Tuesday, December 6, 2011

Bahagia itu Bagaimana?

Bismillahirrahmanirrahim

"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan". [Al-Anfal:24] 

Ayat ini dibedah berulang kali, jadi suka juga saya nak berkongsi di blog. Tadabbur kali pertama ayat ini saya sempat sertai merangkumi ayat 1 hingga ayat 25. Pada sitting yang lain, saya cuba bawa ayat 24 Al-Anfal secara tunggal dalam tempoh lebih sejam dengan menyentuh isu ukhuwah, expectation, serta perjuangan kita. Kami juga mengupas satu norma yang sering kita dengar iaitu 'Uhibbuki Fillah'. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'mencintaimu kerana Allah'? 

Pertamanya tentang seruan Allah dan Rasul terhadap sesuatu yang memberi kehidupan. Adakah apa yang kita lalui ini bukan satu kehidupan? Adakah kita sekarang mati? Haa..menarik bukan. Yakinlah bahawa dengan menyeru kepada Allah itu adalah satu yang memberi kehidupan kepadamu. Yakinlah bahawa ada kehidupan yang lebih baik selain di dunia ini iaitu tidak lain tidak bukan syurga yang tertinggi. Dan syurga yang tertinggi itu hanyalah untuk mereka yang memperoleh martabat yang tertinggi, dan yakinlah itu adalah martabat dakwah.

"Sesiapa yang mahukan darjat tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di dalam martabat tertinggi dalam kehidupan dunia". (Pelukan Cendikiawan: Al-Maududi). Secara praktikalnya dapat dilihat, usaha dakwah sememangnya menghidupkan dan dihidupkan. Mana mungkin hati yang basah dan ruh perjuangan itu mampu kekal menyala tanpa sebarang pengisian dan sentuhan dakwah, namun bentuk pengisian itu juga harus diteliti caranya.

Keduanya, "..Allah membatasi antara manusia dan hatinya". Cuba sama-sama kita fikirkan, adakah selama ini keputusan yang kita ambil adalah keputusan kita secara total terus dari akal? Sedang jari jemari rancak melewati e-bay, bukankah akal kita secara logiknya membenarkan, hati kita juga melonjak mahu membeli tapi masih ada satu perasaan yang menghalangnya. Yakinlah bahawa Allah berada di antara hati dan diri kita, yang mana Allah memegangnya, mengawalnya. Mohonlah dari Pemilik Hati agar terus membatasi hati kita dari sebarang pembaziran dan kelalaian. Nauzubillahiminzalik.

Dan dengan mengingati Allah, pasti hati menjadi tenang. Dengan yakinnya kewujudan dan kekuasaan Allah, derap langkah tak lagi goyang, dengan izinNya. Sama-samalah kita menjaga hubungan dengan Pemilik segala cinta, Allah SWT. Nescaya Allah akan menjaga hubungan kita dengan yang selebihnya. InsyaAllah.

Syukur alhamdulillah, Allah menjaga saya dengan sebaiknya, Allah kurniakan kesihatan yang baik, Allah pelihara saya dari ketakutan, Allah beri saya kekuatan, Allah izinkan saya menangisi dosa-dosa yang tak terhitung banyaknya..dan Allah hadirkan insan-insan yang tak tergambar keebatannya. Subhanallah.

Ya, 'Aku mencintaimu kerana Allah'. Atas sifat-sifat kesempurnaan Allah itulah yang membuatkan kita nampak dan perhalusi akan kekurangan yang ada pada diri kita dan sahabat kita. Maka atas hakikat ketidaksempurnaan yang ada itu kita belajar menerima sahabat kita seadanya, kerana kita tahu tiada manusia yang sempurna, hanya Allah yang Maha Sempurna. Kekurangan dan kelebihan yang ada pada sahabat kita itu melengkapkan beliau sebagai seorang manusia, kesempurnaan daripada kekurangan dan kelebihannya, hasil daripada mengenal Allah. 'Aku mencintaimu kerana aku mencintai Allah' :)

Ya Allah, biar lah rasa ini terpendam penuh ketenangan.  
Bahagia hadir pasti hanya dengan kehendakMu, maka kumohon pimpinlah hati ini sebaiknya.
aamin~


"..Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki.."

Ya Allah,
mengapa hati yang diam ini terusik lagi?

Astagfirullah.


No comments: