Thursday, August 25, 2011

Dari Pohon Anggur ke You Tube

Alhamdulillah wa astagfirullahal'azim. Ramadhan kini menginjak minggu terakhir. Masih berbaki lima hari sebelum meninggalkan kita. Ayuh! Kata Ustaz TV9, "Membaca al-Quran tetapi tidak memahami intipatinya atau tidak memahami mesej yang cuba disampaikan adalah bermaksud kita masih belum mencapai matlamat al-Quran itu diturunkan, apatah lagi jika ilmu di dalamnya tidak diaplikasikan". Bertadabburlah atau perhatikanlah mesej yang cuba disampaikan. Sama-samalah kita mengambil iktibar. 

Time is what we want most, but what we use worst. Make the most of NOW. 

-Cilok dari Islamic Thinking- 

Petang semalam, saya perhatikan pohon anggur hijau yang buat kesekian kalinya berbuah. Kali ni buahnya nampak agak kekuningan. "Ambillah", suruh mak. Saya rasa Aufa mesti suka sebab dulu dia pernah minta. Kata Mak lagi, "Petang semalam Mak dah bagi setangkal kat Aufa". Budak sekecil Aufa, kira-kira umurnya 4 tahun, setiap petang bermain dengan abangnya serta kanak-kanak lelaki yang lain. Kasihan, mana pergi budak-budak perempuan kat taman ni? Rumah Aufa bertentangan dengan corner side rumah saya, oleh sebab setahun lalu Ayah buatkan satu lagi pintu pagar kat tepi untuk parkir kereta beliau, pintu di tepi rumah tu berguna juga bila kami asyik keluar masuk.     


Mana anggur? 

Tak akan jumpa sebab dah masuk dalam perut Aufa! HiHi

Saya bukan nak kongsi perjalanan aktiviti seharian di bulan Ramadhan. Hari yang sama saya petik buah anggur tu, kemudian saya bagi kat Aufa, kemudia saya sembang-sembang dengan Aufa, kemudian saya ambil gambar Aufa kutip mercun, kemudian saya ucap selamat tinggal pada Aufa sambai melambai-lambaikan tangan..sebelum semua tu berlaku saya juga ikuti satu pengisian ringkas di dalam daerah Kota Star, cubalah teka kat mana. hi. Setibanya di lokasi, saya malas menukar siaran radio, terus membiarkan siaran sinar.fm sebagai peneman sepanjang menunggu sahabat yang lain. Siaran radio paling diminati Ayah. Tiba-tiba, runtun hati bila berdepan dengan cabaran jumlah yang hadir.

Namun begitu, si pemberi isi yang datang dari jauh seperti sudah mengagak riaksi kami lalu beliau selitkan sesuatu, "Kita tidak membina kuantiti tetapi kualiti". Biarlah kita diasuh berdepan dengan bilangan yang sedikit sebelum bertemu bilangan yang besar, supaya hati dididik untuk menerima dengan baik bilamana suatu ketika nanti kita berdepan situasi yang sama. Benar juga katanya, kalau setiap kali usrah kita biasa berkumpul tujuh ke belasan orang, mesti agak kekok dan terkejut bila suatu masa nanti terpaksa berdepan hanya dengan bertiga, berempat mahupun berdua. Itu tak mustahil.

Saya agak cuak kerana tidak tahu apa pengisian yang bakal disampaikan dan juga tidak bersedia apa-apa. Mesej diterima lewat semalam. Cuma dalam kepala tengah fresh sirah nabawiyah, maklumlah orang lain khatam al-quran sampai puluhan juzuk, saya khatam buku-buku sirah. Antara pengisian awal, beliau berikan situasi ketika Rasulullah SAW sedang sakit sebelum wafat. Pada ketika itu, Rasulullah SAW meminta disandarkan, mungkin ditinggikan sedikit dari tempat pembaringan baginda saw. Kemudian Rasulullah SAW berpesan kepada Mr X [saya tak sure Ali atau Umar] Kata Rasululah SAW: "Tetaplah bersama dengan jemaah Islam. Tetaplah bersama dengan jemaah Islam. Tetaplah bersama dengan jemaah Islam". Saya tak mencari sumber sahih mengenai riwayat kisah ini sebab saya fikir cukuplah saya dapat mesej yang cuba disampaikan.

Daripada sitting ringkas itu, saya dapati penekanan kefahaman tentang nikmat harakat islamiyah dan ujian-ujian yang dihadapi seorang dai'e. Jadi sel-sel otak mula berhubung, kenyataan dibawa kepada kisah-kisah yang pernah saya hadam. Beliau juga kaitkan dengan Perang Hunain, ketika mana umat Islam berdepan dengan harta rampasan perang yang sangat banyak. Rasulullah SAW didekati oleh sahabat-sahabat daripada kalangan Ansar, mereka menyatakan rasa tidak puas hati setelah mendapati kaum muhajirin memperoleh harta yang lebih banyak sedangkan kita sendiri tahu kehebatan Kaum Ansar dalam perjuangan Islam. Kalau nak nampak lebih realistik, samalah macam ketika Kedah mula bertukar tangan, banyak tempat-tempat yang perlu diisi dan diambilalih. Siapa nak pegang GLC dan sebagainya. Ini contoh ya. Saya kan perasan realistik, hak!

Di situ kita dapat lihat peranan pemimpin dalam membahagi-bahagikan 'harta rampasan perang' yang berjaya diperoleh. Kemudian jawab Rasullah kepada pemuda Ansar dengan tersenyum: "Terdapat hadiah yang lebih bernilai untuk kamu daripada semua harta rampasan perang tersebut, iaitu Allah dan Rasul". Kaum Ansar ternyata berpuas hati dengan jawapan daripada rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah berjaya memperbetulkan semula matlamat pengikut-pengikutnya dalam memperjuangkan syariat Allah. Kaum Ansar ni pada saya sangat hebat, contohnya dalam peperangan Badar, semasa satu-lawan-satu sebelum bermulanya pertempuran beramai-ramai, tiga orang pemuda yang mula-mula menapak ke depan mewakili tentera muslimin adalah pemuda-pemuda daripada Kaum Ansar, tetapi keberanian mereka ditolak oleh Tentera Quraisy yang mahukan lawan yang setanding iaitu musuh sebenar mereka daripada pengikut Muhammad iaitu Kaum Muhajirin. Selain daripada itu,  kaum Ansar jugalah yang banyak menawarkan pertolongan kepada umat islam di awal hijrah Rasulullah SAW. Kami pendengar juga diseru untuk menjadi  seperti Kaum Ansar yang berani dan bermurah hati.

Dalam perjuangan, pasti ada ujian. Jangan ditanya kenapa diuji, kalau perjuangan ini mudah dan indah, pasti lebih ramai mereka yang lain akan turut serta. Tetapi perjuangan ini bersama dengan kepayahan. Namun Allah janjikan kepada mereka yang menolong agamanya, pasti akan dipermudahkan jalan untuknya. Insya'Allah. Jadi, bersedialah dengan ujian, anggap itu asam garam yang harus ditelan. Bak kata beliau lagi, kita perlu jadi seseorang yang dipandang oleh Allah, Rasulullah SAW, dan para sahabat dengan membawa agama Allah ini. Bunyi macam berat kan. Memang berat pun hakikatnya. Jadi, pesannya lagi, belajarlah daripada sumber yang benar. Menyentuh sedikit tentang Arkanul Bai'ah, iaitu aspek kefahaman. Dalam mencari kekuatan untuk terus berpegang dengan tali perjuangan, kefahaman itu asas penting. Saya sendiri dapat rasakan dunia pencarian itu fasa paling penting, fasa bersoal jawab, fasa mencari yang benar dan meyakinkan.

Di situ juga saya dikenalkan dengan seorang tokoh, Tuan Ibrahim Tuan Man. Bukan bermaksud beliau hadir di majlis sekecil itu, cuma diperkenalkan dengan satu nama yang bagi saya baru. Macam pernah dengar sebelum ni. Entahlah. Allahuakbar, sebaik pulang ke rumah saya melewati FB, cuba mencari halwa telinga. Pada 24hb Ogos 2011 telah berlaku satu dialogue saya kira itu panggilan yang tepat antara beberapa orang tokoh terkemuka tanah air mengenai 'Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti'. Semasa dikhabarkan tarikh dan tempat, terpancul di minda, 'Oh, untungnya orang Selangor', tapi saya seakan lupa bahawa media baharu hari ini kan pantas bak kilat menyambar. cewah! Video dialogue mereka sudahpun dimuatmasuk ke YouTube. Yeah! Ok, pengisian yang menarik but i would say it sounds a bit controversial. Kutiplah ilmu sebanyak mana yang boleh, abaikan apa yang dirasakan patut :)

Mula Di sini !

Disaat saya post di blog entry ni, saya baru dengar video ke-6. Tu pun tengah loading..inilah antara cabaran yang dimaksudkan.. T.T

Yang bestnya, hari yang sama jualah Allah pertemukan saya dengan tokoh yang disebut tadi, bertemu di You Tube. Tuan Ibrahim Tuan Man. Patutlah namanya pernah dengar. Lambat lah Akmar nih~ Apa pun menarik juga penyampaian beliau. "Apabila fatwa tidak pernah dihargai, apatah lagi Ulama", komen Tuan Ibrahim. "Jelas sinar ketokohan pada penyampaian beliau", kata Akmar pula. Nak jugak menyelit. Berkenan dialog tersebut, saya fikir masing-masing boleh buat kesimpulan masing-masing. Moga bertambah salah satu cabang ilmu penting ini. Siapa yang pernah baca perkongsian akhbar Indonesia berkenaan Tokoh TGNA, mesti rasa terharu, Acheh mencari-cari seorang tokoh seperti beliau. Allahuakbar!

Ini Mad'u saya, Aufa Si Kecil-Comel. Pasti menarik hati setiap yang memandang. Nak pegang rambut terinting dia! But I'm restricted with 'No Touch Policy'. HiHi


Kami berbual di balik tirai besi. Sambil kanak-kanak lelaki lain berlari-lari lepas cucuh mercun.



 Aufa tunjuk mercun yang budak-budak lelaki tadi main. 

Tahniah buat mereka yang sudah berjaya khatam al-Quran di bulan Ramadhan. Bagi yang belum, jangan baca sampai terlelap pulak. =.=" Maklumlah bila duduk sensorang di atas katil yang empuk, dikelilingi batal-batal pink warnanya, tubuh yang turut diselimuti comforter menghasilkan rasa yang suam-suam, liuk tubuh pula terbatas pergerakannya, maka dengan itu tertutuplah kedua kelopak mata menuruti lentok kepala. Bacaan kemudian terhenti. Sempat juga benang penanda ditarik. Kemudian kroihh! =.="


Semoga ada yang bermanfaat!




Enhanced by Zemanta

2 comments:

Mohamad Nazrul Fazli said...

kalau sesiapa nak baca pasal TGNA dalam akhbar acheh tu sila copy link di bawah..

http://harian-aceh.com/2011/06/09/seandainya-nik-aziz-gubernur-aceh

El-Azwar said...

Jazakallahkhair Ustaz :)