Tuesday, January 3, 2012

Cerita Dakwah Ni Cerita Touching

Assalamualaikum wbt, debaran dan sebu di dada tak dapat saya pertahankan lagi. Biar saya coret sedikit demi melempiaskan rasa. Pernahkah kalian terjumpa satu perjuangan yang mana kisah air mata itu seolah-olah  terlalu murah? Saya bukan bercerita tentang sejarah seratus mahupun seribu tahun lalu. Saya bercakap dalam lingkungan usia ayah-ayah kalian. Siapa sahaja yang sanggup menghayatinya pasti berjuraian air mata. Di saat rangkulan tangan dikemaskan dalam tegak berdiri, tiada ruang tangan untuk menyeka, butir-butir itu jatuh ke lantai. Itulah perjuangan yang saya yakini. Ruh perjuangan bukan diperoleh dengan mudah sahabat-sahabatku, ia satu mujahadah..

Runtunnya hati melihat manusia lain menghentam tanpa sebarang soal. Pilunya hati melihat mereka memusuhi sesuatu yang mereka tidak ketahui pangkalnya. Masakan pula boleh menjawab: "Perkara yang dah berlaku tak perlu diungkit". Ini sejarah siapa sebenarnya? Bukankah ini semua sejarah kita? Mengapa mengambil hanya sebahagian? Siapa yang berhak menyekat garis masa sesebuah sejarah. Mengapa tidak diceritakan semuanya? Saya yang lemah lagi hina ini sanggup ke depan bercerita tanpa mengira siapa yang bertanya,  saya ulang hanya 'buat mereka yang bertanya', meskipun apa yang saya terima hanya sedikit cuma.. hanya sedikit sahabatku. Mari kita mencari dan terus mencari kebenaran, jangan berhenti dek keselesaan.. Ini bukan medan sebenar untukmu berhenti memaku diri.

Lihatlah disekeliling kita, sebutlah siapa ikutanmu.Saya tahu alQuran dan sunnah pegangan kita, saya tahu Allah matlamat akhir kita. Tapi persoalan saya bagaimana? Bagaimana nak capai matlamat akhir tersebut? Ceritakan satu per satu, biar jelas, terang dan nyata. Thawabit atau Mutaghoiyirat? Inilah salah satu perkara yang mana seorang dae'i copy paste jarang-jarang dapat sampaikan. Rujuklah yang ahli. Akhlak salah satu perkara thawabit, yang tidak perlu dibincangkan lagi. Baik akhlaknya, baiklah orangnya. Buruk akhlaknya, buruklah orangnya. 

Perjuangan ini satu kebersamaan yang penuh dengan kerendahan akhlak, sama-sama dalam meraih redha Allah. Ini kerena kelemahan diri yang terlekap di dinding penghalang antara kita. Sahabatku, cerita dakwah ini cerita 'touching' bukan senda gurau.  Saya mengaku dihambur emosi, sedang saya diajar untuk berlapang dada. astagfirullahal'azim. Hakikatnya, kita bukan lagi berdepan dengan kemuncup yang tidak tahu menahu, tapi kemuncup yang hanya tahu bercakap tentang 'Ketepatan' bukan 'Penjelasan'. Bila ditanya tentang tujuan hidup, pasti dijawabnya tepat, bila disoal 'bagaimana caranya', alangkah sedihnya ianya kurang tepat. Maka carilah dimana para ilmuan berkumpul. 

Allahuakbar. Janganlah atas sebab kelemahan diri ini, ilmu itu tidak sampai.. Ya Allah..

No comments: