Layakkah saya yang serba kurang dengan ilmu Allah ini men'declare diri sebagai seorang yang sibuk? Oh, tidak sama sekali, saya bukan tiada masa tetapi kurang bijak mengurus masa. Buku catatan sahaja penuh dengan tulisan dan rangkaan pelbagai proposal dunia termasuk jua akhirat tetapi saya tidak bijak berlaku adil. Saya memohon dari Allah agar limpahkan keberkatam masa buat diri serta sahabat-sahabat.
Wahai pembaca yang budiman [as if ada orang baca la], semester dua begitu rancak berlari, cuba bergerak sederas semangat pemuda. Jalan juang tidak akan pernah merangkul tempat kedua, namun tanggungjawab untuk belajar juga diutamakan. Teringat kembali kata-kata seorang sister,
"Cita-cita kita utamakan, tetapi kerja-kerja dakwah bukan tempat ke-2"
Ya Allah, kesukaran makin terasa. Saya tidak meminta Allah permudahkan jalan ini, tetapi saya merayu Allah beri kami semua kekuatan serta petunjuk walaupun dalam keadaan saya yakin dengan jalan yang dipilih, Allah, teruslah dan teruslah membuka petunjukMu.
Apa yang sibuk sangat nih akmar? Sibuk menulis research proposal atau menulis manusia? Kenapa saya cenderung menggunakan perkataan 'menulis' manusia ya? Instead of 'membina' manusia. Mungkin masih terasa hangat bara perjuangan yang dipinjam dari Assyahid Imam Hassan al-Bana. Subhanallah. Risalahnya melata dunia, kata-katanya menusuk jiwa, perjuangannya menggugah semangat pemuda. Allahu Akbar!
Kenapa pula saya kata meminjam semangat Hasan al-Banna ya? Kerana dari beliau saya tahu, dia sibuk menulis manusia hinggakan tidak pernah menulis buku. Kalau kita perhatikan, hanya risalah-risalah ucapan semangatnya yang dikumpul dan dibukukan. Masa-masanya dihabiskan untuk membina manusia, mengajak manusia mentaati Allah, menyeru manusia ke dalam cara hidup yang diinginkan Allah. Wahai pemuda, apa lagi difikirkan..gunalah masa muda ini sebaikmungkin jika syurga Allah kita idamkan.
Doakan saya serta sahabat kuat melangkah di bumi Allah.
Jika dengan menulis kamu mampu mengubah manusia menjadi lebih baik, maka tulislah.. Dan jika dengan darahmu sahaja agama Allah akan tertegak, oleh itu berkorbanlah..!
AllahuAkbar~
Oh, saya perlu habiskan script untuk tv show minggu depan. T.T

No comments:
Post a Comment