Assalamulaikum wbt,
Sahabat-sahabat yang disayangi Allah, kadang kala..apabila merenung kembali hakikat ummat Islam di dunia, pasti mengundang rasa sedih, geram, simpati dan terpanggil untuk berbuat sesuatu. Begitulah juga apa yang penah saya rasai dahulu. Pertama kali dibawa ke ISK (Ini Sirah Kita), modul pertama yang saya sertai bersama Ustaz Salam. alhamdulillah :) Secara peribadi, saya akui tersentuhnya hati saya pertama kalinya melihat hakikat ummat Islam dunia. Kemudian bertekad untuk tsiqah di jalan ini, jalan yang mampu memberi pengisian jiwa terhadap hati yang ingin dibasahi. Tetapi saya juga akui, semangat saya ada kalanya luntur dan lemah..kemudian saya perlukan pengisian semula untuk naikkan semangat berjalan dalam laluan ini. Di mana ya silap saya?ISK demi ISK saya sertai kerana intipatinya yang sangat best, belajar sejarah Islam best kan~! kemudian berpeluang menyertai Syahadatul Haq (SH) dan seterusnya Sayonara Jahiliyah (SJ). Saya tak pasti modul apa lagi yang bakal menerjah kami. ada elemen kejutan pulak. hee :) walopun saya sebenarnya 'geram' bila tak tahu storyline.. geram nak tahu lagi..acece. Jelaslah bahawa dasar perjuangan saya selama ini adalah dari sirah dan hakikat ummat akhir zaman. Tapi, saya terfikir sesuatu... saya perlukan kefahaman yang jelas untuk terus teguh, bukan rasa simpati terhadap agama yang akhirnya akan sedikit demi sedikit hilang. ini kes peribadi saya sendiri ya :)
Apabila berjuang atas dasar simpati, kesan tsiqah itu tidak akan lama. Pada pendapat saya, saya ulang, ini pendapat peribadi saya. melihat kepada kesan terhadap komuniti yang lebih besar bukan individu terpilih. Maksudnya, kesedaran itu sementara kerana ia bermula atas dasar emosi/mood/perasaan. Bila saya letih, saya perlukan kata-kata semangat sahabat2, mungkin dengan melihat video, kisah-kisah siksaan para pejuang islam dan erti kata lain bahan berbentuk pemangkin semangat itu saya perlukan untuk kembali tegar.
Tapi, sampai bila harus begini?
Tahukah kalian apa yang saya rasa sewaktu di awal keterlibatan saya dengan jalan ini? Saya rasakan ummat terlalu parah dan perlu dirawati, jalan dakwah ini memerlukan saya untuk membantu para dai'e.. dan itu kesilapan saya dalam tafsiran jalan dakwah ini.
IT WAS A BIG MISTAKE!
Moderator malas hari, jadi beliau tak dapat hadir.
Mengantuklah,..boleh kot tak hadir usrah.
rasa macam nak demam, xpe kot xhadir meeting.
Bayangkanlah jika seorang Pemimpin berkata sedemikian, apa pula jika seorang imam bersifat sedemikian? (eh..contoh mcm sama ja ;p)Adakah mereka sebenarnya tidak pernah merasa penat? Mustahil, saya pasti mereka juga memiliki masalah dan halangan tersendiri yang lebih2 lagi sukarnya tetapi mereka memiliki kefahaman yang mantap tentang jalan ini. Cuba kita renung kembali, apa perbezaan berjuang atas dasar emosi/simpati dengan berjuang dengan kefahaman/ilmu. Besar perbezaannya, apa yang saya cuba sampaikan menurut pengalaman sendiri dan pemerhatian saya hampir 3tahun. Kenapa agak sukar mencari permata2 yang teguh dan mahu berbuat sesuatu untuk Islam? Kenapa hanya sedikit yang mahu kemudian diam seketika, apabila ada program baru ter'charge semangat tu.
Mana silapnya? Mana? Mana?
[pertanyaan dengan emosi overboard]
Maaf, janganlah menganggap saya telah menyalahkan modul-modul lalu yang pernah saya lalui, jika bukan kerana semua itu, mana mungkin saya telah menjadi seperti mana saya sekarang yang sedikit ada berfikir tentang Islam. Saya cuma terfikir mana kesilapan saya dan bagaimana harus saya perbaiki untuk lebih teguh, dan tidak larut dengan perubahan.
Ya, ya benar..saya akui iman manusia bukan seperti malaikat yang mendatar tidak kurang tidak lebih, bahkan bukan juga seperti nabi yang sentiasa meningkat.Tapi ini berkisar tentang tuntutan, berkait rapat dengan peranan seorang dai'e, berhubung dengan jatuh bangun sebuah negara. Mana mungkin saya boleh berkerja mengikut 'mood'.. kefahaman dan ilmu lah yang memperkukuhkan aqidah saya dalam jalan ini. Berdakwah mana boleh ikut 'mood'.. T.T
Saya perlu tahu PRINSIP ISLAM!
Saya perlu FAHAM semua persoalan-persoalan di JALAN ini.
Apabila kita tahu prinsip-prinsip Islam yang digariskan. Berjuanglah atas dasar kefahaman yang sebenarnya, disamping mengambil sejarah dan realiti ummat sebagai pedoman bukan sandaran sepenuhnya. Contoh:
1) Saya mesti tahu & faham mengapa saya perlu hidup dengan ISLAM?
2) Saya mesti tahu & faham mengapa wajib untuk saya beramal untuk ISlAM dari sudut hukum dan tuntutan?
3) Saya mesti tahu, faham tugas yang Allah wajibkan untuk kita.
(rujukan selanjutnya pada "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" oleh Fathi Yakan)
Sesungguhnya jalan ini adalah untuk mereka yang berfikir.
Pernahkah kalian jealous dengan pelajar-pelajar yang menuntut ilmu agama? Saya jealous yang amat sangat. Mereka dekat dengan al-quran dan hadis nabi. Mereka belajar selok belok agama dengan terperinci. Mereka tahu jalan meng'istimbatkan hukum, tahu bahawa sesuatu hadis perlu dirujuk pada pakar hadis, kemudian pakar usul berkenaan ilmu usul sebelum mengistimbatkan hukum. Nak cakap kat sini, mana boleh suka-suki apply hadis, cedok sebahagian darinya tanpa usul periksa dan kepentingan faham asbabunuzul sesuatu ayat. T,T ~saya harap istilah yang saya pakai ni bertepatan..
Maaflah...saya tidak meletakkan mana2 dalil untuk post seperti ini, yang seharusnya saya letak. Mungkin boleh baca dan bincangkan bahagian ke-2 buku karangan Fathi Yakan, "Apa Ertinya Saya Menganut Islam". kalo dapat bertanya Ustaz lagi mantap! hee. Selingan gurauan, orang kata dengan berkahwin, semangat untuk berdakwah lebih berkobar-kobar sebab jika pasangan itu turut sama 'FAHAM', boleh sama2 bergerak.. Tapi, perasankan perkataan 'FAHAM' di situ? Bukan sahaja faham dari sudut matlamat berkahwin, tapi harus faham kepentingan dakwah, faham tanggungjawab, tahu dan faham rintangan seorang dai'e.. juga faham apabila diuji bertubi-tubi. Maka, dengan kefahaman tersebut, adalah persediaan dan berjalanlah peranan sebenar pasangan.. bunyi macam simple, payah tahu.. macam mana saya boleh terfikir BM ni mudah.
kalau nak ikutkan mood saya, belum pasti saya akan post pasal ni.....opps! tapi ustaz kata, kalau xboleh buat semua jangan tinggal semua. ye x? tetiba badan meminta direhatkan.. selamat malam! errr..da subuh la.

No comments:
Post a Comment