Tuesday, August 16, 2011

Semangat Penaklukan & Getaran Budget 2011/12

Salam Ramadhan ke-17~!!  Tahukah mengapa saya teruja dengan tarikh 17 Ramadhan? Kerana pada tarikh ini berlakunya Badar al-Qubra dan peristiwa Nuzul Quran. Mari kita pinjam semangat ahli Badar untuk teruskan baki 12 hari Ramadhan yang tinggal. Surah Al-Anfal berkait rapat dengan Perang Badar. Nama surahnya pun bermaksud 'Perang'. Ahli Badar berpuasa buat pertama kali pada tahun ke-2H, pada masa yang sama diuji turun ke Badar untuk menyekat orang-orang Quraisy Makkah yang sering menggunakan laluan Madinah walaupun dah termaktub dalam Undang-Undang Madinah, pedangan-pedagang dari Makkah tidak boleh menggunakan laluan Madinah tetapi mereka bedegil dengan Undang-undang yang dianggap buatan Muhammad SAW itu hingga tercetusnya Perang Badar. MaasyaAllah! Jadi, logik aja bukan bila terbayangkan ada dalam kalangan ahli Badar yang berperang dengan pelepah tamar. Belum lagi bercerita tentang bantuan Malaikat yang tak putus-putus, akar kayu yang bertukar menjadi pedang. Subhanallah. 

Sengaja saya beli Buku Perang Badar, tulisan Abdul Latip Talib beberapa minggu yang lepas, sebelum mula Ramadhan. Lepas berjaya khatam, teringin pula baca semula Buku Penaklukan Kota Konstantine oleh Muhammad Al-Fateh dari penulis yang sama, baru separuh dibedah. Saya suka pembawaan dalam penulisan beliau, simple dengan meletakkan jalan cerita lebih kepada dialogue. Jelas saya memang teruja dengan sejarah Islam, sejarah mana pula yang bukan Islam. Rasanya ramai aja yang suka dengan sejarah tamadun Islam. Kalau dulu sekadar baca dan angguk, kali ni kita baca, ulangi bacaan dan kaitkan dengan dunia hari ini. Bila membaca kedua-dua buah buku tersebut, banyak perkaitannya, contohnya apabila Sultan Murad iaitu Sultan Kerajaan Uthamaniyah dan anaknya Sultan Muhammad al-Fateh seringkali menyebut uslub dakwah atau pendekatan yang diambil oleh Rasulullah SAW dalam menangani sebarang isu. Mereka juga tak jauh dari pimpinan Ulama' dalam mentadbir dan mendidik diri. Nama Syeikh Bayram, Syeikh Syamsudin dan Ulama lain di Zaman Kerajaan Uthmaniyah yang terkenal dan terlibat secara langsung dalam membesarkan serta memipin Pemimpin-pemimpin pada zaman itu. Saya suka kisah pengislaman Paderi Zaqhanus, check it out!

"Sesungguhnya akan diseru manusia di akhirat kelak supaya mengikut dibelakang pemimpin yg mereka taati"-TGNA

Siapa pemimpin kita?
Siapa pemimpin yang kita naikkan?
Nak ikut siapa akhirat nanti?
Haaa, jawab-jawab!

Ok, cukuplah gimik kontroversi ala-ala YB saya ni..

Baru tadi selesai berbincang tentang budget untuk tahun hadapan. Bermula dari budget harian, tentang perbelanjaan isi rumah dan isi perut, jumlah-jumlah yang harus disimpan, tempat-tempat yang bakal dijejak, hinggalah budget untuk simpanan masa depan. Tak lupa nak di'highlight'kan..budget paling ditunggu, budget untuk 'travel'. Macam balik uk nak bercuti lagi ja. Oh, tetiba terbayang Susan tanya 'What do you think about riot in London and in the Northern Englan?'. Ohhhh, sekejap. Teruskan dengan budget. :P Activiti sepanjang musim panas perlu take note, saya mungkin tidak pulang next Summer. Biar betul ni? "Make it real lah". Oh, patut list travel macam overboard! Ok, mari study betul2 pasal Turki, haaa bertepatan dengan Empire Uthamaniyah yang terselit dalam kisah Penaklukan Konstatinople. Saya nak baca 'Turki, Negara Dua Wajah', pernah terpegang masa di Surrey dulu. Yang paling penting, buku panduan Haji&Umrah. I can't Imagine! Ya Allah. Ya Allah. Mari berdoa untuk kami yang bakal menakluk negara-negara ini : our dream list . O Allah, kurniakan kami kesempatan. Anda juga, cubalah sesuatu yang baru!

Bajet 2011/12 

Monthly  Expenditure : 

215GBP - House  
35GBP : Electricity/Water Bil + Internet 
50GBP : Shared Food for A House
30GBP - Iphone Contract
20GBP - Lebara Mobile for Calling Malaysia
50GBP - Shopping  :P
20GBP - Infaq

.................................................................................
420GBP
.................................................................................


Travelling Plan

1) Winter Gathering - Place not sure yet - I would choose around London
+-100GBP

2) Usrah & Rehlah
+-100GBP / year

3) Turki - Spring
+-200GBP include place+food+transport+small souvenirs

2) Mesir - Summer
+-500GBP for more than 15days, and sure includes all the P+F+T+S

3) Makkah - Summer
+-200GBP if we travel from Egypt.

4) Conquest of Europe (5 Countries) - End of Spring
 +-700GBP

5) Ziarah Around UK
+-200
................................................................................
2000GBP
................................................................................

Sekian laporan bajet 2011/12


Meaning that, my left saving memang tak boleh kacau, it's for the travelling plan and i got another 9 months to save for my future and minus my monthly expenditure. Kahwin maybe? Ahaaa :P

Kunanti kalian dengan sabar. Winter, Fall, Spring and Summer. Insya'Allah.

Dambaanku

Turki
Mesir 
Makkah
Eropah

Saving!

Saya harus kena berjimat, hadkan pemakanan ceri, fried chicken dan jacket potato pada once a week, rajinkan makan masakan di rumah, takpa sebab saya memang suka makan nasi!!  Bak kata sahabat, 'Jangan risau', dengan adanya pakar budget yang sering ingatkan kami supaya berjimat, dan langkah yang tepat pemilihan rumah serta orang-orang di dalamnya, moga Allah kurniakan rahmah dan keberkatan atas kami! tadi sibuk baca list perlu dibawak, masing-masing sangat caring. "Jangan lupa bawak itu ini" That's what friends for! I Love My All Mates!! 

Ouch, esok pagi ada perkongsian. Jum get ready! Moga Ramadhan mendidik kita menjadi lebih baik akhlaknya, ibadahnya, dan kefahaman agamanya. aamin. Suluhkan cahaya di hati terang..Allah. Tunjukkan jalan seandainya hilang..Allah. Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh. Tegakkan semangat bila runtuh. Terimalah aku hambaMu allah..HambaMu Allah.. <-- lirik HambaMu, lagu tema Imam Muda :)

Selamat Merancang!!

Again, anda pun cubalah sesuatu yang baru!


6 comments:

Kerikkerik said...

Mal, mesir panas gigaaa kot time summer. hehehe. menurut kawan kami lah. better go there during winter, spring @ autumn.

El-Azwar said...

hahaha, sebenarnya xsure lagi nak pi time bila. belasah aja tulis :)

siputsedut said...

wahh..nabila..bestnya berjalan..dari europe nak ke tempat2 situ tak jauh sgt..sedang diusahakan jugak ni. duit pun tak bnyak..travel around US sendiri pun guna duit yg sangat bnyak..T_T

El-Azwar said...

Insya'Allah, hanya merancang. mcm balik nak berjalan ja kan. adoi. US luas kan. teringin nak pi US jugak tp mak ai, mahalnyaaaa. itulah, pergi Makkah dr uk plg murah boleh dpt +-600GBP. org kata, alang2 dah dekat tu, cuba2 lah pergi. teringin nak buat umrah :)

siputsedut said...

alhamdulillah..kalau itu niatnya..semoga dipermudahkan Allah..=)

El-Azwar said...

aamin. jazakillahkhair :)