Qrang lain dibaling tombak, pedang, panah,peluru, bom tp still steady sabar berjuang, kes nih baru kena baling bola dari belakang dgn budak sekolah tp seteress jiwa sampai tertmometer explode dah =.="" hurm. OK. monolog dalaman tersebut telah meminta dicurahkan. Ya Allah, kenapa saya susah sangat nak bersabar pada ketukan pertama? Y.Y
Mengenali peribadi Rasulullah SAW cukup membuatkan sesiapa sahaja tertarik. Satu perkara yang ingin saya kongsi bersama yang mana mungkin kebanyakkan daripada kita tidak sedar. Kita mungkin seringkali mendengar kisah-kisah seperti :
Kisah Rasulullah SAW yang setiap hari akan memberi makan seorang tua yahudi yang buta, iaitu seorang yang setiap kali Rasulullah mendampinginya pasti akan mendengar cercaan dan kutukan terhadap pembawa risalah agung itu. Namun begitu Rasulullah tetap memberinya makan setiap hari tanpa beliau mengetahui siapa pemberi. Hinggalah satu ketika selepas Rasulullah wafat, dan Saidina Abu Bakar menggantikan tempat baginda dan pergi memberi makan orang tua yang buta tersebut, namun si buta itu dapat mengetahui tentang kehadiran Abu Bakar adalah bukan orang yang sama pernah memberinya makan sebelumnya kerana Rasulullah saw akan menghancurkan roti sebelum menyuap ke mulutnya, tetapi Abu Bakar tidak. Kemudian dijelaskan Abu Bakar kepada si buta itu bahawa orang yang sebelumnya itu telah wafat, orang yang sering dikutuk dan dicercanya dahulu.
Bukan itu sahaja yang saya mahu ketengahkan dalam topik kali ini, ingatkah kalian tentang ahli badar yang menerima pendekatan dari Rasululllah? Mereka golongan badar yang pertama kali ditarbiah oleh nabi saw. Sahabat-sahabat ini sering berdamping dengan Rasulullah hinggalah berlaku hijrah, berbondong-bondong orang memeluk Islam dan bersama dengan dakwah Rasulullah. Namun begitu, peranan Rasulullah tetap berterusan, menyebarluaskan ayat-ayat Allah hinggalah kepada pemimpin-pemimpin besar.
See?
Bagaimana dari sekecil-kecil golongan hingga ke sebesar-besar seorang pemimpin sebuah negara didekati Rasululllah saw. Bagaimana rasulullah saw memperuntukkan masa dan meletak kepentingan untuk semua sahabat, tak kira yang sudah lama memeluk Islam mahupun yang masih baru dengan agama Islam. Hebatnya Rasulullah dapat cater semua org...meskipun si buta tersebut, Rasulullah saw tetap ada masa untuknya. :(
Saya juga ingin menjadi seperti rasulullah, dapat mendekati semua dengan baik. Bukan sahaja mendekati semua orang malah dapat duduk dan berbincang dengan baik, tidak sekadar bercerita "kenapa cerita hantu kak limah balik rumah tu boleh masuk box office??? haisssss"
kadangkala saya juga tertanya-tanya diri sendiri, di mana akhirnya usia saya dihabiskan. takkanlah saya hanya ingin duduk, belajar, bersosial, tengok movie, pergi usrah seminggu sekali untuk recharge iman, sekali sekala cuci mata kat mall, belanja or dibelanja kawan makan, erm, pergi library bila perlu cari buku. eh, takkan tu aja? maka akan bosan la hidup ni.
saya fikir lagi tentang hidup saya.. apa lagi yang mampu saya usahakan untuk menjadikan semangat untuk hidup ini disalurkan pada jalan yang betul. agar rasa keterujaan ini dilepaskan sepuasnya. mengapa perlu saya pilih satu jalan yang banyak keraguan di dalamnya? saya perlu memilih yang haq. itu jawapannya.
Jadi, jika kalian tertanya-tanya mengapa saya melakukan sesuatu perkara tersebut. Mungkin jawapannya 'inilah jual beli yang saya pilih. Jika kalian melihat saya lalai, lontarkan sahaja pertanyaan 'mana pergi jual beli yang anda kejar2 selama ini?'
sahabat sekalian, jika ada yang membaca.. doakan saya kuat dalam pekerjaan ini. doakan saya ikhlas menerima teguran dan sindiran [kalo xda tu peliks la]..oh ini kelemahan~
Fastabiqulkhairat~!!
Saya mohon Allah redha dan berkati majlis yang kami rancangkan ini. Moga dengan usaha ini, Allah akan buka hati-hati kami untuk terus mencari marthodillah.
aamin

No comments:
Post a Comment