Monday, July 5, 2010

Lakonan

Sedang aku asyik pulun menyiapkan sudoku puzzle di sebuah restoran piza terkemuka di ibu kota, langsung tak terfikir akan aku apa yang telah aku lakukan. Saat ini baru aku terfikir betapa kesalnya perbuatan aku pada masa itu. Akibat terlalu fokus terhadap sudoku yang agak killer tu (padahal jawapan tertera kat bawah). Aku hanya makan dua keping piza saja!! 

Dan sekarang aku terasa sangat lapar memikirkan piza pepperoni yang menggiurkan tu, sambil2 tunggu waktu subuh. Subuh mungkin dalam 40 minit lagi.. Dan aku tak sabar mahu siapkan sarapan pagi aku setelah sekian lama tak menjamah breakfast. Kopi dan toasted bread!!! 

Atas apa yang telah berlaku, bukan sebab piza lagi. Ini kerana sikap aku yang serupa apa ntah ni, payah nak explain. Aku bukan berlakon tapi aku memang macam ni. Aku hanya committed dengan apa yang aku enjoy lakukan. Tu yang payah tu. Aku juga nak start balik Murtaba'ah Amal aku. ;) Harap2 berkekalan lah sampai mati. Walopun terikat dengan jadual ni nampak satu tekanan bagi aku, memandangkan aku ni adalah spesies yang perlukan tekanan untuk bergerak, jadi permulaan begini adalah jalan tebaik. kadang terfikir, aku malas nak menunjuk2 ni, tapi atas alasan 'perlu ikut' ni berguna kot walopun akan ada suara men'downkan aku nanti. huh!

Siapa taknak jadi lebih baik. Hairan jugak la, kadang2 aku sendiri tak dapat ambil semua persepsi sebagai pushing factor untuk aku bergerak dan mulakan perjalanan hidup baru malahan terus merasakan diri sungguh tak berguna. dan sekarang selepas beberapa jam berlalu, barulah 'my sacred mind' dapat berfungsi dengan lebih baik. Boleh tak kalau nak jadi diri aku ja..

TAK BOLEH!! Sebab diri kau tu wahai Akmar Nabila, sungguh la nazak.. 

Tengoklah, dua hari lepas baru kalut nak hafal balik surah2 lazim. Ya Allah, kalau esok ada pertandingan hafazan kat tadika depan rumah ni, confirm2 kantoi dah aku degan kanak2 5 ke 6 tahun. 

Macam mana aku boleh blur Surah al-Masad starting dia macam mana, "..tabbatyadaaa..  abi.. lahabiuwatabb.." Bila aku baca surah ni, aku akan igt peristiwa hujan lebat, and time tu aku bwt2 study kat rumah kawan aku and time tu malam, tiba2 abang aku mai panggil aku balik bawak payung, rumah selang empat buah ja actually tapi aku takot la dengan kilat guruh suma. Then, abang aku suruh baca "tabbatyada..abi..lahabiuwatabb.." Kalau time tu, abang aku cakap suruh baca surah "al-Masad", mesti aku tak blur dua hari lepas. hehehe...   

Bab hafazan tu bukanlah lakonan aku, aku memang rasa terhina sebab ambil mudah.. Sambil terbayang2 aku masuk pertandingan hafazan, proses hafalan sangatlah lancar. cewah! padahal, hakikatnya, aku xpenah masuk pertandingan hafazan atas faktor pengecut dalam diri aku ni. tilawah pernah la, tapi tak menang pon. ok, cukoplah buat masa ni aku mendedahkan perangai buruk aku. rasa lega dengan sendiri. walopun tak pasti ada atau tak manusia yang memahami. 

ok, dah azan!

2 comments:

izuan said...

Memang kadang-kala kita memerlukan semacam "pemaksaan" untuk melakukan sesuatu. Pemaksaan untuk melakukan sesuatu secara berulang. Tapi macam yang kita belajar, setelah beberapa ketika mengulang walaupun dalam keterpaksaan, akan membawa kepada satu tabiat. Behaviourisme. :)

El-Azwar said...

so true, nak menjadikan satu tabiat tu perlukan tempoh, praktis dan paksaan. lebih mudah bagi mereka yang memiliki kefahaman yg mampu menggerakkan malam2 mereka duduk mengingati Allah. ;)