Monday, March 19, 2012

Sebalik Tirai M'Night

Bismillahirrahmanirrahim~

"Alhamdulillah, sempat je kan"
Kata Nazihah "Mungkin sebab ada keberkatan masa".
Saya "Mungkin. InsyaAllah".

Sedikit fokus baru-baru ini ditumpahkan pada kerja-kerja seni. Seni bersuara, seni bina..Hee.. Bukan sepenuhnya pun saya infaqkan masa untuk itu. Hujung minggu lepas langsung tak disentuh booklet 'Balik Kampong' sebab saya betul-betul tak dapat nak sedekahkan masa saya yang berbaki, kerana saya telah tumpahkan sebahagian besar pada proposal lain, seni suara tadi. Kihkih~ Yang pasti saya bukan pergi bernasyid lagi dah.

Sempena Malaysian Night baru-baru ini, kami berdua yang bekerja di bawah Marketing diberi kepercayaan untuk menyiapkan booklet dan jemputan melalui e-mail....dan.. dan di saat-saat akhir diminta pula terlibat dengan exhibition. Eh? Kehairanan saya mati disitu. Walaupun saya cuak dengan kerja last minit begitu, kami terima sahaja. Dua hari sebelum pementasan theatre saya dan nazihah terima tugas tambahan tersebut dengan lagak tenang, meskipun exhibition tidaklah begitu significant dalam pembikinan sesebuah theatre (ini bagi saya) tapi kami cuba berikan yang terbaik. 


Aina bagi firts copy to me. Sob. terharu~~


Booklet Malaysian Night yang.......boleh di'improve lagi :)

I didn't know I was involve in exhibition. LOL. Sebab mulanya dah sepakat dengan our manager, beliau will in charge on exhibition while Nazihah and me will work on the booklet and invitation. Kegembiraan hantar booklet yang sementara. Kemudian berlagak pula sebagai buruh binaan, sebab dalam kepala asyik fikir satu megastructure. Chup! Saya baru perasan yang booklet yang dicetak ni bukan final editted version sebab saya ada buat pembetulan pada nama security yang tak berbin serta pembetulan nama ayah Devi. Mungkin President dah download dan terus simpan in harddisk sebelum check my latest post. Huuu.  

Balik kepada pameran. Hasil mesyuarat ringkas kami malam tu menemui persetujuan untuk menyiapkan :

Tugasan Yihui (our manager) :
1. Wording Balik Kampong 
2. Ting-ting game 
3. Permainan getah 
4. Chinese art paper craft

Tugasan Akmar dan Nazihah :
1. 4 Kategori Info - 2 pages each
- food
- games
- cloth
- places
2. 4 tanglung, 4 ketupat, 4 pelita model 
3. Tradisional Cloth display - 2 batik, 2 pelikat, cheongsam, kebaya
4. Printed bendera 16 negeri (Initiative Tambahan)
5. Model Bamboo House (Initiative Tambahan)

Saya tak pandai bekerja cara professional. Nak define professional pun tak tahu. Lebih selesa bekerja dengan fokus pada keperluan. Buat apa yang sepatutnya saya buat. Mungkin kami dah terbiasa dengan kerja-kerja begitu, pembahagian tugas tak lah begitu payah. Saya tak pernah turun tengok latihan pementasan dengan sengaja. Tertengok hari tu pun sebab perlu attend meeting. Mungkin saya tak anggap itu tugasan, sekadar menolong sedikit-sedikit. Maka, tak sempat nak stress sangat pun. 

Memburu bahan di poundland

Kami sengaja datang lebih lewat ke tempat theatre sebab nak siapkan bahan di rumah. Nanti di sana cuma pasangkan aja. Belajar dari pengalaman, too many hands spoil the broth. Nanti kononnya serabut, maklumlah masing-masing perfectionist :P OK. Gurauan semata-mata, lagipun dari awal lagi dah diasingkan kerja-kerja untuk yang lain boleh tolongkan, kerja seperti pengguntingan, pasang bendera dan lekat info. Itu dah siap-siap diasingkan pagi itu lagi untuk spare kawan-kawan yang nak tolong. 

Bendera-bendera yang berjaya  di'print di Park Building. 
Serimu hanya sementara, kini terperosok dalam beg Asda :P

Apabila sampai ternyata semua orang busy, tapi ada juga dua tiga orang hulurkan bantuan ringankan beban. Lampu yang menerangi sudut tempat kami berkampung itu umpama hidup segan mati tak mahu, kejap menyala kejap malap. Itu antara pencurian konsentrasi kami. Nak dijadikan cerita, satu bahagian kayu untuk dinding rumah tercampak ke mana entah, in the end tak pasangkan pun. Rasanya itu ajelah isu kami hari tu, cuak fikir kat mana tertinggal. Akhirnya berjaya diselamatkan Hayat. Ada juga kisah menarik akhirnya :P


Bagi meraikan tiga ethnic utama di Malaysia. Ada orang kata pelita tu 'Wau Bulan' T.T



Di sini lah Allah beri cetusan idea.

Mungkin kisah mereka lebih menarik, lebih mantop, lebih significant dalam sejarah pembikinan theatre. Tapi saya yakin, setiap kisah ada pengajaran masing-masing. Saya tak banyak menyumbang dalam ini, cuma hulurka sedikit keringat. Semoga sedikit usaha ini Allah balas dengan yang lebih baik di sana nanti. Allah kata, kalau kita mudahkan jalan orang lain, Allah akan mudahkan jalan bagi kita. Semoga kami turut mampu menjadi orang-orang yang bemanfaat pada orang lain.


Api dalam pelita dah mati. hihi~


Don't value the result, value the effort.
Good job Nazihah!


...and Akmar too!!

Nak jugak puji diri :P Sorry~~~

Syukur alhamdulillah, pagi tadi Allah beri peluang untuk bangun dan mencuri masa sekitar dua jam beriman sejenak bersama ahli circle yang dipilih Allah. Bangun dan mulakan hari baru melupakan dosa-dosa semalam. Moga kami semua beroleh keampunan dan tidak berhenti berharap akan keampuan Allah. Jadikan kami semua Pendamba Keampunan Allah. Selepas pengisian hari ini, saya sedar saya tak perlu runsing tentang persepsi manusia, saya perlu risaukan persepsi Allah (siapa saya di pandangan Allah). Itu sahaja, 

Alhamdulillah wa syukurillah.

^__^

4 comments:

Hayat Yahya (naNo) said...

good job akmar nabila..
look back with relief..what an experience :) alhamdulillah~isn't that a pleasing way of learning patience? :)

El-Azwar said...

Thank you Hayat! You did a good job too! terintai-intai km dr ats tengok ayat main.hee

True, we learn so much through those experience. make us a better learner indeed. Alhamdulillah :)

selipar biru said...

Great job akmar!
The booklet is very beautiful,
and so does the deco!
^_^
Alhamdulillah, smua bjalan lancar =)

El-Azwar said...

Alhamdulillah. Glad you like it :)
Thank you Aina.
You too, have given a wonderful effort :)
well done !