Wallahua'lam. Allah jualah lebih mengetahui corak kehidupan kelak, meskipun kita yang menentukan dan mengikhtiarkannya.. Gerun mendengar perkataan 'futur' ni. Nauzubillahiminzalik. Pencarian erti hidup jikalau boleh saya mahu sentiasa dalam mode 'ongoing'.. Melihat kepada istilah 'ongoing' ini, jika diteliti dari kata sifatnya bermaksud 'continually moving forward' atau bahasa simplenya 'developing'. Haaa, baru saya akan sentiasa rasa mahu tahu. Dunia sekarang ni macam-macam berlaku, bukan setakat perlu tahu, kena mahu tahu lebih lagi. Tak boleh ingat diri sendiri sahaja betul, moga dengan itu terbentuklah sifat keterbukaan dan ikhlas menerima dari orang lain. Yang kurang 'Sensing' macam saya memang kena study betul2 Ilmu ni :P
Adakah lembu ni blur?
Saya pun blur dengan matlamat mencurah isi kepala di blog malam ni. Betul kata sahabat saya, 'Hati wanita ni di bibir' Kes saya kiranya '..di blog' lah. Memang rasa nak kosongkan kepala. Indeed true, 'Men think before they talk, but Women talk to clear their head'. Sampai kena revise balik syllabus dari John Gray tu.
Ketuk minda, ingatkan berkali-kali, mungkin tiada lagi hari esok untuk kita. Mungkin tiada lagi kesempatan mencari ilmu, mungkin kali ini sahaja kita berpeluang menyumbang, mungkin kali ini sahaja peluang bergerak pantas mengejar itu ini. Kalau hari ini boleh berada di tiga tempat dalam sehari, ada juga kemungkinan, hari esok dan selebihnya Allah taqdirkan kita hanya berada di satu tempat sahaja. Mungkin nanti, nikmat masa itu ditarik. Semua jadi tak sempat. Allah berkuasa ke atas setiap sesuatu dan Dia lebih mengetahui. Gunakan kesempatan yang masih ada. AllahuAllah.. Jadikan kami hambaMu yang bersyukur.
Takut giga kan berfikir macam ni? Tapi ini salah satu catalyst yang mampu membuat saya bergerak. Iaitu kotak fikiran selalu bermain dengan kemungkinan. 'Mungkin lepas ni saya tak dapat buat dah'. Takut pun takut jugak, jangan disebabkan takut sampai tak buat terus. Kadang kala ada baiknya sikap tak tahu menolak ni, sikap tak reti nak cari alasan yang menghampakan pihak lain. Mesti ada sesetengah dari kita yang pernah alami, bak kata sastera Melayu, 'ditelan mati mak, diluah mati bapak', dan bahasa mudahnya serba salah. Insya'Allah, lama-kelamaan, bila diri diasuh dengan keadaan, pasti menemui keserasian.
Allah tak akan mengubah nasib saya, kalau bukan saya sendiri yang mengubahnya. Bila nak ubah ni??? Sikap buruk saya yang cuba dibanteras ialah bilamana saya berdepan dengan ketidakfahaman ilmu agama, saya selalu meletakkan kepercayaan kepada bakal zauj. Mengharapkan bulan jatuh ke riba, mengharapkan suami yang serba tahu. 'Takpa nanti suami boleh ajarkan'. Ada sesiapa nak tolong tampar? :P Mode jeles bila masuk group 'Usrah Keluarga', depa belajar macam mana berusrah dengan anak-anak. Ish! Jelesnyaaa.. T.T
Ketuk lagi sekali, ingatkan diri sendiri yang 'Allah beri apa yang kita perlukan, bukan semua yang kita mahukan'. All in all, manusia harus tahu..kita hanya mengejar mati yang sempurna. iaitu Syahid. Ada perkara best untuk dijadikan ikutan, bila ditanya kepada tokoh yang tersohor dan dihormati 'Apa yang membuatkan mereka berdisiplin dan terus bekerja dalam jalan dakwah?' .......... jawapannya 'MATI'. Kita hanya mengejar perhentian yang terdiri daripada salah satu taman-taman syurga.
Malam ni saya tidur di kamar sendirian, tidak seperti malam-malam sebelum ni tidur bersama rakyat jelata iaitu sepupu-sepapat yang maha ramai, hampir sepuluh orang aje pon, kecik-kecik pulak tu. Layan kerenah rakyat jelata makan, tengok rakyat jelata mandi..lebih tepat main air dan sabun lah. ^^ Harap ada hari esok untuk kita jumpa lagi :) Oh, esok kena print buku program, beli air mineral dan roti. kemudian balik kampung jumpa nenek!! Ayuh dapatkan tidur yang berkualiti sekarang :)
Pesanan terakhir : Adik saya pesan, kena selalu hadiahkan al-Fatihah pada bakal zauj, moga Allah hadiahkan yang baik. Oh, sweetnya tip ni. Ikut jangan tak ikut **Blushing la pulak** Ish! Tahu nak yang baik aje. Diri tu belum cukup baik lagi...tsk! >__,<"
Saya terasa sangat sengal. Aduh!

2 comments:
kata ustaz hasrizal (saifulislam.com),
sepatutnya perkahwinan itu yang perlu kita lebihkan kepada yang menjadi, bukannya mencari..
maksudnya,tidak perlu risau untuk mencari yang terlalu sempurna,tetapi risau andai perkahwinan itu tidak menjadi (membentuk baitul muslim yang ada ruh tarbiyah dan da'wah dalam nya)..ke macamane?.:)
Banyak sgt yang betul kat kenyataan tu. Nak yang soleh, kena jadi solehah dulu. mcm tu la kan. Bak kata Stephen Covey, begin with the end in mind :)
Post a Comment