Monday, May 2, 2011

Apa salahnya berdialog?

Bosan memilih untuk melepak di facebook seusai sahaja menatap screen laptop buat berjam-jam lamanya hari ini. Jadi, sidang pembaca yang budiman, saya kembali lagi di laman ini membawa semangat 'solat di awal waktu!'. Yah! memandangkan subuh tika ini sangatlah awal, jadi marilah berkempen 'tidak mahu terlepas subuh'. Sebenarnya nak pujuk diri jangan tidoq lagi. Erghhh. Saya yang hampir 3/4 masa hari ini melekat di kerusi meng'edit, menambah dan menggaru-garu kepala yang tidak gatal dan sekarang asyik memandang-mandang katil empuk bersama bantal-bantal yang tersusun rapi dan seakan memanggil-manggil untuk dihenyak. Oh, kuatlah wahai diri..selepas bercurahat disini, masa pasti terasa seakan laju menghentam waktu subuh. saya selalu guna idea ni kan nak start tulis blog..maaflah. ;P 
http://www.smileycodes.info
[Tips: Saya suka kemas katil selepas bangun tidoq supaya nampak tak sampai hati nak duduk atas tu, maka option lain adalah duduk di atas kerusi dan buat lah kerja yang sepatutnya. ~ok tak menarik pun]


Sebentar tadi saya berjalan-jalan di thread fb sekejap, seperti biasa insan berjiwa rakyat ni mencari-cari info menarik..tiba2 jiwa rakyat saya ni seakan-akan terusik dengan gambar-gambar profile picture rakyat disitu. Dan tahu tak apa saya buat tadi? Saya KIRA...Saya kira apa tahu? saya KIRA berapa ramai guna poster A..dan berapa ramai guna poster B. dan sekarang saya pelik dengan diri saya ini, kenapa saya pi kira??? ish~lagho betul. [Jangan ditanya kenapa saya selaku mantan duta wow tidak mengenakan mana-mana poster. tsk ;P]


Ok lah, berbalik kepada tajuk asal apa yang saya nak tulis..saya baru terfikir nak tulis pasal 'dialogue'. Berdialog ialah satu gejala sihat [is it 'gejala'?] yang harus setiap daripada kita sertai. Saya suka berdialog, secara formal mahupun tidak formal..i prefer the later. Last time debate pun kat class..itu pun for academic purposes. Tapi dialog dan debate is different, for me..it has a huge different.


Menurut Wikipedia, dialogue means :
 "literary and theatrical form consisting of a written or spoken conversational exchange between two or more people"

Menurut satu website lain : 
"Dialogue is a process that enables teams and individuals to get on the same page, generate common goals and create sustainable change together. It helps participants understand each others' differences and similarities and allows for an open exchange that maintains the dignity of all. Dialogue is an innovative way of communicating. In Dialogue, there is no convincing others of our point of view. Dialogue, unlike debate, is about listening to the truth in other's viewpoints and coming up with a collective meaning that all members of the group can work with and appreciate..." -> read more here

berfikir untuk case study yang tepat untuk topic ini..jam baru 01:30
http://www.smileycodes.info
Terimbas kembali soalan yang ditujukan [diajukan?] oleh kakak naqibah pada sitting minggu lepas: bagaimana cara untuk naikkan Islam? Soalan disambut dengan baik setiap ahli sitting, saya yang teruja untuk menjawab, melontarkan satu persatu buah minda..sambil2 menyelak kembali nota di tangan dengan harapan tak tertinggal butir2 idea, nanti tak tidoq malam kalau tak all out [konon2 lah]. Jawapan sahabat di sebelah: Kita perlu bina individu muslim. Jawapan saya [yang tak sabar2] rujuk huraian di bawah. Jawapan sahabat ke-2: Kita perlu proaktif dalam setiap aspect. Jawapan sahabat ke-3 : [menjawab soalan saya dan menambah jawapan beliau] Kita harus kenal mad'u dan beri sesuatu yang boleh diterima mereka. Jawapan sahabat terakhir : [saya kurang jelas tapi lebih kurang mcm ni la] Individu muslim dan dakwah itu sama penting untuk naikkan Islam.

Huraian jawapan saya: Selepas sahabat saya menjawab perihal membina individu muslim dalam diri, kemudian mengajak orang-orang terdekat untuk sama-sama membina dan memperbaiki diri hinggalah merangkumi pembinaan sebuah masyarakat..tiba-tiba jiwa saya tedetik tentang "relevantkah di malaysia?".  Baik..baik. saya cuma nak mengajak sahabat-sahabat berfikir secara lebih dekat dengan situasi sebenar dakwah di Malaysia. Dalam keadaan diri saya sendiri yang tidak tahu pada ukuran mana diri saya sebagai seorang muslim tetapi ingin mengajak orang lain sama-sama memperbaiki diri, kemudian saya membayangkan diri saya di dalam situasi ini : 

Di sekolah bersama pelajar-pelajar yang runtuh akhlak
Bersama anak muda yang memperjuangan 'sort of freedom'
Bersama dalam kalangan masyarakat kota yang terlalu cintakan hiburan 
Bersama pemimpin-pemimpin yang *fillintheblankwithanysuitableanswer*

http://www.smileycodes.info

Actually bukan saya nak state benda tu tak relevant, yes, it is relevant bila kita bercakap bersama educated people like we are [are we? hehe] tapi persoalan saya lebih kepada bagaimana nasib sahabat-sahabat saya yang sudah jauh dengan Islam? Bagaimana dengan sahabat-sahabat saya yang menganggap hedonisme sebagai 'life' mereka? Macam mana nak tarik dan suruh 'mat-mat rempit yang hidup dengan motorsikal mereka sahaja tu kembali kepada Islam? Ni tak cakap pasal maksiat lagi, peminum arak, pencuri, perompak, perogol, pembuangan bayi, pembuat video s*x, haaaaaa... Macam mana saya yang kecil lagi hina serta penakut dengan orang jahat ni nak berdepan dengan minah rempit? Saya minta maaf jika terkasar bahasa. Err..maaf..maaf [emosi pulak dah..]


Jadi, jawapan saya ialah : Kita perlukan satu kepimpinan yang menjalankan dasar-dasar Islam atau bahasa mudahnya pentarbiahan masyarakat melalui 'undang-undang'. Dan di sini terlaksananya 'Amar makruf nahi mungkar' , kita sebagai penggerak yang berjalan secara individu mungkin lebih banyak mempraktiskan 'mengajak kepada kebaikan' tapi jarang sekali 'mencegah kepada kemungkaran'.. Saya yang mengaku dan mengetahui kemampuan saya sangat-sangat mendokong perjuangan yang mengaplikasikan kedua-dua peranan ini. Justeru, saya melihat itu antara jalan untuk menaikkan Islam di bumi Malaysia mahupun seantero dunia. Tidak lupa juga, turut memperbaiki kelemahan diri dalam usaha dakwah ini.


Saya rasa saya ada mention pasal mem'priority'kan tuntutan. Memperbaiki diri menjadi lebih baik itu satu kewajipan, berdakwah mengajak orang lain berbuat kebajikan juga satu kewajipan. Dakwah erti kata mencegah kemungkaran juga kewajipan bagi kita. Kita wajib melaksanakan kewajipan-kewajipan tersebut dan tahu priority mereka apabila berlaku pertembungan kerana setiap kewajipan itu akan ditanya oleh Allah. Saya turut menegur diri saya sendiri dalam soal ini, jika kita nak tunggu diri kita 'perfect', bila pula kita nak berdakwah? apa pula kayu ukurnya untuk saya perfect? Ehm..saya malu cakap pasal perfect ni. sigh~ saya cuma ingin menjadikan perbincangan ini lebih realistik, bukan sekadar perbincangan 'angguk faham' atau bahasa lebih standard 'idealistic'. Saya mahu kita faham bahawa kedua-dua konsep itu harus seiring, 'Perbaiki diri kita, pada masa yang sama ajak orang lain'

Ya, saya bersetuju 100% tentang pembinaan individu muslim mampu menaikkan Islam, tapi kita perlukan dakwah dan satu kepimpinan yang kuat untuk menjalankan dasar-dasar Islam. Mungkin saya terlalu tamak dan tergopoh-gapah dalam soal ini. Sekadar mencurahkan isi otak yang mentah.. 


Eh, kemana topic dialog saya dah lari ni? 

http://www.smileycodes.info
Yes! ada lagi 1/2 jam sebelum masuk waktu. Berjaya juga saya bersengkang mata untuk hari ni. alhamdulillah wa astagfirullah. Jum! :)  pengajaran: susah juga mengisi lebihan masa dengan blogging, sebab melibatkan kerahan minda. mungkin esok guna option lain. lepas focus assignment, why not editting new poster? hee kidding! 


Moga ini bermanfaat~ :)


gambar sekadar hiasan


.:: Seeru Ala Barakatillah::.





Enhanced by Zemanta

6 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

orang wow jugak rupenye..hehe

El-Azwar said...

Yes, memang WOW! skrg baru terasa WOW setelah di'WOWmania'kan.. lol

wow jugak? uhurm [mcm peliks] =.^"

m said...

Assalamualaikum

thank you for bringing my perception to a new level..

Saya pernah bertanya kepada kawan, masa tu tengah dalam agenda untuk menghidupkan Islamic Society di tempat kami..

"Ko rasa apa eh kita boleh buat dalam ISoc. Takkan asyik talk je, so what do people like you want from ISoc?"

To my surprise -she wasn't answering the question- but her reply was definitely something that can be related to:

"Hmm, sebenarnya kalau stakat bagi usrah, aku pon boleh buat. Ramai orang cakap 3S to stands for Sports, Sex and (ape 1 lagi eh?), aku pon tahu yang tu. Aku pon boleh cakap tu agenda Yahudi. Tapi kalau ikut logik, takkan ko expect kita boleh tinggal benda tu, it's everywhere."

Truthfully, I was like 'err u're not answering my question' but it was long forgotten, until today.

After reading your post, now I know why the reply came that way.

Thanks to you, thanks to Allah. :)

El-Azwar said...

Serangan pemikiran '3S' -> SPORTS, SONG, & SEX

Definitely, most of us just come to realize the existence of that ghazwul fikr, but we just realize and do nothing cause we're accepting the so-called-virus in the society. haven't think and talk about the cure. but i do believe that everyone is rejecting it, cause who can deny 'Allah's plan'.. the greatest Planner.

e.g: No Riba' in Islam, is the best practicing policy on earth. Now, the world is looking up the beneficial of Islamic Rules.

When Allah says it is the best, it is :)

alhamdulillah wa astagfirullah, thanks sys.

m said...

:D

Yerp, kita sebenarnya kadang2 tidak mampu untuk menghadapi rintangan dunia, it's literally everywhere. Oleh itu, pintu2 maksiat itu perlu ditutup! Dengan apakah pintu2 maksiat2 itu insyaAllah akan dapat di tutup??

Dengan dasar2 Islam, insyaAllah. :)

El-Azwar said...

Exactly! Sys, moga kita terus tsabat, diberi petunjuk dan kekuatan dalam perjuangan ini! ^^

"Bersatulah wahai kaum muslimin..dengan semangat dan ruh kebenaran..."

erh~! hehe :)