"Confusion is a good start of Learning"
The life of this world is a transient shade. "Orang beriman melihat hari di hadapannya sebagai kesempatan untuk meraih cinta dan redha Allah serta untuk mendapatkan syurga. Untuk itu dia perlu bekerja keras melakukan pekerjaan yang baik. Bagaimanapun sibuknya, dia tetap waspada agar tidak lalai daripada mencari redha Allah." Petikan dari novel 'Contengan Jalanan' tulisan Hlovate tak pernah gagal membuat hati saya tersentuh. Penulisan beliau kali ini agak matang dan jelas matlamatnya. Novel masih lagi dalam pembacaan.
Banyak betul cerita yang nak dikongsi, sampai tak tahu nak mula dari mana. First and foremost, I'm Home! That's conclude something, isn't it? Balik hari tu saya naik Saudi Airlines. One word about it, mantop! Dari mula check in sampai la ke tempoh transit, layanan mereka tip top. We love it! Alhamdulillah, Thank you Saudi Arabia Airlines kerana menyediakan perkhidmatan yang serba memuaskan.
my boarding pass :)
Dalam kegusaran mengejar waktu untuk solat, alhamdulillah Allah beri bantuan melalui pengurusan boarding pass. Penerbangan pulang ke Malaysia kali ni bukan penerbangan terus tapi perlu singgah di Riyadh. Jadi, hal itu memerlukan dua boarding pass. Untuk tidak menyusahkan kami penumpang yang gatal tangan pilih 18 jam transit hours, maka Encik yang menguruskan ticket telah menguruskan kedua-dua tiket sebaik mungkin meskipun sedikit mengambil masa. Sebelum masuk melepasi security check, 12 biji 'KrispyKreme' doughnut perlu dihabiskan dahulu! Tiga gadis melayu ini mencari port sesuai untuk tujuan tersebut. Makan. Makan. Makan. Sampai habes. Alhamdulillah. Habis juga akhirnya, takdalah membazir kan.
Kenapa saya cerita pasal doughnut pulak ni? =.="
cantik kan, ni kat tengah2 Sultan Abdul Aziz (kot) Airport, Riyadh, Saudi Arabia.
breakfast given. bukan breakfast ja dapat, lunch and dinner pun :)
Ada hikmahnya Allah beri saya peluang belajar di UK, ada juga hikmahnya Allah ilhamkan pemilihan penerbangan yang singgah 18 jam di Riyadh. Dapat melihat sedikit budaya masyarakat Arab di lapangan terbang khususnya. Ada juga peristiwa yang kurang enak nak diceritakan, perihal menghormati azan. Sedihnya saat azan dilaungkan tanda masuknya waktu zohor, riuh rendah suasana semenjak dari awal ketibaan hinggalah berakhirnya azan, sama aja bagi mereka. Jauh benar bezanya suasana ketika satu upacara penghormatan di UK, kesemua masyarakat bandar yang ketika itu sedang berjual beli, pelajar-pelajar dalam kelas serta sesiapa sahaja yang sebelumnya berjalan, apabila muzik dimainkan, mereka semua diam, berdiri tanda hormat. Nilai-nilai Islam yang dipraktis di UK sana lebih banyak mengajar, insyaAllah.
Yang baiknya di tanah Arab ini, ada juga orang-orang Arab yang peramah, cuba menegur dan membantu. Dapat air panas free! Alhamdulillah. Aiseh. Lamanya menunggu di sana, makan, tidur ajelah kerjanya. Untung juga dapat online. Tak lari juga dari memerhati kelibat orang ramai. Canteknya orang Arab. Sopan berpurdah litup. Dugaan. Dugaan. Beberapa kali beristigfar. Sekali pandang, boleh tahan juga mamat Arab ni. Adeh. Jaga pandangan lah! Astagfirullahal'azim. Astagfirullahal'azim. Saya memang tak boleh duduk lama-lama kat sini. Kat UK xda pulak kes mcm ni. Nur orang mukmin lain sikit kot. err. =.="
Sampai di Malaysia!
6th June 2011
Akmar Nabila yang dahulunya sebelum fly dikatakan sedikit cengkung, kini pulang dengan sedikit berisi. Tembam! Rosliana Roslan nampaknya telah berjaya menyara kehidupan saya di sana, memasak aneka juadah menarik setiap hari (overboard!) Maka, hasilnya sangat positif lah. Alhamdulillah :) Tapi kenapa Lia makin kurus pulak. herher. Tembam tandanya bahagia kan. Aish, tak best betul cakap pasal ni. Move!
Lunch dengan my bro di KLIA.
Saya keluarkan note RM2 selepas order 7up untuk abang. Tup.Tup. harganya RM4.50 segelas! I should expect such price in the beginning supposedly. haa. mahalnya. saya terlupa yang saya beli air kat airport antara terbaik dunia. =.=
Balik Kampung!
Nampak aja poster ni tergantung di tepi simpang laluan, mata saya tertancap mencari maksud. Ini kempen menutup aurat! Wah. Bagusnya ada inisiatif sebegini :) Sempat jumpa nenek, jumpa yang lain2 juga. Sukanya bila nenek ingat lagi saya. Alhamdulillah. Cumanya, nenek dah tak berapa sihat. Saya ambil peluang bertukar cerita dengan sedara mara. Sedihnya berkongsi cerita tentang arwah tokwan yang pergi meninggalkan kami beberapa bulan lepas. Arwah pergi dengan senyuman kata makteh, ramai orang cakap macam tu. Saya terfikir balik, arwah tokwan tak banyak bercakap, banyak tersenyum, kalau berjumpa sekadar bertanya khabar, tokwan mesti suruh makan dulu, carikan buah rambutan, durian, dokong, manggis, limau, atau untung2 dapat makan buah naga ditanamnya. Arwah tokwan secara lazimnya solat berjemaah di masjid. rindunya pada arwah. Ini buat dada saya sebak memikirkan arwah. Arwah sudah selamat di alam barzakh, apakah pula nasib saya nanti? T.T Berilah kami pengakhiran yang baik, ya Allah.
Pergi Penang!
Batu Feringhi kalau tak silap nama tempat ni. Bila lah saya berpeluang naik tu? Tunggulah bila diri confident dengan amalan kebaikan dulu, paling tidak jatuh lemas takdalah menyesal dengan kehidupan dunia ni. Astagfirullahal'azim. Kenapa saya fikir macam ni. Nampaknya tiada peluanglah nak naik, bila nak rasa confident entah la. Tapi teringin! T.T
Amelia berlakon melihat keindahan pantai.
Mak tak tahulah teruja tengok apa kat depan.
Ayah tengok pasir kot.
Si tembam yang sedang berbalas mesej dengan abangnya di KL.
Saat bahagia kena share. hik. Kesian Abang.
Amelia berlakon terpegun tengok ketam besaq.
Bermalam di apartment apa entah. tak ingat pulak. Selepas sepetang berjalan melihat kehidupan masyarakat kota, sampailah ke malam singgah di padang kota, saya mencari Yong Tau Fu, mengidam berbulan-bulan dah. Mana ada Yong Tau Fu kat situ, Pasembor ada lah. Urgh. sedih tetiba. Ayah belikan jugak pasembor, kut2 rasa serupa. [mana sama, tapi hampir separuh jugak la saya makan]. Keesokannya sebelum terus bertolak pulang, kami singgah di mall, mencuci mata, bukan nak beli sangat pun. Saya lagi la, puas dah bab shopping. Tengok-tengok ajelah.
Model al-ikhsan yang tak jadi.
Kata Syud, muka amelia macam senior kami. ada la sikit kot :)
Yeah, here my mom!
Pergi Peghelih!
Sekejap aja di Perlis Darussunah. Ziarah Pak Njang sekeluarga. Dah besar Afaf Syamilah. Mujur dia mesra pelanggan. Main-main dengan Afaf. Pak Njang bawa jalan2 Pekan Pauh. Masuk UITM Perlis. Sesaja melawat. Waktu malam memang best pusing-pusing. Rumah Lia pun dekat-dekat situ juga tak silap. Dah lewat, tak dapat la nak jumpa dia. Cari harum manis, ouh..dah habes musim la sayang! Takpelah, tak ada rezeki kali ni.
Kem Bitara Solat!
16-17th June 2011
16-17th June 2011
Adik-adik ni form 1 & form 2 tapi nampak satu saiz aja, yang bestnya satu saiz dengan saya juga. ni nak cakap adik-adik ni besar ke saya yang tak berapa besar?
Selesai sudah kem bitara solat di SMK Kulim. Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada sahabat dan guru2 SMKK yang sudi menerima kehadiran kami selaku fasilitator walaupon background pelajaran peringkat universiti bukanlah berasaskan subject teras pendidikan Islam. Jika nak dibandingkan dengan sisters dari Kolej Universiti Insaniah, jauh benar beza ilmunya. Saya sendiri dari awal lagi memasang niat untuk belajar sesuatu, dan ternya bukan sekadar sesuatu, banyak pula hikmah dan ilmu yang diperoleh sepanjang kem tersebut.
" Kak Akma bukan nak mengajar, akak cuma ingin berkongsi apa yang akak tahu"
Saya dapat 12 orang adik dari kalangan pelajar tingkatan 1 dan 2. Baik-baik aja adik-adik ni. Suka! Adik-adik ni secara teorinya takdalah sampai tak tahu langsung, saya faham ja kalau istilah-istilah Arab yang digunapakai dalam solat buat mereka confius dan tak ingat. Biasalah tu, sama-sama kita belajar. Contoh: Iktikaf. Puas kak akma ni bagi hint..ala, dalam lagu puasa Raihan nyanyi ada sebut perkataan tu, saya pulak lupa lagu tu macam mana. last2, bagitahu ajalah jawapan. Banyak juga perkataan baru saya sendiri belajar time Kem Solat ni seperti istilah lain dalam perbuatan dalam solat contohnya :
Tawarruq : Duduk tahiyat akhir
Iftirasy : Duduk antara dua sujud/ duduk tahiyat awal
Takbir Intiqalat : Takbir ketika berpindah dari satu rukun fi'li ke satu rukun fi'li yang lain.
Fasilitator juga turut serta mendengar ceramah
Pertama kali dipanggil ustazah rasa nak pengsan. Mula-mula tak perasan sebab khusyuk makan malam, saya yang berkongsi kerusi dengan seorang kawan tersedar bila panggilan ustazah diulang tiga kali tak silap. "Ustazah. Ustazah. Ustazah. Ni kerusi. Sedih sangat tengok" Dush, tanpa sepatah sekadar angguk saya tarik kerusi lalu duduk. Ouch, kepedasan ayam masak merah terasa sampai ke muka. Malu! Saya bukan ustazah, saya teacher. Eh, tapikan maksudnya sama aja. ^_^
Terima kasih juga! ^__^
Program Puteriku Sayang
Esok, bakalan menarik juga. Ibu kepada sahabat saya ajak buat program motivasi kepada pelajar tingkatan 4 yang sedikit bermasalah. Program kesedaran untuk belajar. Alhamdulillah, Allah buka lagi ruang mengenal masyarakat. Doakan saya untuk program esok!
Tunggu cerita berkenaan puteriku sayang di lain waktu jika masih ada umur. Banyak juga celoteh ringkas saya kat sini, hurm. nak siapkan bookmark untuk adik2 la pulak. Ayuh!
Jika kamu menghendaki jalan kebaikan, pasti akan dibuka bermacam jalan ke arahnya. Yakinlah dengan Allah.

5 comments:
bestnye kat Malaysia..lucky on you because you still be given chance to meet your tokwan.i never meet my tokwan because both my tokwans (from my mom and father side) passed away since they (my parents) were small..but i did know something that my tokwan from my mom's side was a tall man..and now i inherit his trait..plan your holidays wisely and treat your family nicely..have a good ramadhan in Malaysia..:)
baru balik dah macam2 buat ea Nabila..seronoknya!semoga masa yang ada diisi dengan perkara yang baik dan nntikan kepulangan org US plak!=)
Nazrul fazli : Alhamdulillah, safely return. innalillahiwainnailaihiroji'un. may both of them rest in peace, barakalahulakuma :)I bet you must inherit something from them. Aren't you a tall guy? hihi. kidding.
Salwani : Alhamdulillah wa astagfirullah. Seronok juga dapat jumpa adik2 sekolah tu. Insya'Allah. Dah 13 hari kat malaysia, takdalah banyak sangat. Tak sabarnya tunggu kalian semua pulang! Take care dear :)
emm. betoi la kakak nmpk mcm tembam sikit. ekekekeke. :P
amboi ustazah syuhada, alhamdulillah ada juga perkembangan kt part tu :P
Post a Comment