Tuesday, December 20, 2011

Keutamaan

Alhamdulillah.wa.Astagfirullah.


Penangan tugasan dan cuti musim sejuk. Orang lain bertungkus-lumus siapkan assignment sebelum mula cuti lagi, hantar awal dua hari, ada yang awal seminggu. Memang whoa kan? Saya pula terkial-kial meniti hari dengan perlahan siapkan kesemua sehingga jam terakhir tempoh penghantaran assignment, 19 Disember. Surprisingly, ramai juga hantar closely to due, memang star. Pada saat itu dah tercipta kisah-kisah jaulah rakan-rakan lain di geography yang berbeza. Portsmouth tanpa Salji, hanya ditemani angin kencang hampir menerbangkan tubuh yang kencang menaip ni. Tadaa, bukan nak bercerita tentang bagaimana setiap orang hampir diterbangkan pon. Tapi satu isu yang saya pendam sehinggalah saat terakhir seminar Nick Bertenshaw tamat. Yeah! I'm done.


Berlalunya minggu lepas. Cukuplah 100% Kehadiran dengan izin Allah. Sekarang baru lah sesuai nak bercakap tentang Isu Ponteng. Syukur pada Allah kerana  memberi kesihatan yang baik, Allah beri nikmat cuaca Portsmouth yang baik. Allah bantu diri ini melangkah ke kelas dalam keadaan ringan mahupun berat. Dan paling penting Allah beri kebolehan memilih dengan baik, dengan petunjuk dan taufiqNya. Bukan saya terlalu beriya-iya. Tetapi saya hairan, dulu dah pernah kupas topik 'Study vs Dakwah'. Ada yang menjawab, 'Belajar dan dakwah perlu seiring', ada lagi menjawab 'Jadikan belajar batu loncatan membawa dakwah' dan banyak lagi jawapan yang saya mungkin salah tafsir. Menurut kefahaman saya yang limited ni, belajar tidak diketepikan dalam mana-mana definisi. Tetapi, saya nak highlight satu perkara yang kadang kala jadi buah mulut manusia, bahkan menjadi fitnah kepada agama. Anggaplah saya berleter tentang sikap yang saya takuti, teguran buat masa depan untuk saya sendiri.

Isu Ponteng Kelas: Saya Hilang Percaya dengan Commitment Si Pembawa Agama Allah.

Ouch, saya cukup tertarik dengan perkataan 'Hilang Percaya' tu. Huu ~dengan nada sinis. Rasanya kita boleh relate sendiri apakah pandangan Allah dalam perkara ni. Jika di Portsmouth hanya hidup untuk belajar ilmu Allah secara akademiknya di kuliah, seminar dan grouping lain. Mungkin tidak ada perbandingan yang jelas tentang commitment. Namun, mengingatkan diri sendiri berkali-kali, saya disini bukan sahaja ingin belajar meraih degree semata-mata, ada juga keinginan untuk memperbaiki diri dan membentuk jiwa mukmin yang baik. Hanya dengan izin Allah sahajalah. Oleh sebab saya perlukan pelajaran dan perlukan tarbiah dalam masa yang sama. Ehm, macam nak belajar perlukan semangat, semangat datang dari Allah,  perlukan doa dan usaha, tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Rasa macam simple jual beli ni, theory dan aplikasi sangat besar jurang mehnahnya. Maka, saya fikir kita perlu meletakkan diri di antara dua dalam satu prinsip, 

"Belajar adalah tangga pertama tetapi dakwah bukan yang ke-2"

Jadi before we get to the point, pernah saya ingatkan ahli-ahli usrah jangan jadikan usrah ini satu routine yang mana ada ketetapan masa dan harinya. Jadikan ia fleksible dengan keperluan kita, buat bila-bila free dalam seminggu. Usrah for Ukhwah. Usrah to gain the Spirit. Saya faham bahawa dakwah memerlukan lebih daripada masa lapang kita, tetapi kita di sini ada keutamaan yang perlu dipandang serius. Jangan sampai kita menyalahkan usrah apabila bertembung dengan keutamaan lain. Sebagai contoh, selagi assignment tak siap dihantar, kita raikan usrah dengan cara dan pada masa yang lebih sesuai, jangan lah sampai tak buat pula. Haa,..susah sangat masukkan saja slot 'peer checking' dalam cirle. Menarik juga. Baru-baru ni saya terharu, ahli-ahli usrah saya mampu tunggu dan tolerate dengan saya yang berjanji pukul 7 tetapi saya minta lewatkan 2jam atas sebab event MSOC. Nampak seperti kisah Abasa. Tetapi tidak, kami ke 'Secret Santa Party' untuk misi lain.

Bukan isu 'Secret Santa' nak dibualkan. Apa yang menjadi persoalannya, saya sangat risau dengan diri terutamanya apabila salah meletakkan keutamaan. Gerun juga jika terdengar: "Akmar ni usrah tak pernah ponteng, lecture boleh pula selalu ponteng, jaulah sampai letih lah tu, ke ni sebab berusrah sampai ke pagi". Nauzubillahiminzalik. Bukankah usrah pula disalahkan? Sedangkan, barangkali saya memang sakit ke waktu tu, tapi kita tak dapat lari daripada sangkaan-sangkaan yang ditakuti menjadi fitnah kepada agama. Manusia akan pandang kerja-kerja dakwah ini satu beban, padahal sikit pun tak. Ia sepatutnya makanan yang membuatkan kita lebih kuat nak pergi kuliah. Kalian juga cakap, cinta pada Allah buat kita lebih kuat. Kuat apanya kalau berdepan dengan katil, kita tumbang. Kuat ke kalau cuaca menghalang kita ke kuliah? Kuat ke kalau orang lain pergi tapi kita tak nak? Terjemahkan perkataan 'kuat' tu macam mana. Bukankah tahajud mengajar kita menjadi kuat. Bagaimana boleh hilang keutamaan nih? [Astagfirullah] Kan dah bunyi macam lontaran rifle berpeluru penuh. Astagfirullah, saya tak mahu cakap takbur. Ok, saya berhenti.

Saya marah dan risau sebenarnya, tapi bukan sampai saya nak halang. Teruskanlah berjuang dengan pilihan kalian, tapi jangan sampai perilaku itu menimbulkan fitnah pada agama terutamanya. Saya suka cakap kencang tentang ni, bukan bererti saya hebat. Most of the time dalam kelas saya blur, pada orang lain mungkin sama aja dengan tak pergi kelas. Ini peringatan buat sesama kita. Ini bukan menyalahkan program, daurah mahupun circle yang termaktub tarikh dan perlaksanaannya, tetapi kita sendiri mampu berfikir cara yang terbaik dalam nak atasi situasi sebegini. Pegang dulu konsep, "kalau tak boleh nak buat semua sekali, jangan pula tinggalkan semua". Kalau tahu diri selalunya collapse setengah hari setiap kali lepas talk atau pengisian, pastikan ticket pulang tu memberi ruang rehat yang cukup sebelum ke kelas esoknya. Dan, its better late than never..

"Kita memang kena ikut syariatullah, tapi kita tak dapat lari dari sunnatullah"

Bagi saya, memang sebolehnya kita perlu jadi orang yang paling awal sampai ke tempat program dan menjadi yang terakhir sekali pulang. Tetapi, jangan pula kita gagal hadirkan diri ke kelas sepertimana bersemangatnya kita ke program. Apa guna kita penuhkan ilmu agama di dalam dada, tingkatkan iman sedia ada, sedangkan  pada masa yang sama, pendidik-pendidik di kelas tertanya-tanya mana hilangnya kita. Sekarang, apa gunanya ilmu yang berkepul-kepul tu kalau tak bermanfaat pada haq yang sepatutnya dipenuhi. Islam mengajar kita tentang keberkatan majlis ilmu, meskipun pergi kelas tapi tak faham langsung pun apa message yang dberi, semoga dengan istiqamahnya kita Allah beri petunjuk dan kefahaman. Saya tegur diri sendiri, do revision beforehand. 

Saya kagum dengan kebangkitan semangat mahasiswa Malaysia, ada pelajar TESL disebut-sebut keberaniannya. Eh..samalah kita! :P Tapi Hmph! Di saat mereka sudah ke depan, pelajar di tanah Inggeris pula bergelumang dengan isu kumpulan yang tak sudah-sudah. Saya yang bagaikan siput dalam lautan ilmu Allah ini sedaya upaya mencari penyusunan jawapan kepada persoalan-persoalan yang 'bagai kemuncup dalam perjuangan', kadang kala perlu berhenti dan cabut satu per satu. Lama juga saya tangguhkan pencerahan. Nak bagi pencerahan macam mana kalau diri sendiri gelap. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan bertemu di corong telefon dengan sister yang saya kira hebat ilmu dan pengalamannya. Moga Allah permudahkan urusan beliau pulang ke Malaysia.

Panjangnya saya menaip, tadi baru hantar sahabat ke station untuk jaulahnya ke PMS. Sehari bermalam di Portsmouth. Saya sekarang teruja dengan FUIYO!, teruja juga dengan pengisian dari jaulah selepas itu. Peringkat pertama kelapangan di luar kuliah kali ini agak ilmiah dari sudut pengisian.. Mana ada erti cuti..setiap masa ada haq-haq yang menuntut dipenuhi..cuti itu bukankah maknanya kosong?

Wallahua'lam. Moga Allah mengampuni dosa kalian dan dosa-dosa saya..


Enhanced by Zemanta

No comments: