The past doesn't have to define our future, it is simply tells others where we have been. Now, we are telling others where are we going... The future is listening...do not worry because our past can't see us.
Orang kata, mereka yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal.... Srooot..Srooot.. Sambil menyedut Solivite, minuman susu kultur perisa asli, otak mencari-cari idea yang nak dikongsi. Tahukah anda minuman kultur yang saya minum ini mengandungi Lactobacillus Acidophilus? It's a friendly bacteria, good for our digestion. Kultur hidup dan active!
Atoiyaii...masuk kelas Bio la pulak :P Banyak perkara saya nak cerita..saya takot nanti saya dapat emnesia dan lupa semua tu. nauzubillahiminzalik. at least korang boleh ceritakan balik nanti.. hikhik
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al-Qur`an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhan-nya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.” (Az-Zumar: 23)
Bertukar!
Ini Amelia Akmar. Pemilik Cintaku selepas Allah, Rasul, Mak, Ayah, Abang... haaaa! Jauhnya engkau di sudut hatiku. hik~ Empat hari Amelia balik cuti sempena Israk Mikraj. Dari hari pertama sampai ke hari ke-4, penuh aja activiti kami bersama. Semua saya buat dengan dia. Oh, seronoknya! Alhamdulillah, ada juga teman nak merapu merepek. Tahu kan, saya akan rasa lebih sihat kalau dapat bercakap. It sounds funny, but it's true.
29 & 30th June 2011
Balik kampung tangkap gambar flora
Tahu kan macam mana perasaan balik kampung? hihi~ Tapi ni lain sikit sebab saya balik berdua saja dengan Amelia. Dengan pemanduan sederhana, kali ni Amelia tak kata pulak saya bawak slow. Saya ada tanya, "nak try drive tak?" Nasib baik, she replied no. hehehe. Oh, bercakap pasal kenapa nak sangat balik kampung, sebabnya nak cari ilham menarik untuk projek seni Amelia. Beliau kena tangkap gambar-gambar yang menepati ciri-ciri yang diminta. Ahhh, kenapa saya tak pernah dapat projek best macam tu? Best kan. Sebab saya akhirnya ditakdirkan untuk tolong adik sendiri buat projek tu. yeehaa! Akan lebih best jikalau ditemani Nikon D9000. err..ada ka model tu? kiki~ Takpa2, smart phone pun berguna jika tahu guna. Tapinyaaaa.. tahukah kami? we'll see
Projek Seni Amelia
Saya ingat nak cari kumbang ke belalang ke jadi model kayu reput ni, tapi entah ke mana semua serangga kecil tu menghilang. Kumbang keluar cari rezeki mungkin :)
Cubaan nak wujudkan imej blur dari belakang. Tak berapa menjadi sangat nampaknya. Salahkan siapa? salahkan tangan yang mengambilnya. -akmarsnap- Nampak tak kisah sabut kelapa kat gambar atas ni? hee, sabut ni banyak gunanya, bila diperlukan kadang-kadang susah nak cari. Time BBQ class hari tu, saya terbayang sabut. Tapi masa tu senang pulak dyeorang hidupkan api tanpa sabut. aiseh..terer2.
Ini macam jadi sikit, tapi tak tahulah apa komen pengkritik. cewah! Saya suka imej batang kayu tu. Cantik! Subhanallah. Saya mungkin tak perlukan dslr nak sedapkan hati, ini dah cukup indah. Bak kata abang, dslr tu besaq, nanti orang curi. :P
Atap zink. Pernah tak merindui bunyi titisan air hujan menghempap atap zink ni? Tambah-tambah kalau di UK, mana dapat dengar bunyi ni. Kat Malaysia pun jarang-jarang kan. Bunyi tu nostalgik, sedap didengar.
Saya nak share semua gambar, tapi kerenah internet dan kesabaran saya terbatas di sini. Jadi masa saya juga terbatas nak upload semua. Takpalah...
Pusat Dakwah
Dari pagi sampai la masa yang sepatutnya bertolak ke Alor Star, saya kaget melayan printer. Bermasalah pulak, ink dah baru tukar. Oh, sukarnya! Ini la..pagi nak keluar baru nak print. Marahkan diri sendiri sampai stress. Print kat kedai ajalah! Dalam hati serba salah, mak dah belikan ink. Ikut jadual kena sampai pukul 12, jam dah ligat menjangkau 11.30. Keluar tanpa menjamah roti canai..otak nak cepat sampai aja. Seperti selalu, perangai saya yang tak dapat control stress macam ni la yang saya geram. Astagfirullahal'azim, sebelum bertolak, saya cuba clearkan kepala. Niat baik tak boleh dikotori dengan mood macam tu. Printer tu makhluk Allah juga kan... Adik kat sebelah melayan aja ngomelan saya. Kisah berkejaran dari kedai printing ke kedai photocopy saya simpan dalam memory, kalian rasanya boleh imagine how clumsy I am.
Selepas urusan selesai, separuh selesai kut, solat zohor berjemaah, kemudian tabir dibuka. "Eh, ada DJ Radio Malaysia Kedah? Oh, ada penceramah jemputan". Kenapa saya buat dialogue ni. aish~ Ustaz Ahmad Fawwaz dijemput untuk Ceramah sempena Israk dan Mikraj di Pusat Dakwah. Bertuahnya dapat join. Ustaz bercerita tentang Solat dan Implikasinya dalam kehidupan. Solat itu satu bentuk penyembahan kepada Allah. Apabila solat berjemaah, itu melambangkan penyatuan, kiranya ahli jemaah dalam solat seperti rakan kongsi kita dalam penyembahan. :)
Hujan lebat GIGA! Tiga ke empat orang sisters yang datang dari mana entah singgah Pusat Dakwah dalam keadaan basah kuyup. It's no jokes! Amelia dan saya termagu di atas anak tangga cubaan menunggu hujan berhenti. Tapi lebih 10 minit kot menunggu... ah, amelia ajak lari ke kereta, katanya takdalah jauh sangat. Saya ikut, walaupun teragak-agak.. Tak sampai separuh jalan, saya dah rasa air hujan melekat kat kulit, singgah di gerai..pandang depan nampak kereta jauh lagi! Mak aii...ottokei?! Takkan nak patah balik, adik yg menjual kat gerai tersengih-sengih.. Malu dah tak terkira hasta dah ni. Redah ajelah!
Saya membebel, "Jangan berangan nak ajak kakak shopping dalam keadaan basah macam ni" . Amelia gelak tak habes lagi.. Selepas mengelap muka yang lencun, baju dan kain dibiarkan lembab..memang dah tak dapat diselamatkan. Cermin depan berkabus, Amelia tolong lap..dia bukak aircond full, kemudian sikit-sikit keadaan reda. Saya slower the speed. Drive menentang arus hujan agak menakutkan. Cahaya lampu dari kereta lain membantu pengenalpastian kenderaan yang bergerak, memang tak banyak kereta time hujan cenggitu. Pandangan kurang jelas.. ditambah pula aircond yang kuat dipasang. Kami berdua asyik menggeletar kesejukan.. kononnya nak cepat keringkan baju.
Giant
Bebelan tadi saya lupakan, hati terasa nak minum hot chocolate. "Adik, jomlah singgah Giant." Basah pun takpa. Sambil beratur nak order di A&W, hot choc tak ada..ganti hot Milo. Layaaan ajelah :) Amelia order fish&chips & Smiley fries. Sembang sakan..macam2 dibualkan. Itu, saya simpan dalam hati.
Bakul dirangkul, jom shopping! ^__^V
1st July 2011
Danok. Klong Ngae. Sadao , Thailand.
Ni mesti la dgn famili, but minus big bro. Breakfast di Danoq, ayah bawa ke Klong Ngae jumpa saudara jauh. Sepupu Tok Wan Chik. Isteri beliau sahaja yang ada di rumah, and she cannot speak Malay. Luckily, ayah expert in Thai Language. Fuh, macam makan kacang! Saya tahu sengih dan angguk bila patut. Time tu juga la saya nak study salasilah famili. Amelia nak beli jersey untuk team Redax beliau. Sepuluh kali lebih murah dari harga di al-Ikhsan. I'm not kidding! I'm not kidding! I did the choosing, smart and simple :) ...and let the pictures explain the rest.
Sila cari benda tersembunyi :)
Mak dah hampir tenggelam dengan warna-warni baju-baju lain.
Saya tak sangka Amelia ambil pedang tu dan buka sarungnya.
"Ohmo, jangan! Letak balik!"
"Ohmo, jangan! Letak balik!"
Mak masih bersemangat melihat skirt..
Am I a boring shopping partner? I know why..because I don't have anything to buy.. when I know they're also have nothing too, I started having no interest. We need target to get moving!
Saya cakap macam tu selepas dah borong skirt, seluar dan baju. hihihi~
Masih mampu berjalan. Saya time ni tertenggek kat mana entah. Eh, saya amik gambar la..haiss
Time ni dah rasa penat....
Waegurae??
Srooot..srooot. Kelegaan, say alhamdulillah :)
Gajah!
anak gajah. perasan tak tuan gajah tu macam hero cerita Ong Bak? ada iras kan. hoho
dia makan tebu.. err. gajah tu yang makan tebu
nampak cute pulak gajah ni.. ya Allah, comel!
dia nak lagi..eh, dia tahu ada lagi tebu
I touched his hair!!
walaupun mulanya, nampak gajah rasa takot kena pijak..tapi lepas tengok dia lama-lama nampak comel pulak. Mana ada ciptaan Allah yang cacat.. Hilang terus rasa penat tadi. Alhamdulillah :)
“Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya.” (As-Sajadah: 7)
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya).” (Al-Hijr: 16)

2 comments:
comella..haha..bestnya..spend time dgn family mcam tue. tgok gajah tu tringat kisah tentera bergajah Abrahah..surah Al-fil..tak sabar bertemu kalian!=)
alhamdulillah. sejak start cuti xdpt lg gath semua skali, mesti ada sorang absent. hihi~ later come your turn, don't worry. Kisah tentera bergajah Abrahah tumpas dengan bantuan Allah, maasyaAllah :) same goes here! ^^
Post a Comment