astagfirullahal'azim astagfirullahal'azim astagfirullahhal'azim
sekali lagi saya silap mengatur langkah
terima kasih kerana memberi peluang sebelum kata putus terucap
sebelum hati-hati lebih banyak terguris
terasa sangat tewas dengan emosi sendiri...
astagfirullahal'azim~
Allah..Allah..Allah
Allah..Allah..Allah
Bukan saya cuba mengambil langkah mudah, tetapi kadangkala keadaan akan menguji tahap ketakwaan kita pada Pencipta. Saya terlalu berfikir tentang masa depan, terlalu inginkan mereka belajar dari kesilapan, sangat inginkan pengajaran buat mereka, dan terus-terang saya ingin menjaga hati untuk tidak terus dengan amarah.
Namun, seberapa dekat kita pada Allah, apabila amarah menguasai, emosi mendahului. bisikan-bisikan syaitan turut serta. Nah, jadilah keputusan yang terburu-buru.
Sabar.. Sabarlah akmar!
macam mana boleh timbul perasaan macam nih?
Mereka boleh menerima baik burukmu,
mengapa sekarang kamu tidak??
mengapa sekarang masih teringat2 lagi kisah lama.
DUSH!!!
[pergilah jauh2 perasaan tak baik ni, saya sayang kawan2 saya lah!]
Check balik ibadahmu, pasti banyak yang kurang.
Check semula tahajudmu, mana menghilang?
Check semula doamu, seberapa tekadkah kamu meminta?
check balik semuanya~
ujian ini pasti terlindung sesuatu yang kurang dan terlopong darimu sendiri...
mereka itu sahabat-sahabatmu,
ini semua terjadi kerana saya terlalu sayangkan mereka ya Allah.
Apalah sangat kebahgiaan dunia yang saya cari ini. Redha sebagaimana lagi yang saya cari agaknya, "Perpisahan untuk redha Allah". Benarkah selepas jalan itu akan ada sinar bahagia buat saya? Allah akan lebih meredhai saya jika saya lebih bersabar dan tetapkan berdoa agar ukhwah ini lebih harmoni. Allah pasti akan meredhai saya jika saya berusaha untuk menyatukan hati-hati kami. atau Allah sekadar mempersiapkan saya untuk satu ujian yang lebih besar kelak.
Jadikanlah saya orang yang tenang menerima ujian
Pertimbangan ini akan melukai ramai pihak. Usah dilayan sangat 'keadilan dunia' ini. Bersabarlah, ganjaran untuk orang yang bersabar itu lebih tinggi. Dampingi orang-orang yang baik, ingat-mengingatilah. insyaAllah~
alhamdulillah, setelah berfikir dan berfikir.. jalan yang memerlukan pengorbanan dipilh, meletaktepikan kepentingan diri, lalui sahaja kehidupan penuh cabaran itu, bersedia berhadapan dengan pelbagai kemungkinan (sebenarnya saya tak harus berfikir tentang kemungkinan2 ini) Hanya Allah yang mampu meletakkan setiap sesuatu kelak.
jangan mengambil keputusan untuk melarikan diri lagi. Kaji semula konsep uzlah..
"Kamu faham agama, kamu tahu syariat rasulullah.. mengapa perlu mengambil jalan yang dimurkai Allah ini???"
Terngiang-ngiang suara Kiai Lutfi mengingatkan semula,
Tsk..Tsk! terkesan juga dengan KCB tu.
Duduklah bersama. Bersamalah berubah menjadi lebih baik. Jangan sekali-kali meninggalkan jemaahmu kerana khuatiri imanmu tercedera dek sikap2 mereka, adalah kewajibanmu untuk mengubahnya menjadi lebih baik bukan? tetaplah bersama mereka, anggaplah kekhilafan diri sendiri yang menyebabkan semua masalah timbul. Saya seharusnya lebih memahami mereka, ujian ini bukanlah terlalu besar. Ada lagi ummat yang diuji imannya, tetapi mereka tetap teguh.
Kamu harus tenang berdepan dengan konfliks..
Harus sabar menerima kerenah..
Harus ikhlas dengan ketetapan Allah ..
Allah pasti ada jawapannya atas semua ujian yang kamu lalui dan jangan biarkan ujian itu berlalu percuma tanpa kamu belajar dan ikhlas dengannya. Cukuplah syurga itu sebagai penenang.
Ikhlaskan saja..
Berjanjilah wahai hati untuk terus sabar...
kembali tenang... ^^
yay!!
kembali tenang... ^^
yay!!
No comments:
Post a Comment