Membuang pandang di celahan bangunan Kota Cambridge yang penuh dengan selit sejarah para cendekiawan dan pemenang hadiah nobel.
[gambar dari Nuha Fiqa]
Dengan nama Allah yang Berkuasa atas setiap penciptaan. Benarlah, hambaNya ini umpama surah Quraisy. Melihat kepada maksud umumnya lafaz, ayat-ayat Quraisy memberi gambaran Maha Pemurahnya Allah dalam mencukupi kehidupan manusia tetapi manusia masih lagi ingkar.
" Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan."
Manusia tetap lagi ingkar. Astagfirullah. Nikmat yang mana lagi kita dustakan? Meniti kehidupan singkat sebagai seorang pelajar di tanah Inggeris satu peluang istimewa, belajar tentang ilmu Allah, belajar tentang kehidupan, belajar tentang manusia. Moga pengalaman singkat ini bakal mencorak langkah yang lebih baik di tanah air nanti, memberi pengajaran yang berguna kelak.
Lihatlah, Allah dah beri semua, yang tinggal hanya tunduk dan patuh pada perintahNya. Dalam kesibukan seharian dengan pelbagai agenda dan portfolio masing-masing, di mana kita meletakkan Allah? Adakah solat kita diisi dalam celahan kesibukan bekerja atau kita mengisi aktiviti harian diantara waktu-waktu solat? Fikir-fikirkan.
Uzlah ada banyak caranya, kata seorang ustaz, solat juga masa kita beruzlah. Uzlah bagi saya tempoh muhasabah, tempoh berfikir dan menyusun kehidupan. Tempoh singkat untuk bangun kembali dengan semangat ninja. Seorang naqibah mungkin juga seorang manusia yang ada kalanya dihimpit, namun manusia ini harus kuat untuk membawa sahabiah yang ingin mengenal perjuangan.

Saya berhenti menghela nafas, taking a step back, menyusun keselerakan yang baru-baru ini menghimpit. Sungguh, Allah sahajalah Perancang yang terbaik. Semoga jaulah yang bermula esok memberi satu lagi peluang muhasabah dan nafas baru buat kami semua dalam mendepani kocakan dunia.
Tiada yang lebih aku cintai melainkan cinta Ilahi.
Jadikan aku antara orang-orang yang sabar.
Allahuaamin.
No comments:
Post a Comment