Saya percaya di atas berkat sangkaan yang baik, Allah memberi kemudahan kepada kami. Dalam keadaan tanah Portsmouth dibasahi salji tebal, tak tebal sangat rasanya, dan itu tidak menjadi penghalang kerana persediaan mental dan fizikal telah mendahului. Saya tahu bahawa Allah bersama dengan sangkaan hambanya dan memberi rahmat kepada mereka yang mengingatiNya. Dugaan di sini telah mengajar saya bagaimana untuk tetap bersangka baik terhadap ujian yang menimpa sahabat-sahabat lain di waktu mengisi kelapangan yang ada. Allah pasti merencanakan yang lebih baik untuk mereka. aamin~
“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu,Aku bersamanya (memberi rahmat & membelanya) apabila dia mengingatiKu.
Jika mereka mengingatiKu dalam dirinya nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu.
Apabila mereka menyebut namaKu dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.
Jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta.
Jika mereka menghampiriKu sehasta, Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
kesejukan bukan penghalang hangatnya semangat kami
Seperti kebiasaan merancang suatu perjalanan, kami tidak terkecuali dalam memastikan setiap kepentingan diambilberat.
"Disiplin dipatuhi..akhlak muslim sejati.. bersih ceria jadi amalan diri"
Ops! tetiba ada lagu iringan. Saya bersyukur, setakat itu semuanya berjalan dengan baik. Bermula dengan doa, ayat seribu dinar, hati penuh tawakal setelah sekian usaha telah dibuat. Benar-benar memohon Allah permudahkan perjalanan ke London, kemudian ke Stansted Airport dan seterusnya ke Dublin , Glendalough dan Belfast.
7 hati-hati tegar melangkah :)
Kisah di London Train Station. Haaaa..! Sewaktu sahabat-sahabat mencari tempat berehat, menikmati bekalan ala kadar yang kami bawa. Perlulah arif jua tentang solat, bagaimana dan di mana. Dan seperti kebiasaan yang kami lakukan, fitting room menjadi sasaran. Tiba-tiba, terdetik di hati saya untuk menguji tahap kemampuan berdiri di tempat jarang-jarang dilakukan. Setelah menjumpai alasan untuk malas ke fitting room semula, berbekalkan semangat dari seorang sahabat, solat ditunaikan di kaki lima. Atas sangkaan tempat itu bukan laluan orang ramai telah meleset sama sekali. Tren seperti baru tiba, dan berpusu-pusu orang ramai bertukar arah laluan. Derap langkah bertali arus. Hati pada ketika itu terusik..ya Allah.
Ya Allah, ini ujian buatku. Mencari khusyuk di keramaian orang. Mencari khusyuk dalam sangkaan pelbagai. Alhamdulillah selesai dan hanya Allah lebih mengetahui di mana letaknya nilai solat itu.
insignificant
Sekali lagi saya diuji tatkala berinteraksi dengan pemandu bas yang sedikit tergesa-gesa untuk mengarah kesemua penumpang menaiki bas. Memandangkan masa untuk tiket kami masih terlalu awal, saya cuba bertanya mungkinkah kami turut serta. Namun, sedikit salah faham berlaku apabila si pemandu seringkali menyuruh saya memasukkan beg tanpa mendengar penjelasan mengenai waktu tiket. T.T "Let's go darling..let's go.. put your beg downside" Oh..bersabarlah akmar. Saya cepat-cepat turun kembali dari bas dan menggamit kawan-kawan di dalam tempat menunggu supaya bergegas. "awat kalut sangat entah.. astagfirullah.. astagfirullah" cuba menenangkan.. sepanjang perjalanan, saya berfikir.. perkara sebegini kecil pun memberi kesan emosi.. maafkan ajelah. :)
penantian itu ujian kesabaran kan... ^^
Tiba pula saat seperti yang dirancang, bermalam di airport sementara menunggu untuk check in luggage and passport. pengalaman yang pertama kali.. Bukanlah asing bagi kami setelah melihat ratusan manusia turut sama berbungkus dan berehat di sana. Satu sudut yang agak jauh dari orang ramai dipilih, namun...
..keesokkan pagi, kami berdepan dengan barisan manusia yang panjang hingga mencecah kawasan rehat kami. Errkk.. bangun..bangun..repack! Seawal 4.30 pagi, ratusan manusia kelihatan di dalam barisan dan kelibat pengurusan giat dijalankan..kami juga tak terkecuali, mahu semuanya lancar.
Satu persatu prosedur diikut, selesai cabbin luggage and self scan.. hati beransur dengan lega walaupun ada antara kami yang perlukan thoroughly checking. bersabar ajelah didie, ini boleh dijadikan peringatan untuk semua juga. :)
Ryanair
Tiba di Dublin Airport! Disambut oleh along sanak. ^^ syukur alhamdulillah. Perjalanan disambung ke Busaras Bus Station. Ditemani kesejukan yang menggigit, talian demi talian dicuba untuk ke kediaman sisters UCD. alhamdulillah, berjaya tiba setelah memutuskan untuk menaiki teksi.
Booterstown
3 hari 2 malam di rumah sisters UCD sangat membahagiakan, kak ain, kak aishah, kak an, kak iffah dan kak jasmin telah memberi layanan yang sangat bagus, makanan yang mantap, kehangatan yang insyaAllah tak akan dilupakan, dan perjalanan2 yang akan tersemat di ingatan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih!
BerPUISI di Glendalough! Tiada apa lagi yang mampu terucap selain rasa bertuah dapat turut serta bersama PUISI di sana. Speaker yang mantop iaitu Ustaz Zamri! Pengisian yang amatlah mantop! Fasilitator yang berlipatkali mantop! LDK yang kesannya bermantop-mantop! tak terkecuali peserta-peserta yang turut memantopkan PUISI. It's all because
U complete P _ I S I
antara pengisian
peserta dari hujung tanah England
memetik dari kata-kata mimie :
"Control your FIRE,
Top-up your WATER,
Make full use of the EARTH,
and
Strengthen your WIND."
memetik dari kata-kata mimie :
"Control your FIRE,
Top-up your WATER,
Make full use of the EARTH,
and
Strengthen your WIND."
Pengalaman di Glendalough tak terungkap dengan kata-kata mahupun coretan pena, namun sedikit sebanyak mampu dikongsi bersama kawan-kawan yang lain. Konsep kembara Tian Xia yang dibawa sangatlah menarik, hal ini kerana Konsep Tian Xia (all under heaven) merupakan penyatuan unsur-unsur dalam diri dan memanipulasikan semua elemen ini untuk membentuk jati diri yang kukuh.
FINDING YOUR VOICE
membantu rakan-rakan mencapai kekuatan yang sama
HELP OTHERS TO FIND THEIRS
Jujur saya katakan, PUISI tidak langsung mengecewakan, mungkin bagi orang lain faktor jarak yang agak jauh menyusahkan peserta, TAPI bagi saya tidak, itu adalah cara Allah menguji keimanan kita, menyihatkan dan menyeimbangkan, bahkan jika kita telusuri kembali jalan dakwah para sahabat, perjalanan mereka malah lebih lagi. Inikan pula harus berjalan 30 minit bukanlah apa-apa yang menyusahkan, kita dijamu dengan sajian yang lazat, itu sangat membahagiakan. sangat sedap!!
Ingin sekali saya tulis dan kongsikan pengisian dari Ustaz Zamri secara detail. panjang sangat pula nanti..mungkin untuk nota saya selepas ini.

saya ingin menjadi seperti botol yang kosong, yang tahu tentang titah Tuhannya.. sentiasa menerima air, sentiasa tahu kedudukannya di bawah agar air itu masuk dan bermanfaat untuk orang lain.
ingin juga membuka mata mempersiapkan diri melihat orang lain seperti 'iceberg' yang pastinya mereka memiliki kekuatan tersembunyi dan mungkin terlindung dengan manfaat-manfaat yang perlu kita intai sendiri. setiap manusia memiliki potensi diri yang kadangkala kita tidak sangka-sangka, seperti paku yang mampu menampung 12 paku yang lain. Ini adalah tidak mustahil. :)
Semoga tanah pijaknya kaki-kaki kami itu, menjadi kesaksian pengorbanan insan-insan yang mencari redha Allah. aamin~
jauhnya perjalanan Allah gantikan dengan rahmatNya yang tak terhitung
subhanallah
carrick-a-Rede (Rope Bridge)
disini berkumpul menghirup udara segar kurniaan Allah
Carrick-a-rede
nazihah ^__^
Giant Causeway
giant..err.

No comments:
Post a Comment