Pulang dari program bersama 'Puteriku Sayang' lewat 6.30 petang, kelihatan mak dan ayah tiada di rumah. Tinggal abang di rumah. Kembara dihidupkan selepas hasrat dipersetujui, balik kampung! Saya tak lagi gementar pulang berseorangan. Mengaharapkan keadaan nenek bertambah baik. Sampai sahaja, terus ke kamar nenek. Kata Mak Teh, nenek dah tak respond macam semalam, dipanggil berkali-kali pun tak bersahut, mungkin terlalu penat. Kelmarin saya lihat sendiri nenek boleh berbual-bual lagi dengan tetamu, walaupun tak sekuat mana, mahu juga diletak dalam posisi duduk. Hari ni, nenek hanya terbaring tidur.
Lapan orang kesemuanya, empat darinya sudah terbaring lena. Jam tepat 2.30 pagi, bateri laptop tingal 30% lagi. Saya antara orang yang masih berjaga, maksu menyambung juzuk lima tadarus selepas Kak Jamnul mulai melelapkan mata, Mak Teh dari tadi kelihatan penat berjaga, kini juga ikut tidur, Pak Lang dan Pak Lang Yob dah lama berselimut. Cuma Pak Ndak masih bersandar turut berjaga. Pak Ndak menghulurkan daun sireh pada maksu digunakan untuk membasahkan bibir nenek. Sambil-sambil mulut menyebut Allah. Allah. Allah..
Hari ni hari ke tiga saya ulang-alik ke kampung, malam ni aja ambil peluang bermalam dengan nenek. Kesihatan nenek tak menentu. Kadang boleh bertindak-balas, kadang senyap ja, cuma turun naik nafas nenek sahaja kelihatan. Tetamu tak putus-putus, ada yang berulang kali datang menjenguk. Saya banyak melayan sepupu yang lincah berlari sana-sini. Tak lekang dengan gurau senda dan gelak tawa. Tapi tahu juga mereka singgah bilik nenek setiap kali berhenti rehat.
Saya mahu dekat dengan nenek dalam keadaan nenek yang kurang sihat sebegitu walaupun tak banyak yang mampu saya buat. Tak banyak pun yang mampu ditolong selain banyaknya memerhati dan menghulurkan apa yang perlu. Tapi sekurang-kurangnya rasa susah hati ni kurang bila dapat duduk dekat dengan nenek. Banyak saya belajar daripada Mak Teh, Mak Su, Pak Tam, Mak Lang, Pak Lang, Pak Ndak, Mak Ndak, Tok Chik, Pak Cik, Pak Njang.. Sabar menjaga, menguruskan nenek. Tak lupa bacakan al-quran untuk nenek. Maksu yang kerja di Putrajaya pun sanggup ambil cuti, jaga nenek siang malam. Inikan pula saya yang sekangkang kera jaraknya. Setengah jam driving dah sampai. Nenek dah berusia emas perlukan perhatian, nenek ibu kepada arwah Tok Wan. So, boleh bayangkan lah berapa usia nenek, ikut kamus bahasa, nenek kiranya dah pangkat moyang saya.
Selang beberapa waktu, Mak Su membisikkan Allah. Allah. Allah. di telinga nenek, mengharapkan response. Mak Teh bangun menyambung bacaan al-Quran. Giliran Mak Su tidur.
Selang beberapa waktu, Mak Su membisikkan Allah. Allah. Allah. di telinga nenek, mengharapkan response. Mak Teh bangun menyambung bacaan al-Quran. Giliran Mak Su tidur.
Ehm,.. mata saya pun dah mulai terasa berat. Berjaya juga isi masa sebelum betul-betul ngantuk. Tidur disamping nenek. Mengharapkan hari esok lebih baik. Insya'Allah. Esok meeting SYOK. Saya harap dapat hadir pada waktunya. 10 pagi. Tak sabar nak jengah cheese cake yang siap pukul 1pagi tadi, biar dalam fridge membeku, baru rasanya lebih enak. Cewah!
Moga kesihatan nenek bertambah baik....
Bateri dah nyawa-nyawa ikan. Pesanan terakhir, sayangilah dan hargailah insan di sekeliling kita selagi mana mereka masih hidup.. T.T

2 comments:
Moga kesihatan nenek bertambah baik.Damping nenek sebanyak2nya.I wish I could be there for my nenek just like you do before she left long ago.But I didn't. :'(
I bet ur granny would be proud of u if she knew this :) May Allah grants her peace. Insya'Allah. Thanks ayat for the du'a.
Post a Comment