Tuesday, July 26, 2011

Titik Persamaan

Apakah yang membuatkan kanak-kanak sekecil ini mengangkat senjata?

Waegurae?


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sentiasa dalam perjuangan yang sukar dan penat” (90:4)

Assalamualaikum wbt, Pheww! Alhamdulillah. Hari bagaikan berlari lebih pantas, aturan aktiviti masa cuti seperti kejar-mengejar, jadi tak terkejar dibuatnya. Sikit-sikit beransur selesai..lega. Menunggu yang lain pula menyusul untuk beragenda. SYOK! dua tiga hari ni kena balik kampung jenguk nenek yang tak berapa sihat. Usia menginjak 90-an ni tak menentu status kesihatan, tapi nenek tak sakit apa-apa cuma status usia yang buatnya tak berapa sihat. Alhamdulillah. Moga Allah panjangkan usia nenek :)

Namun begitu, saya yang perasan sibuk ni agak terkilan kerana tak dapat memenuhi permintaan sahabat-sahabat untuk ke KIBAR dan JOM. Betul ke 'permintaan'? Perasan penting pulak. I knew they enjoyed the program indeed. Syud called : 'Semalam mandi air terjun'. Sambil-sambil saya mengunyah roti canai di salah sebuah kedai di Ampang, tangan sebelah tak lepas dari pegang handphone, radius mata tiba-tiba bertambah.

WOW!

Bunyi macam sangat seronok, tak mengapa nanti boleh bertukar ilmu. Saya yang mendengar tak banyak bercerita pun.Terbayang muka semua ahli usrah berkumpul di sana. Saya bersama haluan lain. Mencari ilmu dari sudut pandang berbeza. Mari berkongsi, tapi tak dapat share semua, yang lain saya terjemahkan dalam kontek lain. ^^ Apa pun jua, lebih banyak titik persamaan antara kami yang membawa ukhwah hingga ke hari ini. Insya'Allah

Salah satu perkongsian daripada Ustaz Zamri tentang solat. (Sila teka , kat mana saya jumpa Ust. Zamri?) Katanya Solat adalah ibadah yang juga boleh diterjemahkan dalam sistem politik. Bermula dari pembentukan saf hinggalah ke pembetulan kesalahan imam atau kontek politiknya, pemimpin. No jokes! Saya baru tahu cara nak tegur imam dalam solat.

Teguran Pertama : Mengucapkan 'Subhanallah'
Bagi jemaah lelaki, ketika mana imam melakukan kesalahan, contohnya ada najis pada pakaiannya atau terdedah aurat imam, maka teguran boleh dibuat dengan mengucapkan 'subhanallah' dengar kadar didengari imam. Jika di pihak jemaah perempuan pula sekadar tepuk sebelah tangan ke atas tangan lagi satu. Samalah juga dalam menegur seorang pemimpin, gunakan cara yang berhikmah. Dalam perkongsian lain, Ustaz Nasarudin  ada ulas maksud 'hikmah' dalam berdakwah, bukan bermaksud berlembut seperti kebanyakan daripada kita fikir. Tetapi 'hikmah' adalah bijaksana iaitu sesuai dengan situasi, kalau berdepan dengan orang macam Umar, lain cara 'hikmah' yang Rasulullah guna, ditariknya leher baju Umar dengan kasar. Lain pula cara menegur Rasulullah pada Arab Badwi yang buang air di kawasan masjid, baginda gunakan kelembutan. hinggakan kedua-duanya memeluk Islam dengan pendekatan yang bijaksana oleh Rasulullah saw.

Teguran ke-2 : Mengucapkan 'Subhanalah' dengan lebih lantang.
Mana tahu imam yang kat depan tu tak perasan atau tak dengar teguran pertama tadi, boleh la tegur lagi sekali tetapi dengan nada yang lebih keras. Begitu juga dalam menegur pemimpin di luar solat, ikhtiar sebaik mungkin teguran secara baik atau secara nasihat. Di situ sudah nampak keindahan Islam dalam mendidik umatnya supaya mengambil pendekatan berhikmah dalam menasihati ketuanya.

Langkah ke-3 : Mara ke Depan
Dan sekiranya teguran demi teguran tak dihiraukan. Imam masih tak sedar yang beliau telah terbatal solatnya. Maka haruslah bagi makmum yang di belakang itu mara ke depan, iaitu melangkah hingga di sebelah Imam. Saat ini kebiasaannya Imam akan tahu bahawa makmum yang berada di sebelahnya ingin menggantikannya. Maka, seperti kebiasaan, imam akan mengakhiri solat (memberi salam) dan beredar dari tempat Imam. Yang ni, saya rasa sama juga macam demonstrasi, bila mana pemimpin tak mahu berundur, tak mahu dengar suara rakyat, maka keluarlah..mara ke depan, tunjukkan suara dengan jasad. cewah! Ini saya cuba buat perkaitan. Anda boleh fikir sendiri.

Langkah ke-4 : Rampasan kuasa
Wow! Ayat macam extreme. Jika berlaku Imam masih tak sedar diri (ops!) Masih berdegil atau tak faham riaksi makmum yang cuba menggantikannya, maka makmum tadi boleh mengambil alih tempat Imam dengan menolak atau mengambil alih tempat imam secara melangkah ke tempat berdirinya Imam tadi. Lihat, di situ berlakulah rampasan kuasa! Haaaa. Tak dapat nak hurai yang selebihnya. Faham2 ajelah :) Tapi garis panduan ini sangat berhikmah.

"Bersatulah wahai kaum muslimin, dengan semangat dan roh kebenaran..."


Ehm. Tukar lagu lah..


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
 Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa. Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa. Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata. Umat islam sentiasa boleh
Umat islam zaman lampau. Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha. Bersatu tujuan wawasan. Wawasan dunia dan akhirat 
Aqidah ibadah harus sempurna. Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama' warisan ambiya'. Pegangan mereka harus diikuti
Ajaran sesat wajib hindari.

Akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

Suka dengar lagu 'Menuju Wawasan' ni. Berkobar-kobar semangat. Cewah! Esok bakal berjumpa dengan adik-adik form 1 dan form 2. Bilangan yang tak berapa ramai dan skop pengisian yang sama. Tertutup dan lebih menyentuh hati. Mungkin sebab tu cikgu dyeorg nak dua orang sahaja yang terlibat. Dengan kesihatan yang kurang baik ni, hopefully dapat mencapai expectation. Allah O Allah. Guide us safely. Insya'Allah. 


Doakan kesihatan nenek, moga beransur stabil, ya Allah, risaunya saya T.T

No comments: