
Perjalanan hidup di tempat bertuah. Berdiri di balik monumen2 bersejarah diantara himpunan bangunan di tanah Portsmouth; masih tidak mengecewakan saya. Turut didiami pelbagai ragam isi kota, sejumlah warga yang tak lekang dari kesibukan serta tempat di mana nilai-nilai Islam turut dipraktiskan. Mereka yang jelas memahami erti kepentingan masa, nilai tolong-menolong antara satu sama lain,hormat-menghormati, nilai kesamarataan, nilai kejujuran, budaya hidup sihat dan tidak dinafikan jua wujudnya ketidakseimbangan moral yang jelas tidak boleh diikuti yang turut berlaku dimana-mana. Turut dihiasi warga muslim yang tiap kali depertemukan, satu nafas syukur terhembus. Terjalin jalinan ukhwah dengan salam yang besar maknanya. Bukankah menyebarkan Salam itu pesan Rasulullah?
Menerobos pula kediaman pelajar tempat saya bermula mengenal definisi 'berdikari' secara lebih dekat, Bumi 'Langstone Harbour', satu daerah permai dihiasi lukisan indah. Kebiruan air laut, padang rumput yang menghijau sungguh mendamaikan mata yang melihat. Ditemani burung-burung dan tiupan angin berkabus memberi nafas baru buat mereka yang mencari tangga perubahan. Hari demi hari ligat berfikir tentang kehidupan dan hari esok yang tidak pasti. Kebijaksanaan mengatur masa dan langkah begitu penting dalam merencanakan setiap matlamat, dari sekecil-kecil perancangan hinggalah ke hari dihimpunkan semua makhluk.
Pelajaran pula silih berganti di kelas-kelas yang melata tempatnya, seminar, workshop, lecture yang memaksa diri bergegas saban hari malahan memaksa diri berlari bukanlah satu beban di sini. Bangunan-bangunan yang didirikan berjauhan memaksa pelajar-pelajar mengenali selok belok bandar dan tidak putus-putus mempelajari benda baharu tiap kali. Teman-teman menjadi penghibur, ziarah-menziarah satu ibadah popular. Tak lekang berkunjung dan dikunjung, terasa besar kasih sayang yang disemai. Tak dilupakan juga perkongsian harta, perkongsian ilmu serta masa. Buat teman-teman, terima kasih kelapangan yang dihadiahkan. Jiwa ini perlu dibasahkan.

5 hari lagi genaplah sebulan berada di bumi Allah, Portsmouth, United Kingdom. Melangkah hari demi hari di sebuah negara bukan Islam ini cukup berbeza. Jelas menunjukkan kepada saya konsep jahiliyah yang sebenar:
"Setiap yang bukan Islam itu adalah jahiliyah", terngiang2 suara naqibah di gegendang telinga. Namun segelintir perlakuan yang mungkin terlepas pandang menerjah secara tiba-tiba. Jika setiap yang bukan Islam itu jahiliyah, adakah diri saya masih bergelumang dengan ciri-ciri jahiliyah? Contohnya: Tidak ada 'penipuan dalam Islam kerana itu adalah jahiliyah. Sama juga dengan 'buruk sangka', itu jahiliyah. Apatah lagi 'berputus asa', Islam tidak pernah mengajar umatnya dengan sifat mazmumah yang saban kali saya terlupa.
Justeru, merasa sungguh kerdil dengan setiap kekurangan yang ada, tambah lagi hal ini membuatkan saya terkagum dengan kebesaran-kebesaran Allah. Hidup yang jauh dari keluarga tersayang. Jauh dari wajah-wajah ceria adik dan abang, jauh jua dari pelukan dan belaian mak dan ayah. Namun hal demikian seakan mengajar 1001 erti kedewasaan. Saya harus kuat menggalas harapan mak dan ayah..kuat menghadapi ujian Allah. Kerana ujian itu penuh rahmat dan bisikan pengajaran dari Allah dan kerana saya adalah lukisan Allah.
"I feel so blessed when i think of You. Thanks for giving me so much gift"
Allah uji kekuatan rohani saya, kerana Allah tahu saya kian alpa. Allah tarik salah 1 kasih sayang yang pernah saya ada tetapi Allah beri semula 1000 kasih sayang dari serata manusia. Allah hilangkan 1 perhatian, Allah beri perhatian2 yang lain yang lebih bermakna. Allah tutup satu harapan, Allah buka pintu-pintu keinsafan yang saya rintihkan. Allah mengajar saya 1001 tentang kehidupan.
Alhamdulillah. Saya dipertemukan dengan insan-insan hebat, yang bersedia menjadi wasilah antara Pencipta. Mata saya terpandang luasnya rahmat Allah di sekeliling, luasnya tempat boleh saya berlari. Terlalu ramai di luar yang saban kali tak lekang menyedekahkan senyuman menghiburkan hati. Alhamdulillah!
Saya akui saya hamba yang selalu mungkir pada janji Tuhan. Namun rahmat dan kasih sayangMu tak pernah hambar, tak pernah putus, tak pernah hilang.
.
3 comments:
pengalaman adalah guru paling berharga...beruntungkan sebab kite dapat belajar kat negeri orang..ambillah peluang sebaik mungkin kurniaan ALlah..explore habis2an UK, n bawak balik bende2 yang baik kat UK..seeru a'la barakatillah..
wow.. Nabila, ur Malay masih hebat mcm dlu..haha..mcam mengarang utk puan Hikmah..
mohamad> it is. it's a journey of finding a true puupose. :)
sal> haha. yelah tu, tgh asah lg ni. ^__^
Post a Comment