Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
"Saya teringin nak ambil second degree in psychology".
"Akak rasa awak sesuai"
"Hee..tapi ehmm"
Dalam diri berbisik, saya mahu jadi pendengar yang baik untuk semua orang. Jika itu mampu membuatkan mereka sedikit terubat. Tapi, bukan senang..bukan semua orang boleh mendengar. Ini satu langkah mengasah kualiti 'sensing'. Saya sedar fitrah seorang wanita perlukan pendengar. Bagaimana ya nak jelaskan bahawa seorang wanita itu sifatnya meluahkan. Fahamilah bahawa kata-kata seorang wanita ketika sedihnya, ketika marahnya, ketika runsingnya bukanlah satu dalil.. tapi satu curahan demi sedikit keredaan. Dengarlah luahan mereka..
Astagfirullahal'azim. Mendengar bait-bait ayat kisah dugaan yang ditanggungmu buat kami turut merasai sedikit bebanan ujian Allah itu. Besarnya ujian buatmu.. but Allah never give something you cannot bear. stand strong my dear.
Astagfirullahal'azim. Mendengar bait-bait ayat kisah dugaan yang ditanggungmu buat kami turut merasai sedikit bebanan ujian Allah itu. Besarnya ujian buatmu.. but Allah never give something you cannot bear. stand strong my dear.
"Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati"
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati"
Sedihnya dengar lagu ni, Ya Allah..ringankanlah bebanan hati mereka, kuatkanlah mereka dalam melangkah ke depan, jangan biarkan kami berhenti di pertengahan jalan. Kadangkala kita terlalu berfikir tentang ujian-ujian Allah yang kita tanggung, sampai kita terlupa begitu luas nikmat Allah yang lain yang terhijab dari pandangan kita. Sahabat, buka hati, buka minda, buka mata..pasti jelas kebesaran Allah untuk makhluknya. Allah beri kita ujian perasaan, Allah tarik seseorang dari hidup kita..tapi Allah ganti dengan yang lebih baik bukan. Carilah,.kita pasti temui. Allah pernah beri kerunsingan dalam membawa Islam, tapi Allah sudah membuka jalan-jalan yang lebih baik. Allah mungkin takdirkan seseorang itu bukan untuk kita di dunia, tapi yakinlah aturan Allah itu tiada cacat celanya, tiada kurang pada mana-mana.
Bersabarlah, kerana sabar itu tugas seorang mukmin. Allah pasti akan memberi bantuan pada hambanya yang bersabar. Allah bersama hambanya yang sabar. Tak percaya tengok firman Allah dalam al-anfal:
"Sekarang Allah sudah meringankan kamu kerana Dia mengetahui bahawa ada kelemahan padamu. Maka jika ada diantara kamu, ada seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh, dan jika diantara kamu ada seribu orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Allah berserta orang-orang yang sabar" (al-Anfal:66)
Apabila kita mengkaji sejarah, jelaslah..kesabaran, ketakwaan kepada Allah sumber kemenangan Islam. Lihat balik berapa siri peperangan yang menguji kesabaran orang mukmin? Berapa banyak peperangan yang menggariskan bilangan tak menjamin kemenangan tentera Islam. Tapi Allah gariskan sifat sabar dan keyakinan dengan bantuan Allah. Janganlah kita berterusan bersedih atas sesuatu kehilangan, kekurangan yang kita miliki. Yakinlah semua itu punyai hikmah dan aturan yang cantik dari Allah. Wallahu'alam.
Diri ini pernah jatuh tersungkur, malu pada Allah kerana pernah menangisi dugaan yang hikmahnya amatlah besar terhadap pembentukan peribadi akhirnya. Jika Allah tak beri ujian itu, mungkin saya masih di takok lama dengan persepsi ortodok dan mungkin sentiasa menyalahkan dan berputus asa dengan nikmat Allah.
Sujud dan bersyukurlah.
Bak kata matluthfi:
"Mengapa tayang kisah cinta terhalang, bila rahmat Tuhan tebar melayang"
Ya Allah, aku tahu pasti adanya hikmah pada ujian yang Kau beri pada kami. Aku mohon Engkau berikan pengakhiran yang baik kepada kami. Aku mohon padaMu Maha Pengasih, berikanlah kami ketenangan dalam mengharungi kehidupan serta keikhlasan atas taqdirMu. Aku meminta padaMu Maha Penyayang, kurniakanlah kami pasangan yang baik menurutMu juga bentuklah kami menjadi isteri-isteri yang solehah yang menyejukkan pandangan. Redhailah pelayaran kehidupan kami sesuai dengan kehendakMu. kurniakanlah kami sebuah keluarga yang mawaddah, sakinah, dan penuh rahmah. Kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh yang meletakkan Allah, Rasul dan al-Quran di dalam jiwanya. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bersyukur serta ikhlas menerima ketentuanMu. aamin ya Rabbal'alamiin.

No comments:
Post a Comment