"Boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untukmu. Allah lebih mengetahui"
Sambil-sambil menggigit Butterscotch yang tinggal sekali kunyahan aja lagi..jari jemari kemaruk nak menaip. Tak tahu lagi motif sebenar. Titik. Fikir. Buka email lah. Baca dan reply apa yang patut. Moving to another email account, 'akmardahujjatul'. Soroti pula email dari adik-adik yang bakal fly. Lama-kelamaan baru tersedar diri tersengih membaca replied emails satu persatu. Kak Akma ni tak tahu nak reply pakai bahasa apa. Bahasa perasaan edisi yang macam mana ya? Berapa degree sastera Melayu nak kena letak? Nantilah ye Kak Akma balas.. Perasaan ni lain. Ayat korang boleh buat Kak Akma ni terduduk sebab tersentuh. Sayangnya dekat korang semua walaupun kita tak kenal rupa masing-masing, tinggi ke rendah, berkenalan dari email. MasyaAllah. Indahnya Ukhwah kerana Allah :) Oleh sebab tak dapat nak bayangkan korang semua macam mana. Boleh kot bayangkan baby yang comel! Sayang sampai nak pengsan ni haa.. teehee! Karang ayat untuk korang mengalahkan surat cinta. teringat Abbas Assisi, menggunakan penulisan surat kepada orang lain sebagai salah satu medium dakwah. Indahnya bercinta dengan adik-adik :)
Mengubah topik luahan. Saya menulis bukan kerna nama. Cewah! Betul ni, bukan nak sangat orang baca. Tak kisah pun. Tapi, blogging cara saya express atau kongsikan idea atau pengalaman. Jadi, tak dinafikan penulisan saya kadangkala bersifat keterlaluan atau peliks. Lazimnya, bila saya cuba sembunyikan rasa geram degan hal-hal tertentu, mesti cari bacaan lain. Dengan harapan tak akan difikir-fikir lagi, malam-malam macam ni memang kebiasaan lepak di blog, group-group perbincangan dan page-page tertentu walaupun tugasan yang ada tu boleh kata ada ja kena buat. Tapi jari dah tak menahan nak express jugak. Ambil masa bancuh air, cari mood nak clearkan kepala yang kononnya kusut. Gulp! Gulp! Alhamdulillah, tekak segar balik. Orang patutnya pergi solat ke pegang tafsir kan. Ini tak.. Suka nak melayan emosi serba tak kena ni. :P Cubaan demi cubaan melontarkan rasa geram ni sebenarnya tersimpan aja kat draft post, macam mana tak tahu lah boleh came out dengan 'Nothingness'..tetiba rasa sengal leher. adoi
Situasi kegemaran saya yang suka baca komen-komen orang bila melewati mana-mana page bukan sangkalan lagi, kononnya dengan itu saya belajar individu seperti apakah kalian dalam aspek melontarkan pandangan. Sepertinya tabiat ni tidak berapa sihat, boleh buat si pembaca tegang bila berdepan dengan penulisan yang penuh kontroversi. Jarang sekali saya nak masuk campur walaupun memberontak ya amat nak menyelit sama. Kalian mesti ada banyak group join kan, setiap kali orang post anything about everything, pasti kadang kala nak bukak baca kan. Haaa! time tu lah kerja dan mood saya teruji. Ujian mengawal perasaan. Tapinya, tak pernah terfikir pulak kalau ada orang usha-usha cara saya komen, mestilah penuh dengan 'keterujaan yang melampau' dan berbaur gurauan dan sarcasm kan. Kebanyakannya tak lari jauh pun komen sendiri. Fikir jugak siapa akan baca nanti. Saya sejujurnya kurang senang dengan individu yang memihak dan berpihak pada sebelah pihak sahaja. ayat apekah ini? *tercari-cari klausa kata yang betul* Bila sampai pada komen berapi-api. Kenapa nak beremosi sangat ni? Sampai buat saya yang baca ter'emosi sekali. Rasa nak gigit sorang-sorang. Relax lah. Ish! [Ini emosi terlampau la ni]
Bacalah dari sudut banyak pihak, jangan judgemental terlebih. Jangan judgemental langsung lah. boleh ke? Yang saya buat ni apa pulak? *Astagfirullahal'azim* Jangan cepat melatah, kalau kalian rasa apa sesetengah pihak lakukan tak betul. Tak perlu la meluru membantah, lihat alasan dan hujah mereka. Kadangkala kalian mungkin terasa satu pihak tu ada alasan yang benar, mana tahu sebelah pihak lagi lebih jelas hujah dan natijahnya. Ambil tahu alasan masing-masing, dari situ banyak ilmu yang kita belajar nanti, takdalah menyorak memekak dengan hujah berpihak dan tak memiliki sensitiviti. Adakah emosi saya ini sebab saya bersifat memihak pada satu pihak? Could be.
Aku menulis bukan kerna nama....

2 comments:
melontarkan pandangan tidak salah tetapi menghukum sesuatu perkara bukanlah sikap yang baik..tetapi pandangan yang dilontar biarlah berasas (berdasarkan dalil dan fakta)..wallahualam.
Indeed. Thank you Nazrul. Fakta dan dalil pun xboleh simply pick and match aja kan. Takut jadi golongan yang mepermain-mainkan ayat2 Allah :)
Post a Comment