Wednesday, August 3, 2011

Allah Suruh Kita Merancang

Alhamdulillah, ramadhan ke-3 sudah berlalu pergi. Masuk malam ke-4 Ramadhan. Ramadhan kali ni hanya bertemankan perancangan simple, bak kata ramai orang 'Proposal Ramadhan' haruslah berat pada Pencipta. Saya sendiri tak merancang untuk keluar bertemu teman-teman lagi dah. Saya tak merancang bukan bererti saya menolak. Allah kata kalau kita mengejar akhirat, dunia akan turut serta.

Alhamdulillah, berkat perancangan yang tak seberapa untuk summer kali ni, Allah kurniakan hikmah bertemu insan-insan yang tak pernah saya fikirkan. Bahasa mudahnya adalah, kita rancang untuk agama Allah, biarlah bonusnya Allah tentukan. Saya berani tulis ni sebab saya dah laluinya sendiri. Alhamdulillah. Moga dengan kesyukuran ini Allah akan tambah lagi nikmatNya yang tak terhitung tinggi.

Berbaki sebulan lebih sebelum pulang ke Portsmouth, saya hanya berazam untuk memenuhi bulan Ramadhan dengan keluarga terdekat, selebihnya terserah pada Mak Ayah. Bagi chance depa pula merancang aktiviti anak-anak. Rasa bersalah pula hari tu pergi KL sampai seminggu, mana la tahu terganggu perancangan family ke. Nak sangat bercerita tentang pentingnya merancang. Mesti ramai pernah dengar quote nih : 

"Kebatilan yang terancang mampu menewaskan Kebenaran yang tidak terancang"

Cuba ingat kembali bagaimana Rasulullah mampu mengisi masa yang baginda saw ada untuk memenuhi semua pertemuan dan jemputan? Bukankah kita sudah jelas bahawa setiap hari Rasulullah saw akan menemui seorang yahudi buta dan memberinya makan sehinggalah baginda saw wafat. Jelas lagi bersuluh, Rasulullah SAW merancang masa baginda dengan baik di samping keberkatan masa yang Rasulullah SAW ada. Yang dah lama peluk Islam Rasulullah SAW dapat cater, bahkan yang baru mengenal Islam pun Rasulullah dapat cater. Hebat kan Rasulullah SAW, tapi bukan bermakna kita umatnya yang kerdil lagi hina ni tak mampu buat. Bak kata Akhil Hayy [tak ingat bila] :

"Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua"

Ini perkongsian kisah benar, aiseh. Merancang adalah kewajipan dalam berdakwah, jadi atau tidak itu cerita lain. Sebelum pulang ke Malaysia lagi, haruslah memiliki perancangan yang detail nak buat apa di Malaysia. Jangan tunggu dah jejak kaki di Malaysia baru nak fikir apa nak buat. Oh rugi! Kita kena ada checklist. Sedangkan nak shopping pun ada list kan. Bak kata sahabat saya "Alhamdulillah, Allah buka seluasnya jalan untuk menyumbang bila niat kita mahu ke situ".


Singgah di WOW semalam pun dapat ni. Wowkenababe! ^^ Saya yakin program macam WOW ni lagi lah perlukan perancangan yang lebih rapi dan jentera yang lebih mantop. Ehem..bila mantan duta WOW berbicara dah bunyi macam Team WOW. Teringat zaman promote WOW tahun lepas, sikit-sikit WoWmania!, TebabOW~! Macam-macam bunyi keluar. Berkat jalinan ukhuwah dengan sisters, sebelum fly lagi dah rasa terikat :)

Kalau nak tahu lagi, program "Puteriku Sayang" tu memang dirancang dan dibincangkan berbulan-bulan sebelum pulang ke Malaysia lagi. Sahabat saya lah yang banyak berurusan dengan guru-guru di Malaysia melalui perantara. Alhamdulillah, program "Puteriku Sayang" yang hanya melibatkan dua penceramah iaitu kami berdua mendapat jemputan kali ke-2 baru-baru ni. Mula-mula memang nak ajak ramai kawan-kawan join tetapi atas permintaan terpaksalah dihadkan kepada dua penceramah sahaja.

Waktu Kem Bestari Solat hari tu baru tahu takbir Intiqalat tu sebenarnya apa T.T Alhamdulillah.

Berkenaan "Kem Bestari Solat di SMKK" yang saya serta sahabat-sahabat sertai awal June lepas juga dirancang sebelum pulang ke Malaysia lagi. Tak rugi sebenarnya meminta dan meng'voluteer'kan diri sendiri. Sahabat yang saya kenal sejak di MRSM Pendang lebih lima tahun dulu sangat aktif dalam aktiviti dakwah. Impressive! Bak kata saya [cewah] Mula-mula memang kena usaha meminta, lama-kelamaan kita pula ditawarkan. Banyak pula ilmu baru yang kita belajar dari program bestari solat tu, ukhwah juga terbina. MaasyaAllah. Thank You Allah!

"Kamu telah bersusah payah menuju Tuhanmu, kamu pasti akan menemuiNya".

Mula-mula terasa kosong juga summer di Malaysia, tetapi rasanya tidak lagi. Saya cukup bersyukur dengan peluang yang ada. Terima kasih diucapkan kepada IKRAM Kedah atau nama Famous di FB 'Kabilah Kedah Stylo' yang sudi membuka ruang kepada saya dan sahabat-sahabat merasai nikmat indahnya tarbiah. Sepanjang cuti kali ni saya pernah join satu Usrah Kabilah di Tasik Darulaman atau dikenali dengan USKAB. 

Sepatutnya istilah Tarbiah Dzatiyah ni perlu dicover betul-betul sebelum pulang dari UK lagi. Alhamdulilah, kakak usrah saya berjaya masukkan pengisian tarbiah dzatiyah sebelum balik ke Malaysia lagi. Bila berpeluang ke usrah sangat best lah, tapi kalau tak dapat peluang pun xde masalah sebab dah faham situasi di Malaysia mcam mana keterbatasan yang ada. Time dapat join usrah ni lah ketuk balik kepentingan tarbiah dzatiah, jangan nak melenting bila tiada usrah dan rasa diri tak terisi. Cuba fikir balik apa yang kita buat dalam nak maintain time-time sensorang kat rumah. Jangan ingat kita akan selamanya dalam bi'ah solehah macam kat UK tu. Hakikat yang harus ditelan ialah, lepas belajar kita akan pulang ke Malaysia, hidup di Malaysia dan berkerja dengan orang-orang di Malaysia juga. Time tu nak melenting dah tak guna. Lainlah kalau hidup dalam jemaah Islam. Itu lain benar ceritanya :)

Selain itu, mereka juga membuka ruang buat saya dan sahabat untuk turut menyertai 'BADAR AL-QUBRA NORTH CAMP' anjuran IKRAM Pulau Pinang. Disitu pelbagai manfaat diperoleh dan perkara baru yang dipelajari, alhamdulillah. Hal ni bukan bermakna peluang yang datang bergolek, bukan2. Ini juga hasil daripada perancangan yang awal. Membina ukhwah dari mula. Kalau dah sampai Malaysia baru nak cari sahabat, memang agak terlambat. Bukankah begitu?

Pinjam semangat ahli badar [Time ni juga berlakunya BERSIH 2.0]

Beberapa minggu yang lepas, saya agak terkesan apabila diri hampir terlupa untuk berkongsi. Saya diminta oleh sahabat seusrah ketika di UK, dia minta diberi pengisian.  Dengan itu, satu Usrah Duo dirancang, satu tarikh dipilih, walaupun pada mulanya saya ingat perancangan itu gagal selepas sahabat saya tak muncul-muncul di muka skype. Follow up dibuat. Akhirnya perjanjian dibuat kembali, kali ni lepas subuh. Sorang di Kedah, sorang lagi di Kuching. Jarak bukanlah penghalang sesebuah pengisian bukan? Cumanya antara kita mahu merancang untuk itu atau tidak. Dan yang paling penting tidak terus berputus asa, dan meletakkan prasangka baik pada teman-teman. Walaupun pengisian itu, dicopy terus dari apa yang kita dapat dari Usrah Kabilah atau mana-mana ceramah kita pernah ikut. Jadi, persediaan bukanlah satu masalah besar.

Seterusnya, [macam buat essay dah ni] Kebanyakan program yang saya ikut adalah dirancang dari awal, pertemuan selebihnya berperanan untuk matlamat yang sama. Maksud saya, jika dari awal saya merancang untuk berkhidmat dalam penganjuran SYOK, maka akan ada pertemuan demi pertemuan untuk itu, Secara tidak langsung berlaku pengisian yang insyaAllah bermanfaat seperti Usrah dan pengisian berbentuk lain. Contohnya, saya nak attend meeting GALAKSI, apa yang dirancang disamping  meeting buat usrah ikut kaum [bahasa directnya jantina], namun begitu, Pusat Dakwah ada menganjurkan Ceramah Solat bersama Radio Malaysia Kedah (RMK) serta sedikit jamuan. Bukankah itu menunjukkan perancangan Allah lebih baik. Meeting dapat, Usrah dapat, Ceramah dapat join, perut pun kenyang. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Apa lagi yang mampu diucapkan selain rasa syukur :)

Yang dirancang akhirnya berlangsung. Cerita pasal SYOK ni tak sempat nak ditulis panjang lebar, Subhanallah sangat menarik dan melucukan. Tajuk lepas ni mungkin :

"Bila Team Usia Setahun Jagung Kena Urus Program dengan Kerajaan Negeri"

Last but not the least, hiduplah berjemaah. Kita tak akan pernah rugi dan merasa keseorang [dah nama pun berjemaah kan] bila duduk dalam jemaah. Kesalahan kita ditegur, ada ruang-ruang yang boleh kita bincangkan bersama. Kalau dah duduk dalam tu, tipulah takdak pengisian kan. Banyak der... Mau pilih saja. Jangan sampai nanti rasa muak pulak. Haaaa. Nak list satu-satu tak dapat lah, mari nak bisik kat telinga. Banyak manfaat yang boleh kita dapati daripada kehidupan berjemaah ini. Insya'Allah.

Kemudian, selepas sedikit demi sedikit bertatih. Tiba-tiba anda dengan rasminya akan :

hik :P

Another famous quote yang orang selalu cakap

  "If we fail to plan, we are planning to fail" 

Masa muda-muda remaja ni jelah nak aktif berpersatuan, dah tua nanti lebih banyak urusan pula. Saya yang dah ada sikit-sikit gambaran suasana hingar-bingar di sekolah macam dapat rasakan betapa 'tegang'nya kehidupan di sekolah. Oh...saya takut peluang dan iltizam saya di jalan ni meluntur. Nauzubillahiminzalik. Teringat perkongsian seorang senior, dia ambil 5 tahun untuk proses 'transition' selepas mendirikan rumah tangga ke bergiat aktif semula dalam persatuan. Nak kenal suami, nak kenal keluarga suami, fasa uruskan anak-anak. Lamaanyaaa lima tahun.. 

Yet, I've no idea about that. 



Enhanced by Zemanta

3 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

banyaknye program.eh,yang program kerajaan negeri tu,ape je pengisiannye?

siputsedut said...

good for you Nabila..bagi kami ni rasa macam kosong je summer ni..yeah, kelemahan diri sendiri yang tak tahu mana nak cari benda2 yang macam ni. kelemahan diri sendiri yang tak tahu macamna nak libatkan diri dengan aktiviti yang macam kamu buat. mungkin jugak diri ni belum lagi bersedia untuk tanggungjawab berat seperti kamu.rasa sangat rugi jugak. padahal dah 3 minggu dekat malaysia, contribution macam tak dak. nak menyumbang pun tak mampu masalahnya. keterbatasan ilmu,keterbatasan segalanya, tapi kalau mahu seribu daya kan? klau mengharap semangat berkobar sebelum balik malaysia, memang berkobar itu ini nak dibuat. tapi rasa macam bnyak halangannya.susah ea nak libatkan diri dengan semua ni. mungkin belum sampai masa dan mungkin rencana yang Allah tentukan untuk diri ni lebih baik dari rencana yang diri sendiri ingin lakukan pada awalnya. ah, rasa macam seorang yang berputus asa pulak.ntahla.rasa ketinggalan yang amat sangat.alhamdulillah punya teman seperti kamu yang masa depan kamu dapat dilihat cerah. punya perancangan apa yang mahu kamu lakukan dan punya anjakan untuk mengatasi segala keterbatasan yang kamu hadapi. semoga usaha kamu diredhaiNya dan dilimpahkan kurnia dan balasan yang setimpal dari-Nya. inshaAllah. semoga juga di mana mana kamu ditempatkan di muka bumi ini menjadi satu aset kepada tempat tersebut sebagai penggerak usaha dakwah tarbiah kepada yang lain. ameen..

El-Azwar said...

To Nazrul : Ini semua reflection shj, dah tak ada planning apa2 lagi dah bln Ramadhan ni. Oh, yg itu pre-departure program untuk anak2 Kedah/Perlis/Penang. Pengisian lebih kepada Fiqh Travellers dan Amanat Pemimpin. Tp terlepas jugak isu politik sikit. Hurm..


Salwani, pasti ada hikmahnya Allah bagi masa kita lebih bersama keluarga. Mungkin ada cara lain untuk menyumbang yg kita terlepas pandang. Mungkin juga ada pelajaran yang kita boleh ambil dari semua tu. Insya'Allah. Kita bertatih bersama, cuma mungkin medan kita sahaja berbeza.. Kita merancang Allah merancang, dan pastinya perancangan Allah lebih baik. Mcm km dulu, mock interview sakan study psl Biotech, GMF and etc.. akhirnya Allah takdirkan in teaching field, English pulak tu, yg xpenah terfikir pun. Tp, all in all, pujuk diri untuk terima. Mungkin itu yg terbaik, dan teruji sejauh mana keikhlasan kita menerima. Insya'Allah :)