Tuesday, March 27, 2012

Cinta melahirkan manifestasinya

سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ



                                     Subhanallah, my favorite Spring is here!


(Gambar sewaktu di Keukenhof. Teringin nak jejak lagi time spring macam ni)

Lebih tenang setelah resah dikongsi bersama my distanced Naqibah, beliau seperti memahami, mengetuk ruang mukabuku bertanya khabar saat hati amat rindu pada sentuhan manusiawi, lantas tangan mencapai handphone. Yay! Berbicara perihal segenap perkara, dari teknikal sampailah ke soal jantung. AllahuaAllah. Basah. 

Memikirkan masa yang tepat juga untuk menghubungi my favorite woman, mommy. Walaupun sedang bersiap-siap ke sekolah, mampu mendengar keluh anaknya ini. Pesanan emak untuk sabar, pesan emak untuk melihat semuanya secara positif dan terbuka. Moga-moga semuanya baik-baik sahaja. Allah pasti meletakkan sesuatu pada tempatnya, setiap sesuatu sesuai dengan keadaannya, sesiap sesuatu itu pasti yang terbaik dijadikan oleh Allah.

Semuanya bakal ditempuh. Cepat atau lambat. Come hell or high water, may Allah be with us. Moga-moga kecintaan kami di jalan ini adalah cinta yang bersandar redhaMu. Kami mencintaiMu ya Allah. 


"Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 


Firman Allah: "Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka itu (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam jantung hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNYA. Merekalah hizbulLah (golongan Allah). Ketahuilah! Sesungguhnya golongan Allah itulah orang-orang yang berjaya". (Surah al-Mujadilah: 22) 


Hidup ini penuh dengan pilihan. Hatta pilihan ini amatlah sukar, di dalam zaman yang penuh dengan fitnah, tribulasi dan manipulasi. Berpeganglah pada tali-tali Allah, nescaya selamat dunia dan akhirat. Sama-samalah kita membuat pilihan yang terbaik sesuai dengan kehendak Allah dan RasulNya SAW. Fikir-fikirkan juga sejauh mana kita telah memanifestasikan kecintaan kita pada Allah SWT, pasa baginda Rasulullah SAW? 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Sesungguhnya Allah maha Mengetahui.....Maha Mengetahui.


Pimpinlah hati-hati kami ini ke jalan yang benar ya Allah.

:: Allahuaamin ::

No comments: