now everyone can fly~thank you Allah~praise Him for all the giving~with hope and happiness~shall we never be apart~give us strength and believes~so that we could hold the hands
till the end~our memories remain forever
love.love.love
Ya Allah, rindunyaaaa! rindu kawan2. lecturers. n suasana di IPDA. cuti baru sebulan da tak sabar tggu hari ambil result. nak jumpa semua!!! yeay!! insyaAllah, semoga kita dapat berjumpa lagi.
Erm, oleh sebab rumah yang tak begitu sekangkang kera ngn kwn2 kolej, ada sorang ja, my rumate yang tinggal dekat ngn rumah; ada la 20 mnit perjalanan , considered dekat la kn.tu pun aku selalu terjah umah dya,.. hehehe..alhamdulillah, Allah permudahkan. ;)
Ckp pasal rindu kawan2 ni, ape lagi aku tulis eh? hak,.. ape kes ngn aku nie, jarang sekali bukak post blurrr cmni... Erm,.. mari share benda berfaedah sket ya.
Ok, CUTI aku punya la panjang.. adik2 sekolah mesti jeles la tawu aku cuti panjang dr mereka suma.. jadi, bukan semua orang hargai nikmat ni.. kadang ada yang mengeluh BOSAN>>BOSAN>>BOSAN, n kalo spesies macam aku ni, masa terluang terang tang..tang..TIDOQ sudah menjadi kebiasaan. Kdg2 sanggup skip breakfast sebab nak extend tidur punya psal. kan jimat di situ.. hahha.. sorry, ape ni? adush! tak elok mcm tu.. Jangan asyik tidoq ja (ni tengah lecture diri sendiri lagaknya). kenapa? kerana ada suatu tugas besar yang mungkin kita tak sedar perlu kita galas.
Mari go through surah al-muddassir (1-7)
Hari ini, atas faktor bi'ah dan ukhwah.. aku join sitting kabilah bersama kakak2 eire (Ireland). Pheww, semua bakal2 doktor Malaysia tu.. 6 orang bakal doktor + 2 orang bakal guru berjaya (aamin) = 8 orang. Yang 2 org bakal guru berjaya tu da boleh guess kot sapa. sp lg kalo bukan ahli bilik 32 Aras 3 tu. Cute lg dgn baju kurung.. hahak.. jk! Tanks to kak adib yg sudi ajak, best sgt! dpt kenalan baru lagi..all seniors pulak tu. Hebatlah mereka..
OPPPSSSS!!! terlajak plak.. ok, dalam surah al-muddassir ayat 1-7, kita dapat lihat beberapa perintah larangan dari Allah. Sedikit perkongsian dari (tazkirahsini.com)
1. Hai orang yang berselimut
Suatu makna yang terkandung dalam ayat ini membawa pengertian bahawa berselimut tidak sekadar terbatas kepada berselimut secara zahir tetapi lebih jauh lagi supaya jangan berselimut dengan fikiran dan khayalan serta lmunan yang menghantui perasaan. Mestikah kita masih berselimut dengan khayalan tentang kejayaan masa lalu yang pernah kita nikmati, tanpa berusaha lagi untuk meningkatkan usaha kita itu?
2. Bangunlah dan berikanlah peringatan
Kita disuruh bangkit dari khayalan, bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk lebih berjaya.Seorang muslim harus sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai.
3. Agungkan Tuhanmu
Perintah ini menyeru supaya kita bertauhid kepada Allah.Menjunjung tinggi akan kebesaran dan kekuasaanNya.Melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya serta berusaha mempraktikkan segala ketentuan-ketentuan Allah dalam kehidupan.
4. Bersihkanlah pakaianmu
Bukan hanya baju tetapi otak juga harus diberi pakaian dengan ilmu yang bermanfaat, sikap dan tindak-tanduk kita harus diberi pakaian dalam bentuk akhlak yang mulia.
5. Tinggalkan perbuatan dosa
Perbuatan-perbuatan yang akan menimbulkan dosa hendaklah kita tinggalkan seperti meminum minuman keras, berjudi, mencuri, menganiaya orang lain, berzina dan sebagainya kerana perbuatan dosa tersebut hanya akan membawa kita ke lembah neraka.
6. Jangan memberi kemudian mengharap balasan yang lebih banyak
Bersedekah, memberi dan menolong orang lain itu lebih baik dan mendapat balasan pahala dari Allah daripada menjadi orang yang suka meminta-minta.Jangan pula mengharap upah yang lebih dari ketentuanya, namun mintalah sekadar sesuai dengan tenaga dan usaha yang kita lakukan terhadap sesuatu pekerjaan itu.
7. Bersabarlah kerana Allah
Sentiasa bersabar dan bertawakkal atas segala ujian yang Allah hadapkan kepada kita dan seterusnya sentiasa berusaha mengatasi kesulitan itu.Doa menjadi perisai bagi meukmin dalam menghadapi kesulitan hidup.
Jadi, cuba bayangkan ayat2 Allah ini adalah perintah terus ke hati2 kita.. bayangkan ini adalah perbualan terus Allah dengan kita.. BANGUN!!! BANGUNLAH WAHAI ORANG2 YANG LALAI!! BANGUN!!! BERILAH PERINGATAN!! jgn alpa..jgn biarkan minda kita terkawal dgn bisikan2 emosi. igt janji Allah. Bekerjalah untuk agamaNya dalam menggapai redha dan pertolongan Allah..
Segala yang baek adalah dari Allah. Selamat Beramal! ;)
2 comments:
thanks for sharing..even im not the one u miss :p..note that al-muddassir (1-7). baru bagi saya walaupun ayat tu da turun berkurun lamanya.. MasyaAllah lalainya hambaMU ini.
Generally, i miss all people in IPDA. ;P Erm, betul.. kdg2 bila down baca tu terus tersentak sket.. Mcm kena bangun skrg jgak.. hehe.. Thanks for reading~
Post a Comment