Wednesday, November 2, 2011

Stigmatization

Assalamualaikum wbt..

Sedang asyik melewati Facebook, teruja dengan berita Palestine become part of the members of UNESCO, maybe scene voting tu ada sense of surprise. I could sense the way US and Israel confidently said : "No". Drop the subject. Keseronokan ditambah lagi apabila anak usrah upload a photo of us di group kami. Kekok sebenarnya bahasakan diri kakak usrah, jadi saya ubah kepada title penasihat/moderator usrah in order to drop the formality. Ke dengar lagi formal? As long as no sense of seniority, that's fine. [Saya dah guna tiga kali perkataan 'sense' kat intro nih. a fact]. Teringat pengalaman pertama, cuak juga kerana kami semua sebaya. Pendekatan lebih kepada sharing rakan sebaya gitu-gitulah; anybody can lead in any issue discussed.  Bersama membina dan sudi dibina.  Alhamdulillah, moga tautan terus erat dan bertambah erat. 

"ISLAM" is a way of life

Cuba teka mana saya ditag? Ok, seganlah nak bagitahu. Nanti cadangnya nak ambil real version. InsyaAllah. Bercerita tentang 'Usrah'. Kebanyakkan bersetuju dengan adanya usrah, tarbiah individu dapat dilaksanakan lebih inclusive. Ada pihak yang berpendapat usrah salah satu cara untuk kita capai 'ustaziyatul alam'. Ada pendapat lain, usrah adalah satu-satunya cara untuk Islam tertegak. Saya bersetuju dan saya turut meraikan pendekatan lain kerana saya juga beranggapan setiap sesuatu sememangnya bermula dengar tarbiah, tetapi tarbiah bukan 100% terhasil atau diperoleh dari pendekatan usrah sahaja. Pada saya waqi' disini memungkinkan pendekatan usrah adalah cara yang terbaik. Nak juga saya quote kembali kata-kata seorang yang berpengalaman : "Balik Malaysia nanti, jangan tahu pergi usrah sahaja..berilah sumbangan mengikut kepakaran yang mampu disumbangkan " Bukan tak bagi pergi usrah, pergilah usrah tapi biarlah usrah itu melahirkan individu yang peka dan cakna dengan masyarakat dan perkembangan sekeliling.


Tarik nafas, baca definisi :

Usrah : 
Kumpulan Individu Muslim yang beriman dengan Allah, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan satu ikatan persaudaraan Islam (Ukhuwah Islamiyah). Medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.


Mungkin penulisan saya ini seperti membuka ruang dan menyebelahi individu yang tidak berada di dalam usrah. Ini bukan bermaksud saya ragu-ragu dengan pendekatan ini. Jauh sekali saya menolak pendekatan yang diguna oleh junjungan besar Rasulullah SAW. Saya ulang, saya tidak menolak tapi saya meraikan pendekatan lain juga. Mungkin kerana saya berpendapat tarbiah itu luas skopnya di zaman ini. Zaman ini bermaksud, masyarakat yang lahir dalam suasana yang berbeza, ada yang lahir dalam keluarga dan masyarakat Islam yang mempraktiskan Islam hampir dalam semua aspek, jadi Islam baginya bukan lagi asing. Ada juga masyarakat yang lahir dalam keluarga dan masyarakat sekeliling yang dikelilingi jahiliyah, jadi Islam baginya sesuatu yang asing.

Maka, tidak hairanlah pendekatan yang diambil atau tarbiah masing-masing juga berbeza.Mungkin juga saya bersetuju bahawa kepelbagaian dan keunikan masyarakat yang wujud itu diraikan dengan pelbagai cara dan susunan priority. Maksud saya, mungkin starting point atau approach masing-masing berbeza. Namun, ukhuwah islamiyah yang terjalin antara muslim yang lahir dari usrah itu tidak dinafikan kekuatannya. Saya percaya qaedah sulbah itu mampu menghidupkan Islam di mana pun mereka dicampakkan. "They will take care of the religion". 

Tarbiah bukan untuk orang baik-baik sahaja bukan? Semua golongan perlu diraikan dan memiliki haq untuk ditarbiah. Oleh itu skop dakwah yang kita pakat bincang beberapa minggu lalu itu bukanlah omong-omong kosong. Mari recall sikit. Forum bertajuk 'Normalisasi Dakwah Merentasi Zaman' itu bukan sengaja suka-suka dipilih. Saya yakin penyampai mahu mesej utamanya digarap walaupun keseluruhan intipati forum memang susah nak dihafal. hi. Tak perlu limitkan tarbiah. Tak suka duduk berhalaqah? Tak boleh terima rakan sebaya bercakap soal Islam? Nak menjaga ketulenan ilmu yang sampai? Nak ustaz2 sahaja beri peringatan? Ketahuilah, spesies manusia begini juga kita harus terima. Itulah namanya cabaran. Skop dakwah dah dikupas, seharusnya kita jelas bahawa banyak lagi sumber-sumber tarbiah yang boleh kita ikut sesuai dengan character dan kemampuan.

Bagi peminat remp-it, tugaskan mereka kawal kampung, me'remp-it dari kampung ke kampung, masuk waktu solat singgah masjid, lepas tu sambung duduk sekejap dengar tazkirah, lepas tu sambung lah me'remp-it. Takkan usrah nak mengubah terus identiti dan keunikan sesebuah kumpulan. Keunikan dan kepelbagaian itu adalah kekuatan masing-masing bukan? Yang penting, jangan lupa ajak..nanti mereka pula ajak kita. Mana la tahu kalau-kalau logam mereka lebih mantop dari yang mengajak  :)

Kadangkala, saya berpendapat sentuhan seorang muslim yang ikhlas terhadap mad'u atau sahabatnya sangat memberi terkesan meskipun masing-masing berada beribu batu jauhnya. Samada pertemuan sekitar tiga ke empat jam yang mampu membasahkan jiwa yang ditarbiah. Atau pertemuan 5 minit 5 kali setiap hari yang disulami kepercayaan, bahagia serta selamat. Kita memiliki fikrah Islam, mungkin uslub kita berbeza, yakinlah dengan pilihan kalian. Ukhuwah Islamiyah itu juga mampu dipupuk atas dasar aqidah, matlamat perjuangan dan pergerakan yang sama meskipun kita dipisahkan garisan geografi. Terdapat ramai orang yang lebih baik amalannya, lebih baik akhlaknya, lebih baik sumbangannya dalam Islam tanpa kita sedari. Jadi, stigma terhadap masyarakat sekeliling yang mungkin pada pandangan kita menolak sebahagian uslub dakwah ini haruslah dimurnikan.

Sometimes we act like we know everything, but the fact is we know nothing at all.. Don't judge, just ask..though they might think we are newbie. Relakslah..

Wallahua'lam..




Enhanced by Zemanta

2 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

baru2 ni berpeluang 'hadir' ke ijtima' tarbawi di Malaysia. tertarik dengan kuliah subuh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.katanya setiap ahli 'you know who' mesti ditarbiah. "kalau diperingkat pimpinan dengan usrah dan tamrin, kalau di peringkat kampung dengan ceramahnya." so, betulla setiap lapisan masyarakat yang wujud sekarang harus ditarbiah mengikut waqi' yang seharusnya. tidak kata semua lapisan perlu usrah,tapi rasanya peringkat mahasiswa,memang ini manhaj terbaik. ke guane?hehe

kalau terlepas pengisian ijtima' hari itu boleh 'menghadirinya' di link di bawah..

http://www.youtube.com/watch?v=B-wKPxeEnbU

ni siri 1,kalau dapat tengok sampai habis,memang sangat seronok.huhu

El-Azwar said...

"Tarbiah mengikut waqi' yg seharusnya.." Setuju. Cuma risau bila ada mentaliti yg mengecilkan skop tarbiah hingga melihat kelompok lain sbg pesalah. Eventually saya setuju dengan pendekatan usrah, cuma bila fikir ruang lingkup masyarakat luar, i'm the other way round :)

Subhanallah. Saya baru dengar part ucapan perasmian Ustaz Nik Abduh, tahu psl yuran ijtima' RM15 je. ^^ InsyaAllah akan continue lps ni, jazakallahkhair. dengar ustaz2 ceramah mmg seronok :)