Friday, January 7, 2011

Penawar Dosa

Berdepan dengan manusia yang memiliki hati adalah lebih sukar daripada harakat alam buana.. Kerana Islam ikhtiari yang dimiliki memungkinkan apa sahaja.


"Bersangka baiklah dengan apa sahaja... ikhlaskanlah semuanya." diam-diam kalimat itu saya ulang dan ulang. Fuh. ini agak sukar wahai saudaraku.


Message ditaip panjang lebar... 
kemudian cursor dibawa ke button untuk SEND. 
tak berdaya lagi untuk click.  ah!  CANCEL..


Malam berikut, friend request ditinjau semula...
namanya di'click' kemudian cursor dibawa ke 'send message'...
jari tiba-tiba kaku.. CANCEL... again.


YM! Tiga baris ayat dikarang rapi untuk memulakan perkenalan, hati puas~ 
secara tiba-tiba nafas tersekat-sekat, 
tangan kanan cepat-cepat scroll dari atas ke bawah isi-isi yang ditaip.... 
DELETE..


Ok, NOT NOW~ wujud juga option itu.


Ya ukhti, maafkan saya~~ T.T


Tiba masa untuk saya keluarkan kerunsingan ini, dengan harapan ia tinggal disini, jangan kembali lagi.. 


"Salahkah keputusanku itu kerana untuk menjaga hatiku sendiri? Dugaan seperti apa yang Kau berikan ya Allah? mengapa aku melihatnya terlalu sulit? Apakah benar aku mampu menghadapinya dengan baik? Aku tidak inginkan lagi palit-palit sejarah silam kembali berputar. Izinkan aku meneruskan satu permulaan yang aku rencanakan ini. ..tanpa sebarang perkaitan langsung.. sedikit pun tidak. Apakah Engkau merancang sesuatu yang lebih baik dari ini? Jika benar, kuatkanlah.. ikhlaskanlah hati aku menghadapinya.. Aku ingin sekuat Siti Sarah. aamin. "


Permintaan saya ini dengan penuh harapan agar Allah akan kabulkan.. T.T Mengapa seringkali saya persoalkan terhadap diri sendiri tentang keinginannya? Apa dia mahukan? Jauhkanlah dari bisikan-bisikan yang buruk. jauhkanlah saya dari wasangka yang bukan-bukan. 


Pergilah kamu dengan kehidupan kamu..pergilah.. Jangan dekati saya lagi. Saya tidak ada rencana apa-apa yang akan menjatuhkan kamu. Tidak ingin mencederakan sesiapa. Malah saya berdoa' untuk kebahagiaan kamu. Barakallah hulakuma~~ Jangan kamu uji kekuatan yang saya bina ini. Cukuplah.. beri saya ruang untuk hidup. Maafkan saya jika dengan itu mengguris hati-hati kamu..


Kakak usrah, sahabat-sahabat berpesan..


"Jangan terlalu berfikir tentangnya..tidak salah menjaga hati, biarkan sahaja, jika dia mulakan. layanilah secara baik, 
ingatlah surah 'Abasa ! "

 عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ (١) أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ (٢) وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُ ۥ يَزَّكَّىٰٓ (٣) أَوۡ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰٓ (٤) أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ (٥) فَأَنتَ لَهُ ۥ تَصَدَّىٰ (٦) وَمَا عَلَيۡكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ (٧) وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسۡعَىٰ (٨) وَهُوَ يَخۡشَىٰ (٩) فَأَنتَ عَنۡهُ تَلَهَّىٰ (١٠)


1.  Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, 2.  Karena Telah datang seorang buta kepadanya 3.  Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), 4.  Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? 5.  Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup 6.  Maka kamu melayaninya. 7.  Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). 8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), 9.  Sedang ia takut kepada (Allah),  10.  Maka kamu mengabaikannya.



saya perlu berfikir untuk esok, kamu saya tinggalkan disini ya... luputkanlah kerunsingan ini.



akmar kan kuat... yeah!! 
fighting for the sake of Allah!

2 comments:

raihanraziki said...

we know u r a strong person dear..
we'll always by urside..insyaAllah <3

El-Azwar said...

raihan.. ^_^
you always be..
jazakillahukhairan~