سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Rasullullah SAW bersabda:
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."
Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya. Sama-samalah kita menjaga hubungan dengan ibu dan ayah selagi mana mereka masih hidup di dunia. Semoga kita semua adalah saham mereka di akhirat.
The best birthday wish of the year!
Seringkali saya mencari-mencari masa untuk hubungi keluarga. Kadang terlepas masa yang sepatutnya, kadang terpaksa call waktu pejabat. Bila rindu tak dapat dibendung. Tadi, masa terluang menunggu sahabat datang, saya keluar sekejap buat panggilan, melepas rindu. Semalam juga saya hubungi, terus disambut dengan ucapan 'Happy Birthday', runtun terharu. "Mak ingat?" Kata Mak, Ayah yang ingatkan semalam lagi. Lantas mata terasa hangat. Terus terimbau zaman menengah, saya SMS ke semua ahli keluarga "Hari ini birthday kakak" dengan harapan mereka semua akan wish :P Kali ni berbeza, semua ingat. Bahagia tak terhitung. Abang lah orang pertama akan wish, hee! Saya amat rindu masa-masa bersama. Ya Allah, rindunya.
Saya suka sesi muhasabah, sesi saya mengenal diri. Tambahan usia 21 tahun lalu amat banyak perkara perlu difikir-fikir semula. Dimana dan bagaimana hidup tercorak sehingga ke saat ini. People say: Maturity is not when we start talking about big things, but it is when we start understand the small thing. Learning why people become sensitive in their own reason. Learning why people doing this and that. Learning how to appreciate and value others. Di mana saya sekarang memberi ruang untuk saya belajar banyak perkara melalui banyak perspektif. Contohnya tentang 'common sense' atau bahasa mudahnya 'adap'. Kalau sebelumnya begitu, kini caranya begini. Moga hikmah tersembunyi itu sedikit demi sedikit dikorek seiring dengan pengalaman dan percambahan usia.
Amatlah penting untuk kenal diri kita ^_^
Salah satu sesi muhasabah yang lepas (:
Pastinya dalam usrah dan kelas Susan.
..................................................................................................................................................
"Our level of Iman can be measured through the consistency of our good deeds"
2 comments:
Akmar, happy birthday. may Allah bless you..sorry lambat wish, baru balik program..:)
It's ok Nazrul. Thank you for the dua' and wish. May Allah bless all you did in the past and ahead. May you keep doing good deeds :)
Post a Comment