Tuesday, August 2, 2011

Ya, Ramadhan Tanpa Tok Wan & Nenek

Sebaris anak, cucu, cicit disisi jenazah nenek, ditemani tinggi rendah suara bacaan al-quran, sekejap-sekejap kain tutup muka arwah dibuka tanda adanya tetamu berziarah. Masuk kali ke-3 tadarus. Alhamdulillah sebelum pengkebumian, dah masuk tiga kali khatam. Saya berhenti bacaan selepas perasan juzuk ke-30 dah diambil orang.  Bak kata Ustazah " Alhamdulillah, anak cucu semua boleh baca al-Quran". Jam hampir pukul 9 pagi, persediaan untuk mandi dah lama siap. Alhamdulillah, tiada yang kurang, semua lancar.

Sayup-sayup suara mengucapkan syukur. "Alhamdulillah, semua Allah permudahkan". Kata Ustazah yang menguruskan jenazah nenek, dulu di pengajian pondok, nenek selalu datang mengaji, arwah berhenti bila dah tak larat. Yelah, pondok tu di seberang sungai. Ingat lagi masa arwah Tok Timah ada lagi, Tok Timah menantu nenek, isteri arwah Tok Wan. Saya ingat lagi, sebelum pergi mengaji, Tok Timah akan ikat duit syiling di selendangnya dengan getah, dibawa bersama ke pondok yang sama. Tok Timah meninggal tahun 1996, masa tu saya kecik lagi, mana la tahu menangis sebab orang meninggal dunia. Tok Wan baru sahaja meninggal dunia lima bulan lepas, kemudian disusuli arwah nenek di usia 92 tahun, ibunya. Oleh sebab arwah Tok Wan satu-satunya anak arwah nenek, jadi sebelah keluarga Tok Wan dah tak ada siapa orang lama lagi untuk dirujuk. 

Sebelah Tok Timah pula,  hanya tinggal Tok Lang, Tok Njang dan Tok Su. Allah, panjangkanlah usia mereka. Aamin. Tok Wa seingat saya meninggal setahun yang lepas, Tok Ngah pun lebih lima tahun dah tak ada. Anak-anak arwah Nenek Diah ni meninggal sebelum arwah pergi lagi, nenek Diah meninggal dunia sewaktu saya di Langkawi tak salah saya, tak ingat dah. Nenek Diah meninggal pun pada usia 90-an juga. Semasa ziarah di perkuburan masjid, satu-persatu pusara dilawati, ramainya yang dah pergi T.T sob..sob..

Saya tak banyak cerita bersama arwah Tok Wan, arwah pergi masa saya di UK. Terakhir kali jumpa Tok Wan masa Tok Wan hantar pergi airport. Terharunya.. Arwah Tok Wan solatnya di masjid. Kata Pak Cik, Ramadhan tahun lepas Tok Wan lebih kerap berbuka di rumah, tapi solatnya di masjid juga. Arwah Tok Wan senyumnya manis. Walaupun usia menginjak 70-an, gigi masih lagi kuat, arwah tokwan dengan Tok Timah tak pakai gigi palsu pun. Cayalah! Rahsia penjagaan gigi. Ehem :) Semakin lama, semakin kurang tempat rujukan. Wallhua'lam, tak tahu siapa pula menyusul selepas ni. Boleh jadi diri sendiri.  Tapi, iktibar dari kisah yang baik haruslah diikut bukan?

Raya tahun lepas, dari kiri Pak Cik, Amelia, Nabila, Mak Teh, Mak Long, Mak Su, Mak Tam, Pak Tam, Mum & Abang Jabrul.
Yang bertinggung kat bawah, Pak Uda, Syazwan, Kak Jamnul, Kak Jahirah, Bahiyah, Fatma Aliah, & Fitrah.


Ingat lagi pesan nenek untuk Pak Lang di masa sakitnya, kerap berpesan, ayatnya lebih kurang macam ni:

  "Buat apa pun, mesti di jalan yang betul, kena betul-betul, rajin-rajin pergi masjid dengar orang bacakan kitab, hasil padi tu bagi kat PAS sama..."  

MaasyaAllah, orang seusia nenek masih lagi berjuang dengan caranya untuk Islam. Dulu masa sihat, nenek banyak urus sendiri, masa sakit lah banyak berpesan pada anak cucu. Terharu, tersentap dengar cerita ni. Pengorbanan dan sumbangan nenek pada perjuangan Islam. Besar rahmat dan kurniaan Allah untuk nenek, insya'Allah.  

Kita yang sihat, lincah lagi bertenaga ni apa pula sumbangannya? 

Astagfirullahal'azim.

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan, kalau waktu kepergian nenek boleh habiskan tiga juzuk sehari, takkan satu juzuk sehari dalam bulan ramadhan tak boleh kan. Ayuh! Kurangkan lagha, kurangkan drift, mantapkan ibadah khusus, tambah amalan sunat, berpada-pada ketika berbuka, terawih 20 la pulak azam tahun ni. Insya'Allah. Jom! :)

Syukur kerana dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. Alhamdulillah :)
 


No comments: