Sunday, May 22, 2011

Cabaran cursor



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, 


"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam keadaan susah payah" [Al-Balad:4]


Sementara tengah fresh lagi suara naqibah menjelaskan perihal ayat ni, haa! Manusia memang sejak mula lagi Allah ciptakan sentiasa bersama susah payah. penat lelah. perit getir. atau mana-mana ayat yang sewaktu dengannya. Dari kelahiran, bayi perlu menangis ntk activate paru-paru untuk mula bernafas, berusaha untuk adapt dengan susana, makan ikut mulut ketika sebelumnya makan melalui tali pusat. Kanak-kanak bersusah payah belajar berjalan sebelum berlari.. belajar mengenal dunia pun bukan senang kan. Jadi, apa pun bentuk perjuangan kita pasti disertai susah payah bukan. Dan perbezaannya, apakah tujuan susah payah yang kita lalui itu? Orang yang paling rugi ialah mereka yang berpenat lelah di dunia, kemudian di akhirat juga terpaksa berpenat lelah. nauzubillahminzalik. So, jangan cari sesuatu yang senang, tapi carilah sesuatu yang benar kerana susah atau senang tanggapan kita itu pasti mengundang kepayahan. Berlaburlah pada yang selayaknya.

Memetik dari kata-kata Syed Qutb: Orang yang berjuang untuk keluar dari lumpur tak akan sama dengan orang yang berjuang untuk terjun ke dalam lumpur. Kepuasan juga tidak sama. [lebih kurang ayatnya macam ni la]
http://www.smileycodes.info
Sedang asyik mengupas point-point penting dalam overall reflective journal yang bakal menemui tarikh tammatnya 25hb ni, dan selepas itu berakhirlah kerja-kerja Susan Gibbs! Yay! Opps..belum siap lagi. hold..hold.. tiba-tiba..saya rindu biology! Lantas dengan begitu pantas jemari merempuh cursor dibawa ke kotak browser dan menaip 'anatomy of plant cell'. Ya Allah...bestnya belajar Bio nih! Saya rindu nak melukis macam dulu, since I am visual learner[ ehem, ye kot], jadi saya suka menterjemahkan bacaan ke bentuk gambar. hihi~


Siapa tak pernah lukis nih? hihi~




dan yang paling famous!



Tapi lamunan terhenti disitu. 

wake up! 


Hakikatnya, saya harus bermain dengan rajah berbentuk lain. sentence structure, word order, and... etc Interesting juga sebenarnya, cuma perlukan kesabaran yang lebih. Cuba tengok contoh assignment yang baru sahaja dihantar dua tiga hari lepas! 

Language & Text : Foreign Language Syntax



Tapi bila masuk bab lukis trees ni.... 
gear kesabaran perlu ditambah lagi.


Buat satu ok lagi....bayangkan kena buat 6.... disamping explanation yang haru saya terpaksa fikir iaitu tentang perbandingan Turkish Language and English. Luckily, rujukan Turkish ni banyak... well, dunia di hujung jari. alhamdulillah :)


setiap kali moving to another page, mesti akan lari2 line yang saya lukis tu..
Fuh!

Barangsiapa yang start buat task ni lambat, azablah baginya untuk menyiapkan dalam tempoh yang singkat! Seperti yang saya lalui. hihi~

Alhamdulillah.. dah hantar pun! 

Kenyataan yang harus ditelan, saya mungkin akan melaluinya lagi.... 
It's ok..it's alright..kepayahan mana yang Allah beri tak mampu ditanggung? 

Saya kadangkala gagal menyusun ketamaan, maka akhirnya bergelumang dengan timbunan kerja yang menggunung. hii~ People would say, it's a nature of students to be in workloads. Tapi kan..dari pengamatan saya selama ni, masa-masa yang saya gunakan bukanlah sepenuhnya digunakan dengan betul. Andai kata saya bakalan menyesal dengan masa yang dibuang tanpa berbuat apa-apa, atau masa saya digunakan dengan hal yang tidak berapa best atau bahasa mudah 'lagho'....baik saya isi dengan kerja2 yang saya fikir mampu mengisi rohani saya yang kering kontang ni. dan yang paling penting, kemana sumbangannya. kan? Tapi, sesiapa yang berjaya mengisi dengan menyiapkan kerja-kerja sekolah, ditambah pula menguruskan kerja-kerja untuk agama Allah, tak pula mengabaikan masanya dengan sahabat-sahabat, itu adalah yang terbaik. Bijak..bijak.. tapi saya tak cakap cara yang lain tak bijak. hii~ never disappointing! Semoga mereka yang bekerja untuk Allah, akan memperoleh ganjaran keberkatan masa dalam kehidupannya, kefahaman yang mendalam dalam ilmu yang dipelajarinya, dan petunjuk yang benar dariNya. aamin~ ketaq pulak fikir result... Mula-mula tak pernah fikir..tapi lepas call ayah semalam, ayah tanya "Bila boleh tahu result?" Gulp!

Ahaaa! Mari share ayat semalam : 

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya" [al-Insyiqaq: 6]





Enhanced by Zemanta

No comments: