Monday, January 10, 2011

Titian perubahan

Assalamualaikum. ^_^ Suka sangat nak bercerita tentang perubahan. Berubahkah kalian? Haa. berubahkah saya? Tak tahu nak cakap.  Orang lain yang boleh jawabkan. Macam la blog ni, kejap hijau, kejap hitam, pastu pink pulak. Ehm. Di negara bukan Islam ini ikutan yang baik tu sangatlah ramai. Hebatnya insan-insan terpilih ni. Mari ikut!

Zasss! Hidayah Allah itu datang melalui pelbagai cara. Sedar ataupun tidak, manusia berubah. Sama ada menjadi lebih baik atau pun sebaliknya. Benarlah kata-kata;

"Seseorang yang mengenali jijiknya jahiliyah tidak akan merasa tenang berada di dalamnya".

Hadith Oliyankara Juma MasjidImage via Wikipedia

Akhirnya saya faham mengapa sesetengah pihak tidak boleh berdiam diri melihat kemungkaran, maksiat, kelalaian dan penindasan. Kerana mereka faham konsep jahiliyah. Saya faham mengapa sesetengah pihak suka memberi, suka berkongsi ilmu, suka menyampaikan ilmu, sanggup berkorban masa dan tenaga demi menyampaikan ilmu yang mereka peroleh. Kerana mereka faham konsep khalifah! (eh..tergarang pulak)

Saya hidup dan belajar di tanah Portsmouth, jika dilihat pada peta, yang paling hujung sekali tu la Portsmouth, seangkatan juga dengan Southampton. Mengapa ada pihak yang sanggup turun ke Portsmouth, malahan setiap minggu. Mereka datang hanya untuk menyampaikan pesan. Perjalanan lebih dari dua jam hanya untuk berkongsi ilmu yang mengambil masa lebih kurang tempoh yang sama perjalanan. Mereka tidak merasa tenang apabila ilmu Allah tidak disampaikan. ~ di situ usrah dihidupkan.

Londonistan: How Britain is Creating a Terror ...Image via Wikipedia
Ini lambang Portsmouth. :)

Saya sungguh mencintai usrah. Siapa pun naqibahnya..kemanisannya tetap tidak berkurang. Bermula dengan Kak Nik > Kak Adib > Kak Asma' > Kak Fizah > Kak Jannah > Kak Iqa & Najwa. Subhanallah. Kalianlah wasilah kami yang mengerti erti perjuangan dan sanggup berkorban demi redha Allah. Terima kasih!

Renung kembali kisah pemuda dalam surah Yaasin. seorang pemuda yang tinggal di luar kota. Pada suatu masa beliau mendapat satu berita yang akan menimpa penduduk kota itu hinggakan beliau berlari untuk mengkhabarkan berita itu kepada penduduk kota tersebut.

Lihatlah, apa kepentingan yang pemuda itu dapat hinggakan beliau sanggup berlari ke sana? Bukankah keselamatannya sudah terjamin dengan berada di luar kota? Mengapa dia merasa sangat terpanggil untuk mengkhabarkan berita itu?

Fikirkanlah...

Saudaraku, persaudaraan yang sebagaimana lagi kita mahukan? Hidayah yang sebagaimana lagi mampu melembutkan hati-hati kita untuk tetap di jalan yang diredhai Allah. Melaksanakan ubudiyyah dan khilafah.

Faithful praying towards Makkah; Umayyad Mosqu...Image via Wikipedia

Peralihan itu sukar, tambahan pula peralihan sesuatu tabiat ke suatu sikap yang lebih baik. Jadi, berilah peluang. Mungkin bagi sesetengah pihak, apabila hidayah datang terus-terus 180 darjah dirinya bertukar. alhamdulillah~ Cuma dikhuatiri perubahan itu tidak bertahan lama, tidak menjadi darah daging malahan hanya penuh dengan keterpaksaan. Apatah lagi berubah atas sebab-sebab yang tidak menjurus redha Allah. nauzubillah minzalik~

Saya turut melalui fasa-fasa ingin berubah menjadi lebih baik, tidak dinafikan iman turun naik macam ombak di lautan. Terpaksa berperang dengan perasaan, dan bertahan dengan prinsip. Bertahan dengan pandangan manusia, cercaan masyarakat bukan Islam, perspektif dunia pada umat Islam. Inilah yang dinamakan ujian, syurga tidak dihuni oleh orang-orang kebiasaan dalam ibadahnya. Islam inginkan lebih dari masa senggang kita, Islam perlukan lebih dari itu saudaraku. Bangunlah!

Semoga Allah tetapkan kita dalam kemanisan iman. ^^
Enhanced by Zemanta

No comments: