Assalamualaikum wbt, salam satu ijtihad :) Tangan terkaku sekejap, minda bertubi-tubi nak melepaskan buah isinya, tapi jantung kata sabar. Tetapkan bersabar, kalau sebelum ni boleh bertahan, mengapa sekarang tak boleh. Nafas saya hela pelan-pelan. Lepaskan satu persatu... Tebabow!! Tema kali ni agak extreme.
"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu*, dan ketahuilah bahawa Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lahkamu akan dikumpulkan" Al-Anfal:24
*menyerumu berperang untuk meninggikan kalimat Allah dan menghidupkan Islam dan Muslimin. Juga bererti meyerumu kepada iman, petunjuk, jihad dan segala yang ada hubungannya dengan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
7 Julai 2011
Sedih tahap giga. Jiwa cuba cari jawapan. "Mungkin medan pertempuran aku di sana". Ok, I am attending. Saya tak ada alasan untuk tolak.
8 Julai 2011
PJ Sentosa Campsite, KM 33, Jalan Puncak Janing, 06300, Kuala Nerang. Sampai di camp site pukul 3.30 petang : Keadaan lengang, tiada siapa disini, cubaan menghubungi sisters lain, number dari inbox message digeledah. "Jumpa". Oh, mereka masih dalam perjalanan. Tak tahu siapa yang dihubungi. "Awal kita sampai" Saya cuba mencari-cari sesiapa yang boleh menunjuk arah. Haaa, seorang kakak manghampiri, gaya seperti petugas di kem. Selepas berbalas senyuman : " Awak IKRAM ke?" Saya : " Huh? IKRAM? Err..saya peserta camping". Saya tak pasti kenapa saya rasa nak rebah ke bumi. Get a grip Akmar! Balasnya lagi, " Penganjur, pengurus belum sampai lagi..check in pukul 6". Pukul 6??
"Program ini gabungan Usrah Kabilah Kedah, Penang dan Perlis" Baru saya tahu. Hari ni saya akan bersama para akhawat IKRAM. Kesimpulannya, yang hadir semuanya akhawat mantop IKRAM. Gaya masing-masing macam dah lama dalam jemaah tersebut. Selepas solat asar berjemaah, sedikit taa'ruf. Bertambah cuak lagi kena nyanyi lagu IKRAM. Saya dan kawan kat sebelah asyik berpandangan "Apa berlaku ni?" Buat drama pulak, nyanyi ajelah.. first time kot, memang lah gabra semacam, dengan lirik rasa semacam. "First time memang rasa macam tu kot". Astagfirullahal'azim.. Perbetulkan niat. "Datang sini nak dapat Ilmu dan pengalaman".
Dah sampai baru tahu tema program "Muqayyam Badar al-Qubra". Malam tu berkarat otak diperah nak ingat balik Tokoh-tokoh Ahli Badar. Tak ingat ke tak tahu ni Akmar? Pergh.. sisters lain jawab macam makan kacang ja. Anyways, group saya dapat jawab. Saya kalut salin semua soalan dan jawapan Quiz malam tu. No wonder la saya nampak ada dua-tiga orang pegang buku 'Peperangan Badar'. Some of them really prepared. Thumbs Up! Kalau saya dapat tahu dari awal pun belum tentu saya prepare. Hoho! Tamat program pengisian malam tu, saya dipilih sebagai ketua kumpulan! Ahli kumpulan termuda kena jadi ketua. Mak aii....Wae? Ketua kumpulan je, bukan ketua Panglima Perang. Yosh! Tak sabar hari esok!
9 JULAI 2011
Jam menginjak dari pukul 1 pagi ke pukul 2.. Mata tak boleh nak pejam. Banyak sangat fikir. Fikir punya fikir sampai la pukul 3 pagi. Setelah melewati pukul 3.30, baru terasa nak lelap sekejap. Tunggu waktu bangun Qiam. Tiba-tiba, jiwa berteriak. I should be there, in KL! Apa yang buat saya tak sedap hati terjawab. Hati berbelah bahagi, esok ada Perhimpunan Bersih, tapi saya masih di sini. Ya Allah. Engkau lebih mengerti perasaan aku yang berada di sini. Ya Allah, Moga matlamat mereka tercapai, moga suara keadilan sampai.
4.15 PAGI : Panggilan Jihad! Bunyi siren pecahkan suasana hanyut sendiri atas katil dua deck tu. "Dah waktu qiam ke?" Sempat lagi saya tukar baju, mandi memang tak sempat dah. Kakak tu dah menjerit "Cepat, berkumpul kat depan!" Aik? Berkumpul kat depan nak buat apa pulak? Tanpa banyak soal, saya bersiap cepat2, beg yang penuh dengan lampu kepala, air, handphone dan nota digalas kemas. Better get ready dengan semua. Malas nak patah balik.
"War Game" Pinjam semangat Ahli BADAR
Dah tahu tugasan. Setiap ketua kumpulan dipanggil untuk diberitahu tentang code peserta. Gelap-gelap macam tu memang kena ada code "BADAR 313 disusuli nombor Ahli" Gotcha! Mood tegang semakin dirasai. Saya dah semakin serius dalam kegelapan pagi. Arahan yang diterima dicerna baik-baik. Kumpulan dibahagikan kepada dua. Saya di pihak tentera Muslimin, ini yang buat diri berkobar-kobar ni. Sejurus menerima arahan, diri seakan-akan bertukar, "I am now tentera Muslimin, saya Ahli Badar!" Masa diberikan untuk masing-masing buat bom air daripada plastik yang dibekalkan, time tu jugak kena ambil wuduk sebab dalam peperang sekejap pagi perlu cari masa untuk solat tahajjud.
Tempur!
Teriakan demi teriakan berkumandang! Saya tak terfikir kenapa saya anggap peperangan ini sangat serius. "Tentera Muslimin serang!! Mara ke depan! Jangan takut! Kibarkan panji-panji!!" Suasana semakin genting. Kita perlu rebut panji tentera Musyrikin untuk kemenangan. Langkah demi langkah mara, tapi agak slow. Sahabat kat sebelah dah mencari arah masing-masing untuk menyerang. Saya perasan, suasana tiba-tiba jadi agak kaku, ada tentera Muslimin yang cuak nak ke depan, takut kena serang, takut kena tawan. Semangat saya terus berkobar, ke depan dan ke depan. Dua bom air saya dah digunakan untuk serangan. Mana lagi bom? Saya rasa cuak berada di kawasan Tentera Musyrikin. Mencari sahabat jihad, saya pastikan code mereka sebelum mengatur strategi. Kami berdua mendekati kawasan musuh. Tak siapa perasan pun sebenarnya.
Langkah dihayun mendekati tentera Musyrikin, dalam suasana gelap tak siapa dapat cam masing-masing, lain lah kalau code ditanya. Tiba-tiba, sedang kami mencari-cari panji tentera Musyrikin, semua tentera Muslimin dan tentera Musyrikin dipanggil pulang ke kawasan masing-masing. "Oh No! Mana boleh lari dalam keadaan macam ni" Keputusan diambil, jangan balik. Dengan lagak seperti perisik, kami berdua join perbincangan 'Tentera Musyrikin', dengar satu-satu strategi ketua tentera. Kemudian, secara berbisik, sahabat saya tanya "Nampak tak?" Soalan merujuk kepada panji-panji. Cuba mencari panji-panji untuk dirampas. Sejurus saya membalas pertanyaannya, dengar satu teriakan :
"Hati-hati! Dalam kumpulan kita ada perisik!"
Saya bertambah cuak, tentera Musrikin dah sedar tapi dyeorg tak tahu siapa. Nak lari ke taknak? Kami berdua kaku, diam dan buat tak tahu. Ketua 'Tentera Musyrikin' cepat-cepat menyuruh semua tenteranya memastikan password rakan disebelah, "Check password masing-masing". Oh, No! Password ape pulak ni? Sebelum sempat sahabat saya disebelah menjawab, bom ditangannya dipecahkan, air tersembur..dan kami dengan pantas memecut ke belakang. "Lariiiiiiii !!!" Sepenuh hati berlari ke kawasan Tentera Muslimin. Tentera Musyrikin tak pula mengejar. Ya Allah, jantung macam dah tercabut. Sampai di kumpulan, hampir dihentam dengan bom tentera sendiri. "No. No! Kami tentera Muslimin!" Satu persatu strategi dan apa yang dibincangkan tentera musyrikin tadi kami khabarkan. Saya teringat kisah sahabat Nabi SAW yang menyamar dalam kalangan tentera Musyrikin, alangkah lebih dahsyat situasi beliau ketika itu. Rasa itu cukup bermakna.
Peperangan diteruskan, saya mencari ruang untuk solat tahajud bersejadahkan beg galas. Sambil diawasi sahabat-sahabat yang lain di depan dan belakang saf, kami solat bersama. Perasaan ini cukup berbeza, menunaikan solat dalam peperangan, dengan teriakan-teriakan yang membuatkan diri sendiri nak mara ke depan. Masa itu diambil serius, doa' dipanjatkan agar kemengangan di pihak yang benar. Walaupun saya tahun itu cuma permainan. Minda terlintas kepada peperangan sebenar yang bakal berlaku beberapa jam lagi, di Kuala Lumpur. "Doaku bersama kalian, Allah permudahkanlah bagi mereka, jauhi pertumpahan darah, jauhi mereka dari rusuhan, moga tercapai matlamat murni itu" Dalam kesedihan, saya menganggap ini juga medan tempur. Perang berdepan dengan rasa takut. Akhirnya, tentera Muslimin berjaya merampas panji-panji tentera Musyrikin. Oh, berlaku rampasan semula? Pergelutan bertambah sengit, tarik-menarik berlaku. Haihhh, "Isytiharlah perang tamat". Perang tamat. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Kami berkumpul sebaik azan subuh berkumandang. Perasaan masa tu dah tak terkata :)
"Cinta Allah yang menggerakkan mereka"
Tazkirah daripada Ustazah Amani berjaya meraih fokus saya. Kisah peperangan Badar. Tengah rancak bercerita tentang perbezaan Tentera Muslimin dan Tentera Musyrikin, moving to next slide : "Perbezaan PAS dan UMNO" dan sedikit huraian tertera di depan mata. Leher saya mula memanjang, biar betul Ustazah nak cerita dengan akhawat IKRAM pasal ni. Tiba-tiba, Ustazah kata "Awak boleh abaikan slide ni". Hah, dah agak dah, saya tahu dyeorg tak boleh berpolitik. Saya pun taknak bagi komen bertulis kat sini.
Saya rasa sangat rugi apabila kita belajar sesuatu tetapi tak dapat nak kaitkan dengan situasi semasa. Saya sendiri suka berbuat macam tu, relevant dan realistik. Mungkin setiap dari akhawat ada cara berfikir sendiri. Kalau saya yang bentang kat depan, nak ja saya kaitkan Situasi Perang Badar dengan Perhimpunan Bersih. It's Happening now everyone! Tapi masa tu ustazah bagi contoh orang yang bercinta dan tentera Muslimin yang turun berperang dalam Peperangan Badar. Hal tersebut nak menggambarkan dua situasi yang menggerakkan hati masing-masing. Situasi tersebut nak menunjukkan bahawa dengan adanya 'cinta' dalam jiwa mereka, mereka menjadi kuat. Cinta yang menggerakkan hati-hati kita. Pada saya satu kerugian bila tak ada sharing pasal rijal-rijal yang turun berdemonstrasi di ibu kota. Apakah yang menggerakkan mereka kalau bukan Cinta yang ada dalam jiwa mereka? Apakah yang membuatkan mereka kuat kalau bukan Cinta mereka pada keamanan?
"Jungle Trekking"
Bukan merentasi hutan sahaja, dalam masa yang sama kena hafal surah al-Anfal ayat 9-14. Dalam tempoh sejam berjalan menuruni bukit dan melalui kebun-kebun tu, saya boleh hafal 3 ayat ja. Tu pun tersangkut-sangkut. Menghafal sambil lihat flora begitu sangat best. Cumanya, saya suka ter'deviated dari hafalan. Memang tak sempat dah nak snap pictures.
Al-anfal ertinya perang. Ayat-ayat yang dipilih tu berkisar tentang bantuan Allah dalam peperangan. Mohonlah pertolongan dari Allah nescaya Allah akan memberi banyuan dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. Allah juga menjelaskan tentang khabar gembira yang akan menenangkan orang-orang mukmin. Cerita tentang bantuan Allah menurunkan hujan pada peperangan Badar, di bahagian tentera Musyrikin, tanah menjadi becak dan menyukarkan perjalanan manakala di pihak Tentera Muslimin hujan yang membasahi bumi mengejapkan lagi tanah. Subhanallah, bantuan Allah untuk orang mukmin. Allah nyatakan lagi bahawa sesunggahnya Allah bersama orang-orang Mukmin. Ingat tak lagi pada pertempuran di Palestin [kalau tak silap saya], di pihak tentera Israel, meraka nampak orang-orang Muslimin seperti dibantu oleh jet-jet pejuang yang sangat banyak sedangkan mana mungkin Palestinians memiliki kelengkapan peperangan yang hebat. Pada ketika itulah bantuan Allah datang, burung-burung di angkasa seperti jet-jet pejuang sehinggakan jet pejuang Israel jatuh menghentam bumi.
"Treasure Hunting & Khidmat Masyarakat"
Pada tarikh yang sama, 9 Julai. Selepas solat asar, semua kumpulan dikumpulkan dan dibahagikan kepada dua buah kereta. Treasure Hunt ni berlaku di luar kawasan camp site, saya bersama ahli yang sangat bersemangat. Yeeha! Di setiap check point, berbagai tugasan menanti, bermula dengan kopek buah nangka dan makan isinya, diuji juga dengan latihan ketenteraan sampai patah kayu penyambung, saya first time jugak panjat dinding kosong yang berketinggian lebih dari 2 meter, hampir senak perut ditarik ditolak, tapi kepuasan terjamin :P Kemudian, tugasan bersama dan berbual dengan masyarakat kampung, kait buah-buahan, tolong bersihkan kebun, tolong di majlis kenduri, asingkan ulaman, kopek buah kelapa. Ada juga game best, membina perlindungan kepada lilin yang bernyala untuk disimbah air ke atasnya..berbekalkan polystyrene, pencungkil gigi, kayu ais krim dan tape pelekat.
Aktiviti ini mengajar saya hidup bermasyarakat dan berfikiran kreatif. Mulanya saya nak biarkan saja idea mereka untuk membuat pagar dengan kayu ais krim tu, tapi tak boleh dibiarkan sebab saya rasa tak logik air tak masuk, jadi saya bersuara "Mesti ada gunanya polystyrene ni, kita pakai la buat dinding dan atap" Akhirnya, alhamdulillah selepas disiram air oleh fasi, lilin tetap bernyala! Mari tengok gambar-gambar sepanjang treasure hunt, saya xda dalam gambar. Jumlah lawatan adalah 8 tempat atau 8 buah rumah semuanya. Seingat saya rumah Kak Mek, rumah Tok Kama Nayan, rumah Encik Ahmad, Mak Lang Jah, Encik Bakar Cerut, Rumah bernombor plat KAW 6892. Thanks semua!
Keadaan kotak binaan kumpulan kami selepas disiram secebok air. Api masih bernyala!
Kakak-kakak yang serius cuba memahami mesej dari clue yang diterima :)
Buah nangka yang manis lagi best! Durian dan rambutan pun ada.
Juga diajak ke dalam rumah, siap ada air lagi.
kait buah limau bali :)
saya dan nagka yang manis menggiurkan ^^
bersihkan kebun pisang pak cik Bakar
Beramah mesra dengan Kak Mek
Seusai tamat tugasan treasure hunt, saya meminta untuk pulang awal sehari dari tentatif. Mak dan ayah pun dah sampai di camp site. Semalaman sudah saya fikir tentang tugasan yang lenih besar digalas. Memang berat hati nak tinggalkan program yang best ni, tapi tugasan yang lebih utama perlu dilaksanakan juga. Dalam memilih perlu tahu keutamaan bukan? Pulanglah saya ke rumah. Seusai solat magrib, internet disambung.... rahsia :P
Cubaan menghilangkan penat ditangguh lagi, saya kena balik kampung jumpa maksu, dah janji dari awal. Malam tu juga saya drive lepas solat isyak dengan abagng sebagai teman. Dari awal janji dengan maksu nak buat cheese cake. Siap jugak akhirnya, alhamdulillah. Malam tu juga kami berkongsi tentang BERSIH 2.0. Nak share kat rumah sendiri tak dapat la. Tiba-tiba dengar hon dari luar rumah, Pak Tam dah selamat pulang dari KL, sempat dengar laungan dari dalam kereta "Orang kat Perhimpunan sana tak luak-luak.. tengok Internet, jangan tengok TV" Alhamdulillah.
Cheese cake nih dah merupai pizza dah sekali tengok.
Rasanya not bad. Ok, sedia menerima tempahan.
Tidur saya malam tu bagai orang pitam kepenatan. Tunggu hari esok, nak dengar lagi cerita Pak Tam. Lainnya bunyi dari berita kat TV. Pak Tam, pemuda yang saya kagumi! Beragama, orang masjid, bersemangat jihad tinggi, hensem plak tu. ahaa, Complete! Harapnya, anak-anak beliau akan turut mengikut jejak langkahnya. Fatma Aliah baru 5 tahun, Firhan 3 tahun kot, Fasihah baru berusia berapa hari! Oh kazen yang cute. cerita pasal cousins pulak. Esoknya 10 Julai, saya balik dengan abang, driver bertukar tangan..saya dah start rasa sengal badan. Letih sungguh. Pulang untuk tugasan tertangguh.. hari semalam, penuh dengan cerita, 9 Julai 2011 dalam ingatan..

4 comments:
nabila..rasa macam berkobar2 jugak baca post ni. teruskan semangat ni nabila. nak cakap lebih kami pun terhuyung hayang, tersepak tertampar lagi. jauhnya rasa antra kita. make du'a for me to be like you. to have such spirit and understanding of this deen..
salwani,..thanks sudi singgah baca :) Ada kalanya diri sendiri juga hilang semangat, rasa kosong.. tapi insyaAllah dgn adanya biah solehah, sama2 kita cari kekuatan, mencari Cinta Allah untuk terus kuat :)
Moga Allah beri kebaikan kepada kita dalam memahami agamaNya. Insya'Allah :)
betul jugak kan..nak tau jugak, what drive them to join that rally even they know the risk that they will face..there must be something hidden in their hearts that they wanna manifest..wow, malaysia musim buah sekarang, best..^_^
Nazrul, my friends (muslimat) ada join rally, I'm so touched when I heard they're protected by Pemuda P, sanggup defend Muslimat sampai tertangkap, rata2 300 org kena tahan di masjid negara.. She said, keadaan sgt menyayat hati. Menyahut seruan keamanan juga satu jihad. Allah pasti meyediakan ganjaran yg besar buat mereka, Insya'Allah :)
Yup2. Raja segala buah la yg famous skrg. Sitting pun tema durian dah skrg ni. huu. Sabar la yo, US mesti banyak frozen durian. hik ^^
Post a Comment