.::ingin sekali menuntut ilmu dari lutut ke lutut::.
.::ingin sekali difahamkan tentang pelbagai perkara::.
.::kadangkala orang kata tidak penting::.
.::mungkinkah keterbatasan ilmuku?::.
.:;terimalah, langkahku masih jauh di belakang::.
.::harusku turuti satu persatu::.
.::ada baiknya juga begitu::.
.::seorang pelajar sastera Inggeris mana mungkin sehebat penyair Arab::.
.::Allahuakbar::.
Assalamualaikum wbt, pernahkah kalian gementar? Ini bukan gementar nak ambil exam General Language yang tinggal baki sehari [siap mampu singgah post blog] tapi gementar soal jiwa yang semakin goyah. Jiwa yang diserang ujian berdepan dengan kebenaran. Jika semua ini benar, bagaimana harusku terima? Terima dan berdiam dirikah? Mana perginya jiwa-jiwa yang tenang? Jiwa yang mengingati Allah ketika baring dan berdirinya. Mana? Mana? Astagfirullahal'azim. tewas...
Astagfirullahal'azim.... Baruku sedar, ini bukan sahaja ujian mencari yang haq, ini ujian di mana letaknya kebergantungan diriku kepada Pencipta ujian-ujian tersebut. Ya, Allah kuatkan kami dalam pencarian kebenaran, jika ini bukan soalnya,.. kurniakan kami jiwa yang tenang menerima setiap hentakan demi hentakan, jawapan demi jawapan yang tinggi kuasa larutannya. Jadikan kami hambamu yang bersabar dan lebih dekat denganMu. Semakin banyak diuji, kuharap semakin dekat dengan Allah azzawajalla. :)
Berlapang dada lah dengan semua ini.
'Hentakan' diciptakan bukan untuk diubah dan diperdebatkan, cukuplah bagiku percaya akan ada hikmah di sebalik peraturan Allah ini. belajar bersikap tenang. Berhentilah mempersoalkan kenapa aturan itu berlaku, tetapi fikirlah cara terbaik untuk menanganinya.. Pasti ada hikmah tersembunyi...
terimalah..
terimalah..
Salahkah saya berfikir...dan melanjutkan buah fikiran itu,
lagi dikupas-kupas hingga ditelan buahnya?
Erk... kenapa terlalu bersastera? Salahkah saya kritikal sebegini?
Saya juga mahu title Taat dan Patuh. tapi..pasti saya terlalu berfikir tentangnya.. T.T sobs~

No comments:
Post a Comment