabit..



Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Seronok bercakap tentang kelebihan, aku pun seronok na share pasal ape aku tawu ni.. tentang malam mustajab doa, kan kita ni banyak sangat permintaan, so bukankah lebih baik berdoa dan beramal dengan ilmu pengetahuan.. ;)



Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”



Jadi, sempena pengakhiran bulan Rejab ni, JOM2!! Kita renungkan berapa banyak amalan yang sudah kita lakukan? Berapa banyak ilmu kita? Sejauh mana pula keikhlasan kita? Alangkah hebatnya kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, sedekah serta kebaikan lain di bulan Rejab. Moga Allah tetapkan hati2 kita dengan kebaikan dan istiqamah dalam diri kita yang sentiasa dahagakan kebesaran Allah.


Sumber dr :Al-Islam.wikidot.com/





 
Sesungguhnya aku sedih akan kealpaan diri sendiri, Allah kurniakan aku pelbagai nikmat dan kelebihan tapi aku masih lupa.. Aku punya tempat tinggal, aku lupa ada insan yang merempat di kaki lima, aku boleh masak apa aku nak makan, tapi aku lupa ada insan kelaparan, aku punya mak dan ayah, tapi aku lupa ada yang kehilangan insan tersayang..  

mana lagi yang belum mencukupi??  

Ya Allah, aku lupa! 

Ampunkan aku atas kekhilafan ini.. Jadikan aku hamba yang bersyukur.. aamin~~

4 comments:

sankun said...

mal..this is a good one..
nway,arini 18 rejab,30 jun..look at ur hijrah calendar.=)

El-Azwar said...

hahak,..weh cmna aku buleh silap tg0k ni..
haihhh, punya la besaq dya tuleh.. aiseh. thanks2!! jap nak pi ubah...

thnks singgah! ;)

Cikgu Q said...

hehehe manusia x lari dalam melakukan kesilapan..

El-Azwar said...

yup, that's right.. ;)