Thursday, August 18, 2011

Siapa Khatam 60 kali?


Salam'alaik! Setiap pagi di bulan Ramadhan, umat Islam di Malaysia disajikan dengan pelbagai santapan rohani. Sesuai dengan nama madrasah Ramadhan, bulan mendidik diri menjadi insan yang bertakwa. Moga-moga amalan baik ini diteruskan hingga ke hari-hari selepasnya. Bermula dengan rancangan 'Tanyalah Ustaz', diikuti dengan 'Madrasah Syariah', tak lupa juga rancangan mengaji, 'Mari Bertarannum', dan yang paling comel rancangan 'Celik Cilik' bersama Ustaz Zamri. Di malam pula berpeluang menghayati suasana terawih di Masjidil Haram. Fuh! Menarik kan?



Makhluk Allah ini juga pastinya gembira menyambut kedatangan Ramadhan.

"Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka secara sembunyi dan terang-terangan, Mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambahkan kepada mereka daripada kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri". (Fatir:29-30)

Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan al-Quran. Bak kata Dr Abdul Basit, membaca al-Quran itu satu perniagaan yang menguntungkan pada setiap masa (sepanjang tahun). Tetapi dalam bulan Ramadhan, ia mempunyai tempat yang sangat tinggi. Moh la kita! Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda (maksudnya) :

'Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat dengan memberi syafaat (pertolongan) kepada tuannya (pembacanya)". Riwayat Muslim. 

Tahukah kalian bahawa suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada malam pertama Ramadhan, Taurat pula diturunkan pada enam Ramadhan, diturunkan Injil pada 13 Ramadhan, manakala al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan - Riwayat Ahmad. Cuba cari kisah diturunkan Surah al-A'laq ayat 1-5, pada malam bulan Ramadhan malaikat Jibril datang membacakan wahyu pertama al-Quran pada Nabi SAW. Ingat bukan kisah Nabi dengan Malaikat Jibril, ketika Jibril menyuruh Nabi membaca dan jawab Nabi :

"Bukanlah aku dari kalangan orang yang membaca"

Lalu disuruh lagi oleh jibril, disuruh dan disuruh lagi hingga dibacakan oleh Jibril 5 ayat dari surah al-'Alaq. Hingga Nabi pulang ke rumah dengan wahyu tersebut dengan hati yang berdebar dan ketakutan. Nabi SAW  juga bertadarus bersama Jibril pada setiap malam bulan Ramadhan. Daripada Ibnu Anas r.a: "Rasulullah SAW seorang manusia yang paling pemurah dan sifatnya ini berganda-ganda pada bulan Ramadhan apabila Jibril datang menemuinya. Pertemuan ini pada setiap malam ramadhan untuk mengulang kaji al-Quran. Maka sifat pemurah Rasulullah SAW lebih laju daripada angin yang kencang." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.


Teringat perkongsian semalam daripada seorang sahabat :

"If you want something you never had, you need to do something you never done"

Para Ulama' bersungguh-sungguh memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan. sebahagian mereka mengkhatam al-Quran dalam tempoh tiga malam,  sebahagian lagi dalam tempoh setiap seminggu, sebahagian yang lain pula dalam tempoh sepuluh hari sekali. Mereka membacanya dalam solat dan juga luar solat. Imam Syafie akan mengkhatam al-Quran 60 kali dalam bulan Ramadhan!

Saya sepertinya agak ketinggalan dalam bertadarus T.T

blogging boleh pulak kan!!

Da!

Selamat beramal :)


Sumber bacaan : Solusi Edisi Khas Ramadhan



Enhanced by Zemanta

No comments: