سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Semalam, saya dah dapat jawapan kenapa perempuan apabila dia bercakap, orang perlu lihat matanya.."sebab dia perempuan", kata Ustaz Ridha. Dengarlah kata-kata seorang wanita dengan mata, bukan sahaja dengan telinga. Huuu. Besar hikmahnya apabila kita keluar mencari solusi bagi setiap ujian yang Allah beri. Allah telah hadiahkan saya seorang murabbi, saya akan anggap beliau murabbi saya. Alhamdulillah. Maka tangisan sedikit sebanyak sudah dibayar dengan sentuhan penuh makna seorang 'hadiah' dari Allah. Meskipun saya tidaklah bercerita tentang ujian yang diterima, tetapi dengan duduk mendengar sahaja pengisiannya, nasihatnya, realiti yang dibawanya, cukup menyentuh hati dan sudah cukup membuat semua kisah sedih terpadam.
Allahuakbar, thank you Allah. Allahamdulillah. Berfikir-fikir panjang lagi akan buat hati saya letih, baik saya fokus hubungan saya dengan Allah, Pemberi kejutan saya. Jangan lupa, carilah teman, minta darinya nasihat.
No comments:
Post a Comment