Tuesday, January 11, 2011

Tutur kata seindah wajah

Oki Setyana Dewi atau lebih famous dengan Ana Althafunnisa :)
from aljazary.blogspot.

Alhamdulilah~ baru-baru ini, saya sengaja menonton sinetron 'Ketika Cinta Bertasbih' yang membawa watak-watak yang sama dari filem KCB. masih baru sahaja ditayangkan, iaitu lewat Ramadhan lalu. Subhanallah~ indahnya kehidupan bersyariat. Permulaan cerita langsung menunjukan ujian demi ujian yang dihadapi seorang Dae'i. Erti hidup pada memberi. Pengorbanan, kesabaran, keikhlasan serta ilmu pengetahuan merupakan elemen-elemen yang diketengahkan.

Bukan sampai disitu sahaja pemerhatian saya pada dunia drama ini, latar belakang Oki Setyana Dewi [actress KCB] saya selidiki buat pengetahuan, ingin mengenali lebih dekat perwatakan menarik ini. Bermula di Youtube terus ke Facebook serta laman web yang lain. Subhanallah~ Saya kagum, gadis jurusan sastera di Universitas Indonesia yang berusia 21 tahun ini sangat baik budi pekertinya. Turut bergiat aktif dengan program amal bersama anak-anak yatim, seringkali menyertai talk dan ceramah.

Kagum sungguh! Jauh di sudut hati, saya ingin sekali menjadi seperti beliau, eh..bukan part filem tu. tapi ingin menjadi seorang muslimah yang baik dari sudut ilmu pengetahuan, bukan sahaja faham tetapi meresap ke budi pekerti secara menyeluruh serta ingin juga bergerak aktif demi kepentingan Islam.
aamin~

Tutur katanya seindah wajahnya~ subhanallah

Another Indonesian movie that i would suggest here is "Sang Murabbi". A very meaningful true story that i was really touch, a person with an endless effort in conveying His messages.

This person had dedicated his life to Islam.

No comments: