Assalamualaikum wbt..
"..If what is ahead scares you
and what is behind hurts you
just look above
He never fails to help you.."
Pengalaman stting bersama sisters hari ini begitu menyentuh hati saya, begitu juga sitting sebelum ini, sebelum tu juga ada cerita yang menarik nak dikongsi. ah..semua sitting ada kesan yang tersendiri. Walaupun, sitting kami ditengah-tengah kesibukan hanya bersifat indoor sharing, tetap memberi makna. Tak tahu mana satu nak mula. Tugasan Susan juga saya tangguh sekejap. 5 Essays, 5 Online Discussion to be submitted next week. Hmph!
Moving on to the module secara ringkas. Salah satunya dalam sesi usrah dua minggu lepas, kami bermain permainan 'Monopoli Islam'. Jika Barat mengajar kita bagaimana mahu memonopoli kekayaan harta dunia, Islam pula mengajar kita erti 'Infaq'. Sangat menarik kalau saya boleh ceritakan modul 'Monopoli' dengan lebih jelas. Its basically 'The more we give the more we get'. Untuk pendekatan circle, nak menjadikannya lebih mesra pengisian, contohnya pembelian rumah, bangunan atau tanah yang seperti kita dapati dalam monopoly biasa ditukar kepada Quiz, diselit juga 'Bayaran Infaq', 'Ghanimah', 'Denda kerana melalui Rumah Muslimin' [hikhik] dan sebagainya.
Part menarik bagi saya ialah 'Tazkirah'. Sekiranya mana-mana pemain menapak di petak 'Tazkirah 2minit', mereka perlu memberi tazkirah dan akan dibayar setiap pemain yang lain bergantung kepada penyampaian. Mulanya, perkiraan harta dikira seperti biasa tolak tambahnya. Selepas kiraan masing-masing dibentang, banker akan mengira semula dan bentang harta sebenar yakni mengambil kira infaq, sedekah dan denda yang dikenakan. Harta yang mereka keluarkan digandakan dan ditambah semula. Jadi, mereka yang paling banyak bersedekah akan dapati hartanya paling banyak. Subhanallah.
Circle minggu ini bertemakan 'Dosa lampau dan hari ini'. Seusai bertadabbur al-ahzab, pengisian diambilalih oleh sahabat comel saya. Saya ternanti-nanti corak pengisian..
Mulanya, lagu istikarah cinta dimainkan. Tertusuk hati saya dibuatnya. Tajuk pengisian: Zina Hati. Pengisiannya simple tapi bermakna. Menariknya, sama-sama berbincang cara mengatasi, maklumlah isu ini bukan baru lagi. Antaranya, kita dianjurkan untuk banyakkan mengingati Allah. Doa Nabi Yusuf 12:33 mengakhiri pengisian utama :
He said, "My Lord, prison is more to my liking than that to which they invite me. And if You do not avert from me their plan, I might incline toward them and [thus] be of the ignorant."
Cepatnya saya bercerita, maaf saya mengejar masa (^o^) Sebagai tambahan, saya cuba selitkan sesi muhasabah di akhir pengisian tatkala selesai solat magrib bersama. Sesi Ekpresasi Seni! Melukis hati masing-masing. Lukisan hati masing-masing mulanya dilukis dengan cantik sekali.. tengok-tengok!
DD's heart
Kak Wani's hearts
Yana's heart
Faiqah's heart
Sanak's
Nisa's
Heeee! Malas tukar tudung, redah ajelah dengan telekung ;P
Selepas sesi melukis, sesi muhasabah bermula..dengan lagu latar nyanyian opick [herher] nak wujudkan feels. Kami sama-sama recall dosa-dosa lampau, bagaimana? dengan menggunakan magic ink yang lebih terang colournya. Satu persatu sejarah silam diterjemah dalam titik hitam. Saya tak minta mereka berkongsi, cuma luahkan di atas lukisan hati masing-masing. Tanpa dirancang, sesi heart-to-heart bermula..diikuti seorang demi seorang..saya mulakan.. [tap..tap..bunyi air mata] Pandangan dah tak dapat nak diangkat lagi, tunduk. Cuba bayangkan hari perhitungan sebenar, adakah kita mampu mengangkat wajah ke atas?
Saya tak minta tapi, when we disclose something..others will do so as well..
T.T
Satu titik mewakili satu cerita yang tak ingin lagi diulang.. Astagfirullahal'azim.
Abang pernah cerita, Rasulullah SAW dahulu pun pernah buat sesi 'recall sejarah lampau', mereka mulakan dengan Umar, kerana beliau paling jahat antara mereka suatu ketika dahulu. Hal ini agar masing-masing dapat mengambil pengajaran dan bawa kembali rasa rendah dan kecilnya kita di hadapan Allah. Dekati Al-Quran dan Zikrul Maut adalah cara untuk membersihkan hati. Moga dosa-dosa kita diampuni.aamin.
Selepas sitting , rancak pula dengan sesi rakaman interview "Can Man and Woman be just Friend?". Ada pulak saya jawab 'YES'. They should define the key term 'FRIEND' first. If there's feeling in between, it couldn't be 'just friend'..it must be more than that. Right? Saya pandai-pandai bagi hujah Sistem Muamalat Islam. Hujah tentang Saidatina Aishah yang mengajar para sahabah juga saya tak pasti, kerana itu berlaku disebalik tabir. Ehmmm. Teringat kisah Safwan dan Zainab yang akhirnya mencetuskan Fitnah. Ehmm.. Maybe I should say 'NO' because we, women should lower our gaze right?
Last night, my friend ask my opinion personally because she thinks I am mature than the rest. Saya bagai diketuk, saya matang? Ok, astagfirullah. That sounds new to me. ^o^
I can be the shoulder to cry on.. ngehehe.
>,<'
Finally, i love you girls lillahita'ala..
4 comments:
Sanak punya heart paling BESAR!
sanak berhati besar maybe.hehehe ^^
kirim salam kat sanak!teringin nak kenal dia..btw, muka nabila dgn muka sanak ada iras..=)
insyaAllah, sanak ada ja kt sebelah ni.hihi. itulah, ramai jugak ckp cmtu..ada yg tertukar pun..hik ^^
Post a Comment