Sunday, June 26, 2011

Cinta Terakhir Bukan Di Sini

Astagfirullahal'azim..
Benarlah orang kata, nikmat yang ada tak akan terasa selagi mana ia tak hilang dari depan mata. Nauzubillahiminzalik. Janganlah kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur. Saya tulis ni bukan sebab saya baru kehilangan apa-apa. Tetapi saya tak nafikan rasa kehilangan tu sentiasa ada. Saya tak tahu nak mula macam mana. Tapi rasa terpanggil nak berceloteh pasal perkara ni. Umur dah 21 ke baru 21tahun? Bagi yang rasa baru 21 tahun, akan lebih relax kot..terasa macam panjang lagi kehidupan nak dilalui. Tetapi, bagi mereka yang merasakan sudah 21tahun, pasti akan terasa seperti 21 tahun sudah dibazirkan usia yang Allah beri, apa yang dah saya lakukan sepanjang usia tu?  Saya nampak umor 21 ni sebagai ticket mengundi aja, tapi orang lain mungkin nampak sebagai usia yang patut diakhiri status bujangnya. haaa, betul lah ni kan! Tak sungguh saya tak kata :)

See, saya nak cakap pasal jodoh ni. =.=

Cinta Terakhir Bukan Di Sini?

Kenapa bukan di sini? apa yang cuba saya sampaikan sebenarnya ialah tentang expectation kita terhadap sesuatu yang indah. Dalam kontek kehidupan dunia, saya rasa kebahagiaan yang kita idamkan itu bukanlah ketika berakhirnya akad. Malahan, sesebuah perkahwinan itu besaaaaarrr mehnahnya. Jadi, selayaknya cinta Allah itu diraih dan cintaNya itu puncak kegembiraannya bukan di sini. Percaya atau tidak, all in all manusia akan sedar cinta Allah sahaja yang kita mahukan dan cinta Allah adalah formula kebahagiaan. Sukar nak percaya bila tak laluinya sendiri kan. Belajarlah dari kesilapan lalu, dah puluhan kali belajar dari kesilapan orang lain. Dan pastinya saya sendiri akan terasa loser apabila mengenangkan kisah lalu, lemahnya..tapi siapa tiada kisah hitam pekat jahiliah yang menjadi sesalan? Oh, nak tulis pun teragak-agak. Yang pastinya tiada manusia yang 'jahat' yang tiada masa depan, dan tiada juga manusia baik yang tiada masa lampau. Siapa pun kita pada masa lalu, itu tak menghalang perubahan kita pada masa sekarang. Terseyum sekejap. Sesiapa pun yang ingin menjadi teman hidupmu, maka dia perlu menerima masa lampaumu jua. Betul kan? 

Jahiliah tu umpama kereta yang rosak di tengah jalan, sebelum meneruskan perjalanan yang panjang baikilah ia dengan sebaiknya agar perjalanan kita lancar dan tenang.

Saya pun tak pasti kenapa tulis entry ni. Dulunya macam malas nak cakap-cakap lagi. Tapi tipulah, mana boleh stop bercakap tentang fitrah. Bukan sekali mendengar kisah mereka yang patah hati, ya Allah sedihnya. Saya yang dikatakan kurang sensing ni pun rasa tercarik-carik jiwa [mak ai ayat jiwang giga] Tapi betul, sangat terasa. Dalam hati, mereka merancang, Allah juga merancang, dan ternyata perancangan Allah lebih baik, jangan pula putus harap pada pergantungan Allah. Tahu tak macam mana perasaan patah hati begitu?bagai lemah lutut dengan jantung rasa nak meletup, ditambah dengan nafas bagai disekat, air mata tak usah cakap la kan..mencerun bagai waterfall. Masa tu, fikiran logik dah tak mainkan peranan lagi, bertarung dengan perasaan sendiri. Apa puncanya?




Saya tak tahulah, kadang-kadang bila bertanya, kriteria pilihan yang bagaimana mereka mahukan, rupa tetap jadi ukuran, and for sure 'agama' mestilah ciri utama. Ayat lazim "Sedap mata memandang, boleh jadi imam" Ehm.. Tapi, apa yang saya percaya, in order to have one, you need to sacrifice one. That's my perception about this. Maksud saya, antara rupa dan peribadi yang baik you need to choose one. Sekarang kita tolak calon-calon seperti finalis imam muda yang memiliki kedua-dua kriteria tersebut [haisss. kenapa saya sebut imam muda ni?] No..no..jangan skeptik. Itu contoh terdekat. saya baru tengok IM sejak di Malaysia, masa kat UK tak ikut pun, tak kenal pun. tapi tahu lah salah seorang IM tu abang kepada sister di London. Terlajak pulak.... Ni saya cuba kaitkan dengan realiti situasi muslimat-muslimat seangkatan dengan saya yang bukan mengambil jurusan agama, bukan juga jenis berpurdah dan berjubah labuh dalam masyarakat yang pastinya mereka-mereka ini idaman jejaka malaya seperti imam muda tadi. Terbatuk-batuk pun, itu memang realiti. yang baik untuk yang baik..

Nak tanya saya yang serba kekurangan ini lagi lah jauh terasa kerdilnya. Tak dapat tidak, saya juga manusia yang berfikir. Jadi, cukuplah bagiku seorang yang agamanya terjaga, Jika tidak, cukup juga bagiku seorang yang mahu memperbaiki agamanya, Jika tidak, cukup juga bagiku seorang yang ada sesalan atas kisah lampaunya. Kalau tak pernah jadi imam sebelumnya, cuba-cubalah jadi imam buat isterinya. Kalau belum lancar bacaan al-Qurannya, kita belajar sama-sama. Kalau belum pernah memberi tazkirah di umum, cukuplah sekadar nasihat setiap selepas solat. Jika tidak mampu menenangkan hati yang gusar, cukuplah sekadar senyuman sebagai ubat. Saya yang perasan realistik ni, seakan-akan cuba menafsir situasi yang pada saya memang ia begitu. Kalian, sedarkah nisbah lelaki dan perempuan berapa? Cuba kecilkan scope, cuba kira pula nisbah lelaki yang meletakkan dirinya dalam Islam sepenuhnya, berapa ramai dibandingkan dengan perempuan? Kecilkan lagi nisbah bakal zauj kalian seperti apa? pastinya lambakan muslimat yang ada kini lebih besar jumlahnya, tak dinafikan jodoh-jodoh kita nanti bakalan ada yang bukan dari kumpulan sasaran. Apa pun juga segalanya ketentuan Allah.. Tipulah siapa yang tidak mahu yang terbaik, tetapi ini hakikat yang harus ditelan..

Lihatlah berapa ramai wanita sebagai mangsa lelaki. Sedangkan wanita itu cukup baik peribadinya, indah pekertinya, elok agamanya. tapi masih lagi diperlakukan seperti hamba oleh si suami, Adakah perempuan-perempuan itu tidak menginginkan seorang suami yang baik? adakah doa si isteri tidak dimakbulkan Allah? Tidak sama sekali tidak. Jika Allah menginginkan, siapa yang boleh menghalang? Jadi, dunia ini juga medan ujian buat isteri-isteri yang baik. Isteri-isteri yang baik bukan sahaja dimiliki oleh suami-suami yang baik, turut menjadi dampingan mereka yang kurang agamanya, akhlaknya, dan pelbagai aspek lain. Percayalah, situasi ini berlaku. Nauzubillahiminzalik. Benar, suami yang soleh adalah hadiah di dunia yang amat bernilai tapi mutiara-mutiara seperti itu bukanlah untuk semua bakal-bakal zaujah sekalian. Pasti ada yang diuji....

Yang belum diikat pun besar ujian yang dilalui..



Lagu kat atas ni saya tak pasti menepati tema atau tak. Bukan ke maksudnya lebih kurang macam apa pun ketentuan Allah jugalah laluan kita. Jadi macam mana boleh tersalah arah, ke salah timing? Patah tumbuh hilang berganti. cewah.. Tapi harus tahu juga ketepatan masa untuk bermula. Saya mengaku umur 21 bukan usia yang tepat bagi saya berfikir lebih-lebih tentang mendirikan baitul muslim, tapi berfikir lebih tentang persiapan diri sebelum itu. Jadi, carilah perkara lain yang boleh mengisi ruang-ruang masa dan minda untuk masa ini sesuai dengan usia ini dan kelompongan yang ada. Banyak sangat lah. Cuba fikir..fikir betul-betul. Tapi, saya tak nafikan usia sebegini juga buat sebahagian antara kita yang sudah tercari-cari, sudah gusar dengan status single. Tak salah, tapi mungkin caranya salah kot. Bagaimana dengan doa dan istikarah kita? Ilmu tentang tanggunjawab isteri sahaja belum cukup, bagaimana dengan communication skills? Cooking skills? Belum ditanya tentang hukum agama lagi. Bersepah tak tahu. Berapa tempoh iddah seorang isteri mengikut keadaan2 tertentu? Apa perbezaan mandi wajib bagi mengangkat hadas besar untuk dua situasi haid dan junub? Haaa. tudiaa, sila jawab. Kita bukan sahaja nak jadi seorang isteri tapi bakal seorang ibu kepada anak-anak juga, bakal individu dalam masyarakat, bakal pendidik bagi generasi masa depan. tudiaa.  mari lengkapkan diri dari segala aspek..  

Jika semua berlaku dengan baik, Insya'Allah akan tiba juga masanya nanti. Fikir lebih-lebih pun sekarang dalam tempoh terdekat bukan kita nak tie the knot lagi kan? Cukuplah pengisian baitul muslim setiap bulan dari para ustaz, isi jiwa dengan santapan rohani, perbaiki diri, tambah ilmu..ada baiknya untuk persiapan kita daripada resah gelisah yang dinginkan tak kunjung tiba. tambah payah lagi, bila kita hanya mengharap pasangan yang serba tahu. kalau dapat yang serba tak tahu. hurm. payah la macam tu. 


Saya akui turut menasihati diri sendir dalam soal ini.


Saya rasa saya sudah 'cakap kemaih' . Arrr . Maafkan saya!  Saya rasa saya cuba tenangkan diri sendiri dengan leteran sebegini. Apakah yang sudah saya bebelkan di atas?  Saya muak.... 
Akmar! Jangan bicara soal jodoh, itu kerja Allah kan.... sobs. Fikir benda lain. Urgh!

Sekian sembang pagi..

Wallhu'alam





4 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

jangan risau ketentuan Allah ya ukhti..24:26
sesungguhnya pena telah diangkat dan dakwat telah kering..yakinlah akan ketentuan Allah..:)

El-Azwar said...

thanks for the inspiring thought ya akh :)
insy'Allah. bukan risau, dirisaukan oleh sekeliling ^^

selipar biru said...

seronoknyaaa akmar dn family ^-^
a ah akmar jgn risau..hehe
satu pergi sepuluh mai

El-Azwar said...

alhamdulillah :)

hehe.. x risau pun. sepuluh mai?? yang benar2 berlaku adalah sebaliknya aina. haha