Friday, August 20, 2010

Koreksi

terasa nk tulis skema2 sket..Ehemehem! 15 Hari sudah berlalu. Bagaimana prestasi Ramadan kalian? Menurun? Mendatar? Meningkat? Semoga Allah letakkan istiqamah dalam diri kita dengan apa yang kita usahakan ini sampai akhir hayat. insyaAllah! 1) Jadikan kita, bukan sekadar bangun 0n9 dengan facebook, kita juga bangun 0nline dengan Allah. Kita bangun dapatkan keberkatan sahur. Ingat, kita disunatkan mentakhirkan sahur, iaitu melewat2 bersahur. Jangan pula makan untuk menahan diri dari lapar, tetapi pasanglah niat untuk mendapat berkat Allah dari hidupnya sahur kita. Bukankah yang membezakan kita dengan puasa kafir adalah sahur? Jangan skip sahur! 2) Kita bukan aja sharing dengan teman2, tapi sharing dengan Allah juga. Bila moody, cari kawan nak express..bila happy pon kita cari kawan nak share kan. Orang kata sharing is caring. Yup, bila happy or sedih, walau apa pun yang kita hadapi, share dengan Allah. Tandanya kita caring dengan Allah, bila kita cari Allah, lagi dekatlah kasih sayang Allah..lagi terbukalah Rahmat Allah. Kan2.. 3) Kita bukan sahaja nanges dgn sahabat, kita juga meminta keampunan dan menangis pada Allah. Bukankah, jika seorang hamba mendatangi Allah sejengkal, Allah akan mendatanginya sehasta, jika seorang itu mendatangi Allah secara berjalan Allah akan mendatanginya secara berlari. Lihat, sedikit aja usaha kita untuk dapatkan redha Allah, Berkali2 ganda Allah mendekati kita untuk memberi kurniaan serta rahmatNya. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala sesuatu. Carilah Ia. 4) Kita bukan menjalinkan persahabatan sekadar suka2, tapi menjalin ukhwah kerana Allah. Macam mana tu kerana Allah? Kita berkawan untuk redha Allah. sama2 kejar syurga Allah. Oh, sweet! Jadikan insan-insan hebat di sekeliling kita sebaga catalyst untuk kita dekat dengan Allah. Bila berbincang, relate dengan pandangan Allah. Bila berlaku salah faham, relate balik dengan dengan kelemahan dan Kuasa Allah. Bila ada ujian ingat balik kasih sayang Allah. Bila ada kekurangan, renung balik nikmat2 Allah. 5) Berkasih-sayang. Jangan biarkan kasih sayang antara makhluk ini hanyut tanpa Redha Allah. Ingat-ingatlah antara kita, kasih sayang Allah lebih utama. Jangan biarkan si dia lalai kerana diri kita. Jadilah pembangkit semangat, jadilah tangga yang membawa dia ke syurga Allah. Semoga kita menjadi icon sekeliling untuk orang lain ingat pada Allah. Harap2, bila orang pandang kita.. " Akmar!!! Ya Allah..indahnya ciptaan Allah" Oh, akmar memang indah. acece. terlebih sudah! Segala puji hanya bagi Allah. ok Jom Sahur! blogger-emoticon.blogspot.com

No comments: