Friday, March 11, 2011

Akmar bukan Mawar tapi Duri

Assalamualaikum~~

sukanya saya memulakan coretan dengan memetik kata- kata ustaz izzam " guru adalah profession terbaik untuk mendekati dan membentuk masyarakat, terutamanya guru yang bukan mengajar subjek agama kerana nasihat dan pendekatan lebih mudah diterima pelajar".

Bagaimana pula kedudukan guru sebagai calon isteri? [kihkihkih] OK2, sorry...terbabas sekejap.

Dengan adanya kesedaran sebagai seorang bakal guru bahasa inggeris, harapannya, saya ingin jelas dengan target. yah! amatlah perlu menguasai ilmu linguistic, literature[sastera kan?]kerana peranan bahasa adalah besar untuk menarik hati-hati di luar sana.alhamdulillah~

Contoh : Siapa pun pasti tertarik dengan penceramah, pembentang, politician, dan sebarang bentuk speaker yang bijak menyusun kata-kata dan pemilihan kosa kata yang tepat dengan situasi dan kondisi. Bukankah? Saya pun bersetuju jika penampilan itu penting, tetapi bahasa juga sama penting.

boleh rasanya saya meletakkan tekad sebegini, saya bekerja untuk mengubah sistem dalam bidang pendidikan yang pasti semua jelas tentangnya. Syllabus dan framework pendidikan perlu dikaji ulang dan mungkin perkataan yang sesuai saya ketengahkan ialah 'penambahbaikan' supaya lebih jelas dan mempunyai ruh. Haa.. Ruh? Belajar dengan ruh kan lain penghayatannya.

Begini insyaAllah, selepas beberapa fasa kehidupan barulah saya sedar betapa pentingnya melihat atau menggambar sesuatu dengan disertai rasa keperluan untuk tahu dan linkage terhadap Pencipta dan Pemilik segala Ilmu, Allah. Hadirnya ruh dalam pekerjaan kita bukan sahaja mengambilkira peranan hati(jantung) untuk menghayati tetapi membuatkan kita dekat dengan pencipta. Maka, akan lahirlah rasa syukur dan kehambaan pada Allah.

Bagaimana? Sebelum itu biar saya cuba beri perkaitan dengan salah satu penjelasan yang pernah saya terima dari surah al-ikhlas tentang siapa Allah. "kewujudan semua makhluk adalah kerana meminjam hakikat kewujudan Allah" mari kita telusuri ayat itu secara dekat, apa pun makhluk atau ciptaan yang kita letak rasa kebergantungan padanya, yakinlah bahawa rasa kebergantungan itu perlu balik kepada Allah. Bukankah dengan kewujudan Allah barulah wujudnya makhluk dan ciptaan lain di muka bumi ini mahupun di luar pandangan kasar manusia. Jadi, amat perlulah kita semua memahami hakikat tersebut dan melihat setiap di sekeliling kita dengan rasa penuh kehambaan.

Contohnya: kewujudan KPM pada pandangan saya adalah agak significant kerana saya ada rasa kebergantungan padanya. [yelah dari channel itulah sponsorship saya terima, lebih jelas lg yang menyalurkan duit rakyat] Tapi bagaimana rasa kehambaan ini dapat membersihkan rasa ikhlas dan meletakkan kepercayaan dan kebergantungan saya pada tempat yang sepatutnya. Allah yang mewujudkan KPM,
dengan taqdir Allah ia wujud dan jelaslah pada saya, Allah sahaja tempat saya bergantung.

[pernah saya berangan nak masuk parlimen, tapi lepas tahu dan sedar cikgu career terbaik mendekati rakyat, saya postpone jelah niat tu. kihkih :)]

ehem, bagaimana pula dengan guru sebagai calon isteri?  haaa, saya simpan jawapan tu pada bakal zauj saya. siapa bakal zaujan saya?  jawapan ada pada A L L A H . T.T Adakah kesempatan untuk saya membina tangga ke-2 itu? hurmm. [saya akan terfikir pasal istilah zaujan ini setiap kali memikirkan payahnya jalan dakwah tanpa sokongan moral] rupanya, saya tidak boleh silap dalam mencari tempat bergantung, AllahuAllah~  ^_^"

kepada kawan2 yang memasang niat untuk menamatkan zaman bujang, jangan terlalu yakin dengan berkeluarga itu selesai banyak perkara yang mungkin kamu fikirkan akan menjadi lebih mudah. Tetapi, ketahuilah bahawa akan ada pelbagai tanggungjawab yang menuntut kita melaksanakannya. Jika ditanya yang bagaimana, pilihlah yang beragama..suatu hari nanti kita pasti akan sedar bahwa yang beragama itu lebih baik. :) moga kalian dan diri ini menemui pelengkap terbaik dari Allah yang sama ingin berjuang dan memiliki kesefahaman.


Oh,,...coretan sudah berakhir di sini. ^^

kadangkala durinya tak disedari kerana tertutup oleh keindahan mawar


No comments: