Bukan main seminggu bercuti. Oh, sudah-sudah mode Andalus. Bawa semangat panglima perang yang menawan dunia pulang ke Pompey. Fuh. Bermain dengan urusan masyarakat lebih sukar jika dibandingkan dengan bermain dengan urusan pribadi. Siapa tak mahu lalui masa cuti dengan rehat dan rawat yang terang-terang masanya hanya terisi dengan urusan peribadi. Hiburan yang tak pernah putus di internet sudah cukup nak gambarkan kehidupan sesetengah individu yang sibuk dengan diri sendiri. Saya cukup pasti, kehidupan sebegini cukup mengasyikkan. Tapi ini bukanlah pilihan terbaik dalam mengejar akhirat. Banyak lagi proposal akhirat yang menunggu dilaksanakan. Kebelakangan ni terasa hidup terlalu berprotokol, selepas pulang dari jaulah baru terasa ringan sedikit isi otak, membuang resah dalam berjalan di bumi Allah..jaulah penuh makna :)
Bakal menjengah semester baharu,
Jadual baharu,
Posisi baharu,
Niat diperbaharu,
Pandangan pun perlu lebih kemaih lah kan?
^___^
Benar. Apalah sangat usaha kecil yang diri ini mampu lakukan, tak terusik sedikit pun kingdom of Allah. Namun Allah janjikan yang terbaik bagi mereka yang berjuang meletakkan sesuatu pada tempatnya. Allah sentiasa membuka ruang untuk mereka yang mahu menyumbang. Bahkan, Islam meraikan kepelbagaian yang ada dalam kalangan ummat ini. Jadi, berjuanglah atas kapasiti yang ada bukan menunggu diri untuk sempurna yang mana garis ukur kita sendiri tak pasti. Jangan biarkan usia kita dimamah tanpa sedar sedangkan kita memiliki impian untuk berjuang. Jangan biarkan alasan-alasan itu menghalang. Allah akan beri kepada yang mencari. Itu saya pegang.
Menjengah pula hak bersaudara, kami warga prihatin terhadap tarbiah muslimat ingin menganjurkan satu sesi perkongsian disamping mengeratkan hubungan sesama muslim. Dalam penat bekerja, tugas menyampai jangan pula kita lupa, masa yang ada ni harus diguna sebaiknya. Bak kata senior saya , "Ini haq sosial, kita kena penuhi". Jarang-jarang bawa tema sweet macam ni, apalah salahnya mencuba.. Doakan ya!
Ini antara harapan saya
Sister Sharing, a kickstart in 2012!
Membawakan kepada anda tema
"...because we Love"
dengan kehadiran cupcakes
dan penyampaian yang menarik dari intipati program-program musim sejuk.
Saya cuak jugak pasal cupcakes ni, tapi takpe..dah nama hidup bermasyarakat.
Akan ada aja tangan-tangan membantu.
Heee!
Tak sabar.. acuan dah lebih sebulan beli tersimpan.
30 January kuliah bakal bermula, jadual baru pastinya yang terbaik Allah berikan pada saya, Tak sabar melihat apa hikmahnya. Masih berbaki sedikit sahaja masa untuk memberatkan kerja-kerja untuk agama Allah, mengajak manusia kembali kepada fitrah. Moga Allah permudahkan.. Ya Allah, dalam sujud kini saya rasai tentang sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini. Segala keluhan dari hambamu yang lemah ini disalurkan kepadaMu yang Maha Berkuasa dan Maha Mendengar, jadi saya tidak perlu gusar kerana setiap masalah yang timbul telah diserahkan pada Allah yang pastinya tiada halangan bagiNya melainkan jalan penyelesaian yang terbaik. Kini lebih tenang..tenang. Alhamdulillah :)
Ini Akmar yang lama tetapi sedikit diperbaharui niatnya untuk teruskan hidup :P
Heee. Malu!
No comments:
Post a Comment