Sunday, June 13, 2010

Target

Yeeha! ok2,.. What we've got, we share. That's the way of life. Barulah sejahtera, aman, makmur, sentosa, damai, dan segala bentuk ketenangan yang ada. Kini, kembali sudah ke dunia blogging. Atas permintaan ramai, terpaksalah saya active' semula. cewah` (^_^)

Tik..t0k..tik..t0k.. (bunyik jam) waaaaa!!! sudah sampai bulan JUN! Ape dah berlaku bulan-bulan sebelumnya?? Sangat banyak ok. Final year foundation study sampai ke Final Exam terus ke Kursus Biro Tatanegara..skrg tgh cuti..yeah!! terselit keputusam exam di situ.

Result!! OK, seribu kali syukur pun xcukup nak luahkan betapa bersyukurnya saya kepada Allah. walopun bila 15 kali fikir berapa banyak usaha saya bagi hanyalah seciput` untuk dibandingkan dengan berapa banyak kurniaan Allah yang tak putus2. Alhamdulillah. Saya mengaku, saya hamba yang tak pandai bersyukur, oh, malunya saya pada Allah. Terima kasih tak terhingga kepada semua pensyarah, parent, n kawan2 atas keberkatan doa, tunjukajar serta sokongan yang tak ternilai. Saranghae!!

Kenapa saya sebagai blogger` tegar sewaktu dulu mendiamkan diri? Mari saya ceritakan,...begini ceritanya. Sebab utama adalah kerana saya sangat malas atau erti kata laen pemalas.atau sewaktunya..malaslah!
Next, sebab seterusnya adalah perasaan tak secure tiba2 muncul dalam dunia karya penulisan blog ni.walopun karut marut ja saya tulis. Perasan yang tak selamat tu wujud sebab saya rasa tiada lagi tempat kat dunia ni yang boleh saya luahkan selain di tikar sejadah. walopun bunyik macam poyo je saya ni. tp tu la perasaaan masa tu. then ter0s tukar URL blog atau bahasa lain nak jauhkan dr pembacaan org lain.. tu je sebabbya. huu...

Mari borak pasal target masa depan...punyaalah panjang kn mukadimah kat atas ni. hahha~
Ok,
Next SEPTEMBER 2010, dengan keizinan Allah seramai 52 orang pelajar tesl IPDA akan terbang ke bumi terpileh Portsmouth. Di situ bermulah perjalanan kehidupan seorang hamba Allah bernama Akmar Nabila mencari redha Allah dalam menuntut ilmu dan pengalaman.  Semoga pergerakan saya di sana sentiasa dalam lindungan Allah. Ya Allah, jadikan hati-hati kami ini bertaut di jalanmu, matikan kami dalam keiman kepadaMu, jauhkan km dari fitnah dunia. hidupkan suasana usrah di sana agar kami sentiasa berpegang pada tali-taliMu.

Harapan, saya mahu timba dan korek sedalam mungkin pengalaman di tempat asing..dan sejauh mana la keasingan itu saya belum pasti,.. jeng3! saya mahu belajar bersabar, belajar berdikari dan mempersiapkan diri. Agar lebih bersedia menjadi seorang pendidik bangsa, seorang anak yang solehah, isteri yang taat dan ibu yang penyayang. Dan yang penting, belajar untuk setia, setia pada skema Allah dan Rasul, setia pada pesanan mak dan ayah...dan setia pada yang lagi satu tu.cough3! ehem.. doakan saya ya. ^_^

Setakat tu dulu perkongsian kisah target saya. Kalu nak ikutkan panjang lagi kisah harapan saya ni, kita postpone jap ok. Salam sayang n semoga semua dalam redha Allah. (^_^)

No comments: