Friday, November 5, 2010

Sirah itu Tentera Allah

"Dan semua kisah Rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu (Muhammad), agar dengan kisah itu Kami teguhkan hatimu; dan di dalamnya telah diberikan kepadamu (segala) kebenaran, nasihat, dan peringatan bagi orang yang beriman." [Yusuf:120]

Ternyata di dalam sirah itu ada sunnatullah iaitu ketetapan Allah yang pasti berulang, berulang, dan berulang kembali. Dan sungguh tidak ada keraguan padanya bahawa Islam itu akan kembali tertegak. Kerana Islam pernah di puncak (world order) di mana seluruh mata di dunia tertumpu padanya serta mengikut jejaknya.

Cuba lihat kembali kehebatan Empire Abbasiyah di Baghdad. Penterjemahan buku dari tamadun2 lain, lahirnya jutaan pencinta ilmu, di saat Eropah masih bergelap. Renung kembali pembinaan tamadun gah itu. Kebangkitan Islam bermula dari pembinaan individu acuan tarbiah Rasulullah saw yang memiliki tarbiah ulung dari Allah, kemudian diteruskan para Sahabat membawa Islam ke segenap pelusuk dunia.

Adakah kita lupa? Islam pernah hebat di mata dunia. Alquran telah membuktikan, hadis telah menjelaskan, beruntunglah mereka yang beroleh kefahaman. Pohonlah kebaikan dari Allah, carilah jalan kebenaran, sampaikanlah ayat-ayatNya, betulkanlah tujuan hidup, langkahlah ke depan mencari redha.. Islam pasti akan kembali gemilang kerana janji Allah itu tiada keraguan padanya.

Persoalan bukan lagi terletak pada menang atau kalah Islam itu nanti. Kerana Islam pasti akan menang. Persoalannya adalah mahukah kita mejadi batu bata atau tulang belakang yang menyumbang kepada kejayaan Islam itu. Kita mungkin tidak dapat melihat saat-saat kejayaan Islam, tetapi kita boleh menjadi tali-tali yang menyambung kepada kejayaan tersebut.

Tawaran sebagaimana lagi yang kita mahukan?

Ingat kembali, sejarah telah membuktikan, jalan ini besar nilainya. Fikir kembali mengapa pusara para sahabat di merata dunia, mereka meninggal dunia bukan di tempat kelahiran mereka. Bukankah dengan mendiami bumi berkah Makkah dan Madinah adalah sebaik-baik tempat didiami? Bukankah dengan beribadat di sana memperoleh ganjaran berlipatkali ganda?

Ini kerana mereka tahu hakikat berjuang di jalan Allah. Mereka tahu nilai menyampaikan Islam. Mereka tahu ganjaran yang Allah berikan terhadap mereka yang menyampaikan Islam itu lebih besar.

Tidakkah kita berfikir sebegitu? Betapa besar kurniaan dari Allah dengan menyampaikan kebenaran. Mengapa kita perlu sebegini? Mengapa kita perlu bersusah menjadi lebih baik? Mengapa kita perlu berlumba-lumba dengan kebaikan dan suruhan Allah? Mengapa kita perlu mencari hidayah Allah??

Kerana kita tidak tahu.

Kita tidak tahu pengakhiran hidup kita. Kita tidak tahu bagaimana nyawa kita ditamatkan. Kita tidak tahu syurga atau neraka tempat kita. Jadi, ini sebabnya kita perlu mencari. Supaya ada bekalan yang kita boleh tunjukkan pada Allah. Ada sedikit untuk ladang akhirat kita nanti.

Mungkin pada pandangan kita sebegitu, tetapi pada pandangan Allah siapa yang tahu. Siapa yang tahu hubungan masing2 dengan penciptaNya. Tiada siapa juga tahu doa siapa yang Allah makbulkan. Kita sebenarnya tidak tahu. Jadi, kerena itulah kita perlukan jalan ini. Jalan para sahabat.

...........................................................................................................

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” [Hadis Logam]

............................................................................................................

Kawan2, kita mungkin bukan seorang master dalam ilmu Fiqh..bukan ulamak tafsir..bukan juga hafizah.. saya tahu jauh di sudut hati kita sangat ingin sekali mengejar kefahaman-kefahaman tersebut.. Jadi marilah kita bimbing kefahaman Islam dari dalam agar kekuatan itu bertapak sekuatnya dan menggerakkan jasad kita dalam mengatur langkah sebagai murabbi.

Jika jalan dakwah itu mudah, cepat, dan indah..pasti berbondong-bondong manusia menyertainya. Namun ia tidak... Jalan yang dilalui seorang jaminan syurga juga tidak seindah hamparan permaidani, malah lebih lagi kepayahan yang dilauinya berbanding kita ummat akhir zaman.

Terlalu sungguh merindui Rasulullah saw. Ya Allah, manusia ini terlalu agung, pengorbanannya terlalui tinggi. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda SAW.

No comments: