Tuesday, March 15, 2011

Curry Puff


Haaa..~! inilah karipap. hehe. karipap bukan sebarangan, karipap buatan tangan. yelah kan, nak cakap yang karipap ni di'kelim sendiri. cewah~! Oh.. kat malaysia xpernah berniat pun nak buat, even makan karipap pun tak sangat. Tetiba di uk boleh jadi rajin buat pulak kan. itulah akmar nabila. boleh consider bertempat jugak la kan kita jadi rajin nih. hik.nak jugak~ haruslah kalian setuju..erm.

dengan keseronokan membuat karipap, walaupun kdg2 rasa mcm memaksa diri untuk mencapai target karipap hinggakan bukan jadi aktiviti masa lapang dah, siap masuk masa tidur dah kelim karipap punya cerita, tapi yang bestnya saya dah tak sempat untuk duduk sahaja dengan rasa kosong, tambahan lagi dengan plan bedah buku yang dirancang dengan kawan2. moga2 activiti2 seperti ni menyibukkan diri kami semua dari lagha dunia. aiseh. :)

Saya khabarkan pada mak, saya buat karipap sebab nak isi masa lapang. mak balas, baguslah belajar buat, nanti balik boleh buat lagi. oho, karipap di malaysia bukan pejam mata pun boleh hidu bau karipap mana2 aja kah? kihkih. bak kata kawan, at least ada juga skill buat karipap. :P

Angka karipap yang di'kelim mencecah ratusan sudah. alhamdulillah. Dan berjaya dibawa ke PERGH 3 di Southampton. alhamdulillah semua terjual. sempat lagi beri nama, "karipap pompey", 5biji satu pound. sempat jugak tu. moga Allah suburkan keikhlasan kami untuk berkebajikan. insyaAllah.

ktorg letak sweet potato as inti karipap, most people guna potatoes. it depends :)

Untuk makluman, saya first time belajar buat karipap di uk atas pemerhatian dan cubaan. so, bukanlah terlalu lambat untuk sesiapa mula belajar. seharusnya tiada istilah lambat dalam menuntut ilmu bukan. selamat mencuba. :)

2 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

i love karipap so much but kat sini x jumpe la plk karipap..jumpe samosa je..adik beradik karipap la..huhu

El-Azwar said...

oh really. kena belajar buat kot :)
saya reti makan samosa je, xtahu buat ^^