Access denied..access denied..! Is there anyone getting inspired by this everytime he undergo such thing? Let's say more. When we try to access something, thing doesn't work the way you wanted it to be. Then, we started to get annoyed.
Analogy yang merujuk kepada konsep dakwah juga. Erm, make sense tak analogi saya bagi ni. Ke ada pulak orang tertanya2 ini analogi ke? Hurm,.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah apabila berdepan dengan ujian atau sesuatu cubaan yang kerap kali gagal, pasti terselit rasa hampa, kecewa, stress, down, menyampah, dan jerit kuat-kuat "Inilah kali pertama dan kali terakhir aku akan buat benda alah ni!!" Tak cukup dengan itu, kita boleh juga mencederakan iman sendiri. Hingga sampai menyalahkan serta mempersoalkan takdir Allah.
nauzubillahiminzalik~ Minta dijauhkan dengan sangkaan buruk. Bersangka baiklah dengan Allah. Reflect kembali semangat juang Rasulullah SAW menyebarkan Islam. Saya suka bercerita tentang kisah dakwah Rasulullah SAW ketika Haji Jahiliyyah yang berlaku di Makkah. Dari khemah ke khemah Rasullah SAW berdakwah menyebarkan syahadah, dihina, dicerca, diherdik, dibaling batu dan berbagai tohmahan yang baginda SAW terima. Tetapi Baginda tidak pernah berputus asa sehingga di khemah yang ke-100, Abu Dzar telah berjaya diislamkan. Subhanallah! Cuba kita bayangkan sekiranya Rasulullah SAW berputus asa di khemah yang pertama, meskipun yang ke-99, adakah Abu Dzar dapat menerima Islam ini dan seterusnya pemuda ini berjaya mengislamkan seluruh pendduduk kampungnya. Subhanallah.
Seorang Daei tidak boleh berputus asa. Jalan dakwah ini hanyalah untuk jiwa-jiwa yang bersemangat kental. Bukan untuk mereka yang lemah dan manja. Tiada perjuangan yang selesa, jika itu adalah benar ada pasti berbondong-bondong manusia mengikuti jejak Rasulullah SAW. Kewujudan umat Islam hanya seperti buih-buih di lautan..bilangannya sangat ramai tetapi..
Renung-renung kembali, pentingnya memiliki aqidah yang sejahtera, kefahaman serta keyakinan yang teguh. Cuba bayangkan dengan kalimat syahadah, Rasulullah mampu mengislamkan ramai umat sekitarnya. Bukankah peranan dakwah disitu sangat jelas? Fikir-fikir lagi, dalam ayat-ayat madaniyah yang menghimpunkan perintah-perintah dalam hukum Allah yang lebih kepada Ilmu Fiqh atau lebih jelas tentang hukum-hukum dan perlaksanaan ibadah dalam Islam. Itu berlaku selepas tertegaknya satu negara Islam. Kaji pula ayat-ayat makiyyah, betapa besarnya kepentingan aqidah yang sejahtera dalam Islam. Menerima serta mensyukuri sepenuhnya dari Allah. Adakah kita benar-benar mengimani rukun-rukun iman atau sekadar berpegang pada rukun Islam? Siapa kita lebih percaya selain dari Allah, kemana keihklasan dalam beribadah?
Dengan iman yang teguh, terhasilnya masyarakat Muslim yang kuat pegangannya dan satu ijtihad yang murni. Menuju pula satu komponen penting, pembinaan sebuah negara Islam. Demi melakasanakan tuntutan syara', menyebarkan ayat-ayat Allah, menyeru manusia tunduk dan patuh pada Allah. Disini, peranan dakwah masih lagi diketengahkan. Dapatkah kita fahami sekarang betapa pentingnya sebuah negara Islam? Dan selepas pembukaan kota Makkah itu terbukti berbondong-bondong manusia memeluk Islam. Bermula dari sekecil-kecil jumlah ahli badar kepada ribuan masyarakat yang tertarik dengan agama Islam. Bukankah kemenangan Islam itu satu titik tolak kebangkitan Daulah Islamiyah?
Dan hari ini, saya hairan, masyarakat kita lebih menekankan ilmu feqah daripada penerapan Aqidah. Ibu bapa lebih perihatin dengan ibadah anak-anak daripada keimanan anak-anak mereka terhadap kebesaran Allah. Anak-anak diajar solat, puasa, membaca al-quran dengan sebaik-baik mungkin. alhamdulillah. tetapi bukahkan aqidah itu lebih utama perlu ditekankan. Ajari anak-anak takutkan Allah, percaya akan kebesaran Allah, kenali Rasulullah, tahu adanya malaikat, fahami kitab-kitab yang diturunkan, tahu konsep syahadah, tahu adanya hari akhirat, beriman dengan qada' dan qadar dan jelas tentang perkara ghaib.
Dan hari ini, anak-anak yang tahu solat tetapi masih lagi bertilik nasib. Yang tahu berpuasa, tetapi tidak faham takdir Allah. Melakukan maksiat, tidakkah mereka yakin bahawa adanya malaikat yang mencatit amalan-amalan kita? Adanya hari akhirat yang minta dipertanggungjawabkan semua ketidakadilan di dunia ini?
Bukahkah ini berkait rapat dengan Aqidah?
Hurmm. Saya turut menegur diri sendiri agar sentiasa takut dan tunduk dengan perintah Allah. sama-samalah kita beristigfar.. astagfirullah~
saya sangat terkesan dengan pemergian arwah tokwan baru-baru ini. kematian itu satu pengajaran buat mereka yang masih hidup bukan? kematian yang sangat sakit itu telah dialami oleh seorang yang saya sayangi. saya mohon agar arwah bersama dengan amlan kebaikannya dan mendapat tempat sepertimna orang2 yang soleh. Akan tiba giliran saya nanti..sudahkah saya bersedia. ya Allah :(

No comments:
Post a Comment