Tuesday, July 12, 2011

Bersedia Untuk Ramadhan!!

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~! Pinta dan rayulah beroleh kesempatan merasai Ramadhan tahun ini. Bulan yang dinantikan, bulan penuh barakah. Beberapa hari lagi Ramadhan bakal tiba membawa barkah dan keampunan seluas yang tak mampu diungkap. Marhaban Ya Ramadhan :) 



" Allah Taala kagum kepada pemuda yang tiada baginya masa muda (untuk berfoya-foya kerana masanya dipenuhi dengan perjuangan dan beribadat kepada Allah) "


1) Banyakkan puasa di bulan Sya'ban.
Sekarang dah 11 Syaaban. Ramadhan semakin hampir! Banyakkan berpuasa supaya perut dan minda juga turut bersedia menyambut Ramadhan. Puasa ganti jangan lupa pulak~ :P Training perut dari awal, takut-takut sepanjang hari berpuasa collapse aja, so mari kita praktis dari mula. Berpuasa di Malaysia ni besar rahmat besar juga ujian, kalau di UK, puasa dekat 18 jam ke lebih lagi, lagi besar pahala untuk mereka yang sabar, insya'Allah. Fuhh, cabaran next year, insya'Allah. Semoga kesibukan kita dalam bekerja untuk agama Allah tak mengganggu ibadah khusus kepada Allah di siang dan malam hari. Ingat, Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan. Tentera Muslimin mampu berperang dalam keadaan berpuasa, takkan nak siapkan tugasan-tugasan di jalan Allah tak boleh kan. Menasihati diri saya sendiri pastinya.

2) Jaga Solat Fardhu dan Amalan Sunat
Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan, tambahan pula lalai dalam menepati janji Allah. Solat seharian lima waktu kadang-kala lewat ditunaikan, temu janji dengan kawan-kawan boleh pulak punctual. Haihh, sama-sama kita muhasabah kembali mana silapnya kita. Solat amalan pertama disoal Allah. Solat itu tiang agama, meninggalkan solat bermakna meruntuhkan tiang agama kita. Nauzubillahiminzalik. Sama-sama kita renung kembali di mana kita. Astagfirullahal'azim. Cukuplah mati itu sebagai pengajaran yang besar. Moga dengan hadirnya bulan berkah ini kita tak putus-putus memohon keampunan dari Allah, pohon Allah cambahkan rasa indahnya hidup beribadat. 

3) Khatam Al-Quran
Mari letak target sama-sama untuk khatam Al-Quran pada Ramadhan tahun ni. Seingat saya lagi, untuk khatam al-Quran, paling kurang sehari kena habiskan 20 mukasurat. Kalau kebiasaan baca selepas solat, boleh target 4 mukasurat untuk setiap selesai solat fardhu. Kalau rasa 4mukasurat macam banyak sangat nak dicover time-time genting seperti tengah hari, boleh insya'Allah buat 10ms selepas subuh, 2ms selepas Zohor, 2ms selepas Asar, 2ms selepas magrib, 4ms selepas terawih atau sebelum tidur. Lepas subuh kan masanya panjang sebelum waktu dhuha. Dah ada smart phone, apa lagi usung jelah. Aja.Aja.Fighting! 

4) Bagun Malam
Orang yang kuat jiwanya adalah orang yang kuat cintanya pada Allah. Ustazah Amani pernah berpesan, bila sujud dalam solat, ambil masa sedikit. Supaya ada komunikasi kita dengan Allah. Time sujud tu nak mengadu boleh, nak meminta pun boleh. Kadang-kadang kita ingat Allah mesti tahu apa yang kita nak dan apa yang berlaku pada kita, so kenapa nak mengadu meminta lagi kan? Memang Allah tahu walaupun kita tak beritahu, tapi Allah sayang pada hambanya yang meminta padaNya. Mintalah sampai Allah rasa 'banyak sangat hambaKu ni meminta, asyik mintak ja, bagi jelah'. Haaaa.. best tak? Cinta Allah sahaja boleh buat kita kuat menerjang badai dunia menuju kampung akhirat :)

5) Bermanfaat kepada orang lain
Yang ni kena start dari mula-mula kita fikir tentang ni, so start dari sekarang, proceed to Ramadhan and forever. Can we? Yes, we can! Kalau di UK suka buat karipap, kat Malaysia pun kena rajin buat karipap. [Tapi kat Malaysia boleh beli kat bazar!!] Hurmmm. Sama-sama kita pasang niat moga-moga azam baru kita untuk menjadi someone yang bermanfaat untuk masyarakat, keluarga dan agama kita beroleh redha dan pertolongan Allah. Kita sudah berusaha untuk menemui Allah, kita pasti akan menemuiNya. Bukankah kejayaan agung ialah menemui Pencipta kita? alangkah ruginya kita apabila hidup di dunia tak dapat lihat Allah, di akhirat kelak pun tak dapat lihat Allah, nauzubillahiminzalik :'( Insya'Allah, tetapkan niat untuk menginfaqkan diri dalam jalan Allah, pasti kita akan dapati dibuka pelbagai jalan dan ruang yang boleh kita sumbangkan. Summer break ni, manfaatkan betul2. ^^V

6) Cari Ilmu Bermanfaat
Kalau tahun-tahun lalu boleh cover drama korea jepun berpulu-puluh episode, tahun ni ubah kepada berbuah-buah buku yang bermanfaat, insya'Allah. Ceramah pun banyak sekarang, jemputan ke program pun banyak. Haaaa. Jumaat ni saya dijemput jadi Fasi ISK di Sekolah Al-Azhar, Ya Allah.. seronok tak terkata, siapa tak suka bercerita tentang Sirah! Tapiiiiii.....saya ada Family Outing ke Langkawi. It's OK, haq persaudaraan khusus ini juga tak boleh ditolak. Moga saya diberi peluang seperti ini di lain masa. Next week bakalan penuh jadual! Sampai akhir July. tak sabarnya nak jumpa Ilmuan dan sahabiah. May Allah ease :) Carilah Ilmu walau apapun cara. Masa muda ni lah nak cilok ilmu dan kefahaman banyak2, lepas kahwin tanggungjawab bertambah, focus mencapah, lain la Allah bagi zauj yang baik dan faham, boleh buat usrah keluarga hari-hari!! Haihhh..terlebih landasan pulak... 

Ok, enam sahaja matlamat sempena Ramadhan akan datang. Walaupun begitu, jika dapat melaksanakan semua target2 di atas dengan baik, itu sudah menjadi satu kejayaan besar buat diri saya. Moga dapat istiqamah di hari-hari dan tahun-tahun yang akan datang. Insya'allah :) 

Moga usaha kita ini akan meraih cinta Allah, demi meraih redhaNya dan keampunanNya. Moga kita dapat memperbetulkan kembali persepsi kita dalam beribadah, kita berkejaran dalam beribadah adalah untuk mendapatkan redha Allah, kerana tanda takwa kita sebagai hamba Allah, kerana rahmat Allah yang melimpah ruah :) Sekadar renungan :


“Mengapa engkau menyembah Allah?” tanya Rabiatul Adawiyah.
“Kerana aku takut azab neraka.”
“juga aku ingin ke syurga” mereka menjawab.
Rabiah kecewa mendengar jawapan mereka dan menyambung, 
“Seandainya syurga dan neraka tidak ada, apakah kalian akan menyembah Allah ?”
Mereka saling memandang dan terkejut akan soalan Rabiah itu.
“Aku menyembah Allah kerana mengharap keredhaan-Nya. Nikmat dan anugerah yang diberikan kepadaku sudah cukup untuk menggerakkan hatiku agar menyembah dan beribadah kepada-Nya” jawab Rabiah tegas.



Tengok Aufa ni, walaupun sedikit comot, tetap nampak bersih, suci, tak berdosa, sangat fragile pulak tu. Ya Allah, cutenya Aufa nih! Rasa nak buat menantu :P hihihi~ Aufa ni jiran saya, km baru kenal awal Summer hari tu. Suka keluar main petang-petang. Datang rumah mintak coklat. Mak saya memang suka layan, petang tadi mintak buah anggur, macam mana entah Aufa ni boleh nampak anggur muda kat pokok depan rumah. Yang pasti, Aufa comel!


2 comments:

selipar biru said...

hehehe
comel aufa =)

yeahh! ramadhan~

El-Azwar said...

comel kan, pandai cakap lg =)

Selamat menyambut ramadhan ^^